Kedatangan Presiden Amerika Syarikat Barack Obama ke Malaysia merupakan suatu pengiktirafan kepada usaha dan kejayaan kerajaan membangunkan negara ini.
Duta Khas Malaysia ke Amerika Syarikat Datuk Seri Dr Jamaluddin Jarjis berkata lawatan itu juga dilihat sebagai satu penghormatan daripada sebuah negara besar kepada Malaysia sebagai sebuah negara Islam.
"Ini ialah suatu penghormatan kepada rakyat Malaysia kerana dunia besar mengiktiraf kita, sebuah negara Islam. Akhirnya ada pengiktirafan dunia kepada usaha (membangunkan negara) yang dibuat oleh kerajaan sejak merdeka," katanya ketika ditemu bual dalam rancangan Ruang Bicara terbitan BernamaTV, pada hari Khamis.
Lawatan Obama ke Malaysia merupakan yang pertama dilakukan Presiden Amerika dalam tempoh 48 tahun lalu selepas kunjungan terakhir oleh Lyndon B. Johnson pada 1966.
"Kalaulah negara kita mundur, tak berjaya, berperang, ekonomi teruk, atau bermasalah, adakah presiden Amerika Syarikat mahu pergi?," katanya.
"Dia (Obama) datang ke Malaysia sudah tentu kerana kejayaan-kejayaan negara kita dari segi ekonomi, keamanan dan mempunyai sistem demokrasi yang baik," katanya sambil menegaskan kunjungan presiden itu tidak harus dipolitikkan, sebaliknya perlu dilihat dari aspek positif.
Jamaluddin turut menempelak tindakan parti pembangkang yang dilihat sengaja menimbulkan kontroversi apabila mempersoal ketiadaan slot bagi Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim bertemu Obama.
Tegasnya kehadiran Obama ke Malaysia pada 26 hingga 28 April ini adalah kerana urusan rasmi dan tidak wajar untuk pembangkang mempolitikkan perkara itu.
"Ini lawatan atas jemputan kerajaan...bila dia pergi ke Jepun atas jemputan kerajaan Jepun, dia (Obama) hanya jumpa perdana menteri Jepun dan Maharaja Jepun, begitu juga di Korea, dia jumpa pemimpin kerajaan Korea lah dan bukannya pembangkang di sana.
"Begitu juga bila dia datang ke Malaysia, jumpa kerajaan Malaysia yang mana pemimpinnya ialah Datuk Seri Najib Tun Razak...mengapa pula dia nak jumpa ketua pembangkang," katanya sekaligus menepis dakwaan kerajaan menghalang pertemuan Anwar dan Obama.
Dalam temu bual sejam bersama Dahlan Maamor bertajuk 'Signifikan Malaysia Persada Dunia' itu, Jamaluddin turut menyentuh peranan yang mahu dimainkan Malaysia dalam memperbetulkan persepsi negatif masyarakat barat berhubung agama Islam.
Katanya, keterbukaan Obama mengenai agama Islam dilihat Malaysia sebagai peluang untuk membantu mengubah dogma berhubung Islam sebagai agama yang radikal dan ekstrem.
Usaha itu, katanya, selaras dengan langkah Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak memperkenalkan Gerakan Kesederhanaan Global (GMM) yang antara lain menekankan kesefahaman dunia untuk menolak sebarang bentuk ekstremisme.
"Jadi bila Obama ke mari kita mahu dia lihat Malaysia sebagai contoh negara Islam yang sederhana, yang boleh diterima dunia dan menggunakan rakyat Malaysia yang hidup dengan aman di sisi kaum lain sebagai lambang Islam yang sebenar sekali gus menghindari tanggapan negatif dunia kepada Islam," katanya.
Jamaluddin turut yakin dengan latar belakang sosial Obama yang pernah dibesarkan dalam persekitaran masyarkat Islam, presiden Amerika Syarikat itu akan lebih memahami berhubung agama Islam, dan seterusnya menggunakan kedudukannya untuk memperbetulkan persepsi buruk berhubung agama Islam.
Menyentuh hubungan diplomatik antara Malaysia dan Amerika Syarikat, Jamaluddin berkata lebih banyak usaha perlu dibuat, bukan sahaja oleh pihak kerajaan tetapi juga pelbagai pihak tempatan lain untuk memperkenalkan Malaysia ke negara itu.
Katanya, Malaysia memerlukan anjakan baru untuk melonjakkan nama negara di Amerika Syarikat kerana ia mempunyai manfaat yang amat besar dari aspek sosial, ekonomi mahupun politik.
"Masalahnya sekarang ini, mereka lebih banyak mendengar suara sebelah pihak (yang negatif) dan suara-suara yang benar tidak sampai kepada mereka. Jadi mereka ambil cerita-cerita tertentu (mengenai Malaysia) dan menganggapnya seagai cerita yang betul," katanya.
Menyentuh manfaat ekonomi, usahawan Malaysia menurut Jamaluddin perlu mengambil peluang untuk menguasai sektor produk halal yang mempunyai potensi besar di Amerika Syarikat.
"Dari aspek Islam, Amerika Syarikat merekodkan peningkatan orang yang memeluk agama Islam yang tinggi, bermakna produk halal mempunyai permintaan yang tinggi.
"Oleh sebab kita ada hab halal dan industri halal yang sudah matang, saya cadangkan pengusaha tempatan yang mampu untuk melihat peluang ini di Amerika Syarikat," katanya.
Selain itu, katanya kedudukan Malaysia sebagai pengerusi Asean tahun hadapan juga meletakkan negara pada kedudukan yang amat unik terutamanya dari aspek peranan diplomatik yang boleh dimainkan untuk 'merapatkan' hubungan antara negara dunia, khususnya Amerika Syarikat dan China, katanya.
"Saya nampak beliau (Obama) mahu mendekati kita dan mendengar pandangan-pandangan pemimpin kita.
"Kalau kita diberi jadi orang tengah dan berusaha untuk mengukuhkan hubungan antara kedua ini dan menghapuskan apa sahaja prasangka dengan itu kita dapat main peranan yang amat besar sekali," katanya optimis.
Jamaluddin berkata antara perkara yang mungkin dibangkitkan ialah prosedur permohonan visa bagi melawat Amerika.
"Selepas kejadian 11 September banyak halangan kepada rakyat Malaysia yang mahu melawat Amerika. Kita nak memohon mereka kaji kembali syarat-syarat yang ketat bagi mengeluarkan visa", katanya.
Bernama
Fri Apr 25 2014
Duta Khas Malaysia ke Amerika Syarikat Datuk Seri Dr Jamaluddin Jarjis. -Gambar Fail
Google Maps mungkin guna rakaman dashcam untuk kemas kini data pemetaan
Menurut Google, pihaknya bekerjasama dengan beberapa pengeluar perakam kereta yang mengumpul dan menyimpan data rakaman pengguna.
Razman Zakaria mohon maaf kepada Nga Kor Ming
Razman mengaku terkhilaf dan terkeliru antara dua program yang dirasmikan oleh Nga pada 13 Sept dan 24 Okt melibatkan insiden kibaran bendera negara China.
Heritage Buildings: Preserve or progress?
Heritage buildings hold the echoes of our history and the soul of our identity. Yet, as modern cities expand, the pressure mounts to either preserve or redevelop? Here to guide us through this conversation is Director of Research at Rahim & Co International Sdn Bhd, Sr. Sulaiman Saheh.
Malaysia lulus pelaburan RM254.7 bln bagi sembilan bulan pertama 2024 - MIDA
Pelaburan diluluskan sebanyak RM254.7 bilion untuk sembilan bulan pertama 2024, menekankan keyakinan kukuh pelabur terhadap dasar dan hala tuju ekonomi Malaysia.
Astro catat pemulihan ADEX pada suku tahun ketiga
Astro Malaysia Holdings Berhad mencatat pertumbuhan dalam perbelanjaan pengiklanan (Adex) pada suku ketiga tahun kewangan 2025.
Bomba selamatkan empat individu terperangkap ketika memancing di Sitiawan
Pihak JBPM Perak mendapat maklumat mengenai insiden tersebut pada 1.13 pagi.
Data & Statistik: Perdagangan borong, runcit Malaysia melakar rekod baharu pada Oktober
Menurut Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM), perdagangan runcit mendahului carta, meningkat sebanyak 7.1 peratus kepada RM64.9 bilion, manakala perdagangan borong menyumbang RM66.3 bilion, dengan kenaikan 4.8 peratus.
TVET pacu ekonomi, jamin masa depan generasi muda
TVET diakui sebagai platform signifikan dan strategik dalam membekalkan belia dengan kemahiran teknikal yang amat diperlukan oleh industri.
AWANI Ringkas: Harimau Malaya tundukkan Timor Leste
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
[KRONOLOGI] Konflik Syria
Berikut adalah info berkenaan dengan kronologi Konflik di Syria.
Barack Obama, isteri sokong Kamala Harris dalam saingan Presiden AS
Obama berkata beliau dan isteri, Michelle menyatakan sokongan kepada Naib Presiden Kamala Harris dalam perlumbaan presiden November ini.
Obama ucap terima kasih kepada Biden, tidak sahkan sokongan terhadap Harris
Obama berkata, Biden merupakan salah seorang Presiden Amerika yang paling penting serta menjadi kawan dan rakan kongsi yang dikasihi.
Obama, Pelosi mahu Biden pertimbang undur diri daripada pilihan raya AS
Pelosi turut mengemukakan tinjauan pendapat yang menunjukkan Biden tidak akan mampu menewaskan calon Republikan, Donald Trump.
Tiada tempat untuk keganasan politik dalam demokrasi AS - Obama
Kenyataan Obama mengundang kecaman warganet terutamanya istilah 'keganasan politik' yang dikatakan menunjukkan sisi hipokrasi Washington.
Kematian tukang masak peribadi Barack Obama diisytihar satu kemalangan
Punca kematian diisytiharkan sebagai kes lemas dan cara kematian disahkan sebagai satu kemalangan.
Tukang masak peribadi Barack Obama ditemukan lemas
Mendiang Campbell meninggalkan seorang isteri, Sherise dan sepasang anak kembar.
Kes 1MDB: Jho Low rancang derma RM132 juta kempen Obama 2012
DiCaprio memberitahu juri bahawa Jho Low merancang untuk menderma sekitar AS$30 juta bagi membantu kempen pemilihan semula Barack Obama.
Naib Presiden AS Kamala Harris mulakan lawatan seminggu ke Afrika
Kamala Harris memulakan lawatan seminggu ke Afrika bermula hujung minggu ini.
Pemimpin, selebriti dan peminat bola sepak dunia ratapi pemergian Pele
Pele meninggal dunia pada usia 82 tahun selepas bertarung dengan kanser kolon.
Obama, Michelle kembali ke White House untuk lancar potret rasmi
Bekas Presiden Amerika Syarikat (AS) Barack Obama dan isteri Michelle Obama kembali ke Rumah Putih untuk melancarkan potret rasmi mereka.