TAIPING: Pengamal media dibawa menyertai Program Lawatan Media Influencer Cuti-Cuti Malaysia Perak 2023 untuk meneroka produk-produk ekopelancongan, pelancongan minat khas dan gastronomi di sekitar Taiping, Kuala Kangsar dan Kerian.
Ketua Pengarah Tourism Malaysia Datuk Dr. Ammar Abd Ghapar berkata program anjuran pihaknya selama tiga hari dua malam bermula Rabu lepas itu, melibatkan wakil media elektronik, penghasil kandungan serta pempengaruh media sosial.
"Program lawatan suai kenal tersebut bertujuan meningkatkan penglibatan media bagi membantu mempromosikan produk-produk pelancongan domestik yang dilawati secara dalam talian, khususnya di media sosial.
"Antara lokasi yang diketengahkan dalam lawatan kali ini ialah pengalaman bermalam di Taiping Bamboo Resort yang terletak di dalam dusun durian di kaki Bukit Larut," katanya pada Majlis Pelancaran Denai Konservasi Maxwell Base Camp, di Bukit Larut, di sini pada Jumaat.
Katanya peserta memulakan eksplorasi dengan menikmati makan tengah hari di Dusun Organik Haji Idrus di Kampung Ara Panjang, Manong.
"Di Taiping, mereka berpeluang bersantai di Taman Tasik Taiping serta menyertai aktiviti sukan lasak ATV yang menguji adrenalin di ATV Adventure Park Larut," katanya.
Katanya peserta turut menyaksikan pelancaran Denai Konservasi di Maxwell Base Camp, Bukit Larut hari ini yang merupakan satu projek kelestarian yang mengutamakan biodiversiti, pemuliharaan alam semula jadi, pengurangan karbon serta kemampanan alam sekitar.
Selain itu, lokasi lain dikunjungi peserta ialah produk-produk ekopelancongan di sekitar Ban Pecah dekat Tanjung Piandang, termasuk menikmati hidangan istimewa mi udang dan kari ikan sembilang.
Beliau berkata program itu diharap dapat mengeratkan jalinan kerjasama bersama pihak media serta penggiat industri pelancongan tempatan, selain memberikan pendedahan mengenai produk-produk pelancongan di setiap destinasi yang dilawati.
"Menerusi publisiti yang diraih melalui penganjuran program ini, kita harap usaha ini dapat meningkatkan lagi permintaan orang ramai untuk melancong serta menjana ekonomi masyarakat setempat, sekali gus menyokong perencanaan sambutan ulang tahun ke-150 bandar Taiping dan Tahun Melawat Perak 2024," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Fri Jul 14 2023
Kata Ammar peserta memulakan eksplorasi dengan menikmati makan tengah hari di Dusun Organik Haji Idrus di Kampung Ara Panjang, Manong. - Foto BERNAMA
Aaron-Wooi Yik Olimpian Tahunan 2024
Ia mengiktiraf pencapaian luar biasa mereka menyumbang pingat gangsa selepas menewaskan Kim Astrup-Anders Skaarup Rasmussen.
Berakhirnya pemerintahan Baath Syria buka jalan kepada keamanan - Erdogan
Erdogan mengulangi komitmen Turkiye untuk terus menyokong golongan tertindas di seluruh dunia.
Kesan kenaikan cukai import minyak sawit oleh India bersifat sementara - KPK
Kenaikan itu sebahagian daripada usaha India melindungi harga minyak tempatan dan menyokong industri pertanian domestiknya.
Ketiadaan akauntabiliti antarabangsa bolehkan Israel lakukan jenayah terhadap rakyat Palestin - PM Mustafa
Beliau berkata demikian semasa pertemuan dengan Wakil Khas Kesatuan Eropah untuk Proses Keamanan Asia Barat Sven Koopmans pada Rabu.
Qatar akan buka semula kedutaan di Damsyik selepas 13 tahun
Doha akan membuka semula kedutaannya di Syria tidak lama lagi selepas memuktamadkan pengaturan yang diperlukan.
Pusat Data Bagan Datuk bakal jadi pencetus perubahan ekonomi digital global
Ia bagi menyediakan infrastruktur kritikal untuk menyokong operasi perniagaan moden dan membuka peluang dalam sektor perkhidmatan kewangan.
Rusia: Penipu curi puluhan juta dolar melalui pusat panggilan ditahan
Penipu yang mencuri puluhan juta dolar daripada penduduk lebih 20 negara melalui tiga pusat panggilan telah ditahan di Moscow.
Protes diteruskan hingga Suk Yeol dipecat
Para penunjuk perasaan kekal mengadakan protes di bandar Seoul agar Presiden Yoon Suk Yeol dipecat daripada jawatannya.
Cubaan serbu pejabat Presiden Yoon Suk Yeol gagal
Menurut media tempatan, pihak polis tidak dapat memasuki bangunan utama kerana gagal mencapai persetujuan dengan pihak perkhidmatan rahsia mengenai kaedah penggeledahan dan penyitaan.
Bekas Menteri Pertahanan Korea cuba bunuh diri
Menurut Ketua Pesuruhajaya Perkhidmatan Korea, Shin Yong Hae pada Rabu, Kim kini sedang menerima rawatan susulan dan berada dalam keadaan stabil.
Karnival Cuti-Cuti Malaysia di Kompleks Kraf 25-27 Oktober
Pelbagai tawaran menarik pakej pelancongan termasuk potongan harga antara 15 hingga 50 peratus menanti pengunjung KCCM 2024 yang berlangsung selama tiga hari bermula 25 Okt ini di Kompleks Kraf.
Penganjuran pameran pelancongan domestik perlu ditingkatkan - MAH
Terdapat keperluan untuk menganjurkan pameran pelancongan yang lebih fokus kepada pelancongan dalam negara.
Lawatan Media Influencer Cuti-Cuti Malaysia 2023 teroka produk pelancongan Perak
Pengamal media dibawa menyertai Program Lawatan Media Influencer Cuti-Cuti Malaysia Perak 2023 untuk meneroka produk-produk ekopelancongan di sekitar Taiping, Kuala Kangsar dan Kerian.
'Inilah Masanya, Cuti-Cuti Malaysia' kempen terbaharu Tourism Malaysia
Kempen itu adalah untuk memastikan pelancongan domestik terus berdaya tahan tatkala berdepan krisis pandemik COVID-19.
"Inilah Masanya" rancakkan pelancongan domestik
"Inilah Masanya, Cuti-Cuti Malaysia" menjadi cogan kata kempen terbaharu Tourism Malaysia untuk galak pelancongan dalam negara.
Batik Air buka tempahan ke tiga destinasi baharu pada harga serendah RM249 sehala
Batik Air buka tempahan ke tiga destinasi baharu pada harga serendah RM249 sehala | Dagang News
Tourism Malaysia lancar Pelan Pemulihan Pelancongan 2022
Pelan pemulihan itu adalah kesinambungan daripada Pakej Rangsangan Ekonomi (PRE 1.0) dan melibatkan penyaluran insentif kepada rakyat Malaysia dalam bentuk diskaun, baucar dan rebat.
Apa yang menarik di Sabah?
Jika terfikir tentang Sabah, ramai akan terbayang pemandangan indah puncak gunung tertinggi di Malaysia iaitu Gunung Kinabalu, namun bukan itu saja yang ada.
Lima perkara menarik anda patut terokai di Kuching, Sarawak
Dengan sekatan dan prosedur tertentu untuk ke luar negara, ini peluang terbaik untuk para pencinta alam sekitar untuk melancong di dalam negara - terutama di Kuching, Sarawak.
Landskap, sejarah dan menu lazat: Ini lapan tempat wajib dikunjungi di Ipoh
Ipoh, Perak merupakan bandar raya penuh sejarah yang menawarkan aktiviti dan lokasi tumpuan pelancongan unik tersendiri.