REMBAU: Menteri Pertahanan Datuk Seri Mohamad Hasan akan melakukan lawatan kerja ke Vietnam Ahad ini, bagi membincangkan beberapa isu berkaitan keselamatan dengan rakan sejawatnya di negara itu.
Mohamad berkata selain itu, memorandum persefahaman (MoU) berkenaan keselamatan pertahanan juga dijangka ditandatangani sempena lawatan itu nanti.
"Terdapat perkara lain akan dibincangkan, antaranya isu keselamatan perairan kedua-dua negara, keselamatan nelayan, isu pencerobohan dan penangkapan ikan di Laut China Selatan.
"...berunding lebih mudah daripada bertembung, itu diplomasi pertahanan yang saya amalkan supaya kita di Rantau Asia Tenggara terus mengamalkan dasar terbuka, Zon Keamanan, Kebebasan dan Berkecuali dan zon Perjanjian Zon Bebas Senjata Nuklear Asia Tenggara," katanya kepada pemberita selepas merasmikan Program Jualan Agro Madani dan Hari Bertemu Pelanggan Pertubuhan Peladang Kawasan (PPK) Rembau di sini hari ini.
Mohamad berkata pendekatan diplomasi pertahanan yang diamalkan di rantau Asia Tenggara ini penting, dalam memastikan persefahaman berkaitan isu-isu berkaitan keselamatan antara kedua-dua negara, dapat ditangani dengan baik.
Beliau berkata sepena lawatan itu, beliau juga dijangka bertemu dengan Perdana Menteri Vietnam Pham Minh Chinh.
Sementara itu, Ahli Parlimen Rembau itu turut mencadangkan jualan Agro Madani terus diperluaskan, dengan ahli pertubuhan peladang mengambil peranan menjual barangan segar dan keperluan asas secara terus kepada pengguna, dengan harga berpatutan.
Beliau berkata ahli PPK mampu memainkan peranan itu melalui Lembaga Pertubuhan Peladang (LPP), dalam usaha membantu kerajaan menangani masalah kos sara hidup rakyat di negara ini.
"Usaha ini dapat membekalkan makanan mencukupi untuk kegunaan harian, daripada terus bergantung dengan barangan diimport, jadi ahli PPK digalakan mengusahakan unit masing-masing.
"Contohnya di Rembau, banyak tanah terbiar sebab ada tanah adat dan pusaka...kalau tanah adat itu tidak berpunya, kita sedekah kepada masjid atau baitulmal, supaya ia dapat membantu golongan fakir miskin bagi mengusahakan tanah terbiar, serta mengeluarkan banyak bahan makanan," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Tue Nov 28 2023
Menteri Pertahanan merangkap Ahli Parlimen Rembau Datuk Seri Mohamad Hasan ketika ditemu bual selepas merasmikan Jualan Agro MADANI dan Hari Bertemu Pelanggan Pertubuhan Peladang Kawasan Rembau di Dewan Agora Rembau hari ini. - Foto BERNAMA
Protes diteruskan hingga Suk Yeol dipecat
Para penunjuk perasaan kekal mengadakan protes di bandar Seoul agar Presiden Yoon Suk Yeol dipecat daripada jawatannya.
Cubaan serbu pejabat Presiden Yoon Suk Yeol gagal
Menurut media tempatan, pihak polis tidak dapat memasuki bangunan utama kerana gagal mencapai persetujuan dengan pihak perkhidmatan rahsia mengenai kaedah penggeledahan dan penyitaan.
Bekas Menteri Pertahanan Korea cuba bunuh diri
Menurut Ketua Pesuruhajaya Perkhidmatan Korea, Shin Yong Hae pada Rabu, Kim kini sedang menerima rawatan susulan dan berada dalam keadaan stabil.
Seorang menteri Afghanistan terbunuh dalam letupan
Seorang menteri utama dalam pentadbiran sementara Taliban Afghanistan terbunuh pada Rabu dalam letupan di ibu negara Kabul.
PBB akan undi gencatan senjata segera dilaksanakan
Resolusi itu juga menuntut pembebasan semua tebusan dan akses tanpa halangan untuk bantuan kemanusiaan kepada Gaza.
Fenomena La Nina berkembang lebih 50 peratus hingga Feb 2025
Kemungkinan lebih 50 peratus fenomena La Nina dilaporkan akan berkembang dalam tempoh tiga bulan mendatang.
127 terbunuh dalam dua hari di Sudan
Terbaharu pada Selasa, kumpulan hak asasi manusia, Emergency Lawyers memaklumkan sekurang-kurangnya 20 termasuk 14 orang yang menaiki bas terbunuh di Omdurman, Sudan.
Suspek bunuh CEO bakal mohon esktradisi
Menurut peguam Luigi Mangiyone, Thomas Dickey, pihaknya akan melakukan permohonan itu mengikut peraturan undang-undang perlembagaan.
[TERKINI] Harimau Malaya raih tiga mata berharga, tewaskan Timor Leste
Skuad Harimau Malaya mencatatkan kemenangan pertama kumpulan A dalam saingan Piala ASEAN 2024 selepas menewaskan Timor Leste 3-2.
Astro sambung hak eksklusif EPL hingga 2027/28
Selain siaran langsung, Astro turut akan menerbitkan kandungan istimewa seperti wawancara eksklusif dan siri "From KL to PL" yang akan ditayangkan pada Januari 2025.
FTA Malaysia-Korea akan dimuktamadkan tahun depan - PM
Perjanjian Perdagangan Bebas (FTA) Malaysia-Korea akan dimuktamadkan pada tahun depan, dengan komitmen daripada kedua-dua negara untuk menyegerakan sebarang rundingan tertangguh.
Hubungan diplomatik Malaysia-Korea dinaik taraf kepada kerjasama strategik
Malaysia dan Republik Korea memuktamadkan naik taraf hubungan diplomatik kedua-dua negara daripada hubungan dua hala kepada kerjasama strategik.
Lawatan kerja PM: Tiga MoU dimeterai antara Malaysia-Korea
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menerima sambutan negara di Istana Presiden Yongsan untuk bertemu Presiden Yoon Suk Yeol pada Isnin.
Lawatan PM Anwar ke Brazil perkukuh hubungan diplomatik 65 tahun, tingkatkan perdagangan
Lawatan kerja itu terdiri daripada dua komponen utama - pertemuan dua hala dengan Presiden Brazil dan penyertaan dalam Sidang Kemuncak G20.
PM Anwar lakukan lawatan kerja ke Brazil, hadiri Sidang Kemuncak G20
Kehadiran Perdana Menteri ke Sidang Kemuncak Pemimpin G20 adalah atas jemputan Presiden Brazil Inacio Lula da Silva.
Jadual padat menanti PM Anwar pada hari terakhir lawatan kerja di China
Anwar dijadual mengadakan kunjungan hormat ke atas Presiden China, Xi Jinping di The Great Hall of People kira-kira pukul 5.30 petang.
PM Anwar tiba di Beijing, dijadual jumpa Presiden China esok
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim tiba di Beijing petang ini untuk meneruskan lawatan kerja ke China yang bermula dari 4 hingga 7 November 2024.
PM Anwar jumpa pelabur berpotensi pada hari ketiga lawatan kerja ke China
PM Anwar dijangka bertemu beberapa syarikat dan mengadakan sesi meja bulat dengan 23 kapten industri.
Anwar berhadapan jadual padat pada hari kedua lawatan kerja ke Shanghai
Hari ini Anwar akan memulakan harinya dengan berucap pada majlis perasmian Ekspo Import Antarabangsa China (CIIE) ke-7.
PM Anwar tiba di Shanghai, mulakan lawatan kerja ketiga ke China
Pesawat khas yang membawa beliau mendarat di Lapangan Terbang Antarabangsa Shanghai Hongqiao pada pukul 9.50 malam waktu tempatan.