Lawatan Mohamad Sabu ke Singapura ulang tegas hubungan pertahanan

Bernama
Oktober 18, 2018 21:10 MYT
Ketika melawat Divisyen 3 Singapura, Mohamad turut menaiki kenderaan Light Strike Vehicle Mark II selain mendengar taklimat mengenai Angkatan Tentera Singapura serta meninjau pameran statik aset tentera. - Foto Twitter Ministry of Defence @mindefsg
Menteri Pertahanan Mohamad Sabu pada Khamis mengulangi penegasan hubungan pertahanan yang baik dengan Singapura dalam lawatan pengenalan diri ke republik ini.
Dalam kenyataan di sini, Kementerian Pertahanan Singapura (MINDEF) berkata Mohamad melakukan kunjungan ke atas rakan sejawatannya Dr Ng Eng Hen di kementerian pagi semalam.
Mohamad yang akan berada di negara ini sehingga Sabtu, turut melakukan pemeriksaan kawalan kehormatan.
Pada pertemuan mereka, MINDEF berkata kedua-dua menteri mengulangi penegasan akan hubungan pertahanan dua hala yang baik sejak sekian lama di antara Singapura dan Malaysia.

Paid a courtesy call to my Singapore counterpart, @Ng_Eng_Hen. Hope to achieve a lot with our meetings under the 12th ADMM and 5th ADMM-Plus over the next few days. pic.twitter.com/DB6iIU6i7P

— Mohamad Sabu (@MSabu_Official) October 18, 2018
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
Kedua-duanya mengiktiraf trajektori positif dalam hubungan pertahanan dua hala dan kerjasama menerusi platform pelbagai hala serantau seperti Mesyuarat Menteri-Menteri Pertahanan ASEAN (ADMM) dan ADMM-Campur serta Perjanjian Pertahanan Lima Negara (FPDA).
MINDEF berkata kedua-duanya juga berbincang mengenai kaedah untuk mendepani cabaran serantau seperti memperkukuh kerjasama bagi menangani ancaman keganasan.

Malaysian Minister of Defence @MSabu_Official called on @Ng_Eng_Hen today, reaffirming the warm and long-standing bilateral defence relationship between Singapore & Malaysia Catch the highlights of his introductory visit here! pic.twitter.com/3nzYU59Ii3

— Ministry of Defence (@mindefsg) October 18, 2018
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
Mohamad turut meluangkan masa melawat Pusat Pengumpulan Maklumat di Pangkalan Tentera Laut Changi pagi tadi serta sempat beramah mesra dengan trup Malaysia yang terlibat dalam Eksesais Bersama Lima.
Pada sebelah petang, beliau melawat Divisyen 3 Singapura dan mendengar taklimat mengenai Angkatan Tentera Singapura selain meninjau pameran statik aset tentera dan sistem senjata serta menaiki kenderaan Light Strike Vehicle Mark II.
Mohamad dijadualkan membuat kunjungan hormat ke atas pemangku Perdana Menteri Teo Chee Hean pada 20 Oktober.

Malaysia Minister @MSabu_Officials introductory visit to Singapore was received with the traditional Guard of Honour. We had good discussions to strengthen bilateral ties. I will be hosting him to dinner tonight. @ASEAN #ADMM pic.twitter.com/Hc2TTLoHAU

— Ng Eng Hen (@Ng_Eng_Hen) October 18, 2018
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
Beliau akan menghadiri ADMM ke-12 serta ADMM-Campurs kelima yang dihoskan Singapura selama dua hari bermula hari ini, kata kementerian itu.
-- BERNAMA
#ADMM #ASEAN #Eksesais Bersama Lima #Kementerian Pertahanan Singapura #Menteri Pertahanan #Mesyuarat Menteri-Menteri Pertahanan ASEAN #Mindef #Mohamad Sabu #Ng Eng Hen #Singapura #tentera