awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Polis buka kertas siasatan pemalsuan dokumen tujuh pemain warisan
Ringgit melonjak: Ahli ekonomi jangka mata wang tempatan mungkin kembali ke paras 3.82
Tiga ADUN Perlis tergugur jawatan diminta pulangkan segera aset kerajaan negeri
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Lawatan PM ke Bahrain bakal buka lembaran baharu hubungan diplomatik 50 tahun

Bernama
Bernama
17/02/2025
23:45 MYT
Lawatan PM ke Bahrain bakal buka lembaran baharu hubungan diplomatik 50 tahun
Shazryll berkata lawatan pertama Anwar sebagai Perdana Menteri ke negara itu, merupakan atas jemputan Putera Mahkota Bahrain Salman Hamad Al Khalifa yang juga merupakan rakan sejawatnya. - Foto Sinar Harian
MANAMA: Lawatan rasmi Datuk Seri Anwar Ibrahim ke Bahrain bermula malam tadi bakal membuka lembaran baharu hubungan diplomatik Malaysia dan negara Asia Barat itu, yang telah mencapai usia 50 tahun pada tahun lepas.
Duta Besar Malaysia ke Bahrain Shazryll Zahiran berkata lawatan pertama Anwar sebagai Perdana Menteri ke negara itu, merupakan atas jemputan Putera Mahkota Bahrain Salman Hamad Al Khalifa yang juga merupakan rakan sejawatnya.
"Lawatan julung kali Perdana Menteri ke Bahrain ini adalah sangat signifikan yang mencerminkan hubungan akrab antara Malaysia dan Bahrain, yang menginjak 50 tahun hubungan diplomatik.
"Lawatan rasmi ini juga akan menjadi wadah terbaik untuk Perdana Menteri mengetengahkan dasar luar Malaysia, terutama pendirian Malaysia terhadap isu serantau dan global di pentas antarabangsa, serta fokus kepada Kepengerusian ASEAN oleh Malaysia, selain melengkapkan jajaran lawatan rasmi ke negara di Asia Barat," katanya pada sidang media, di sini.
Shazryll berkata sepanjang lawatan rasmi Perdana Menteri itu, Anwar antara lain akan mengadakan kunjungan hormat menghadap sejawatnya bagi membincangkan perkembangan dan kemajuan hubungan Malaysia-Bahrain, dengan tumpuan kepada pengukuhan dan peningkatan kerjasama dalam sektor utama yang berkepentingan bersama.
Ini termasuk perdagangan dan pelaburan, pertahanan, keterjaminan makanan, perbankan Islam, industri halal, kesalinghubungan dan pelancongan, selain isu-isu serantau dan global yang berkepentingan.
Manakala bersempena Kepengerusian ASEAN oleh Malaysia, Shazryll berkata Anwar turut akan menyampaikan jemputan ke Sidang Kemuncak ASEAN-Majlis Kerjasama Teluk(GCC) Kedua dan Sidang Kemuncak ASEAN-GCC+China yang akan diadakan di Malaysia kepada Putera Mahkota Bahrain.
Beliau berkata Anwar juga dijadual menghadap Raja Bahrain Raja Hamad Isa Al Khalifa yang merupakan satu penghormatan tinggi kepada Malaysia, selain menzahirkan keutuhan hubungan dua hala kedua-dua negara.
Selain itu, beliau berkata Anwar yang juga Menteri Kewangan turut akan mengadakan pertemuan dengan rakan sejawatnya Shaikh Salman Khalifa Al Khalifa, bagi membincangkan peluang kerjasama ekonomi antara Malaysia dan Bahrain.
Berdasarkan statistik tahun lepas, nilai perdagangan Malaysia dan Bahrain adalah sebanyak RM1.19 bilion dengan jumlah eksport sebanyak RM251.2 juta dan import sebanyak RM943.3 juta.
Bahrain merupakan rakan dagang kesembilan terbesar Malaysia bagi rantau Asia Barat tahun lepas, manakala Malaysia pula rakan dagang ketiga terbesar Bahrain di kalangan negara ASEAN dan ke-18 terbesar di peringkat global pada 2023.
Shazryll berkata disela-sela lawatan rasmi itu, Perdana Menteri juga dijadual menyampaikan ucapan di Intra-Islamic Dialogue Conference, di sini, yang akan dihadiri 298 agamawan daripada 75 negara.
Beliau berkata Anwar turut akan bertemu diaspora Malaysia di Bahrain yang berdasarkan rekod seramai 294 orang bekerja di negara itu, manakala tiga orang menuntut di institusi pengajian tinggi.
Bahrain yang bermaksud dua lautan merupakan Negara Teluk pertama yang ditemui minyak iaitu pada tahun 1932, sekali gus merubah sosio ekonomi penduduknya.
Selain minyak, Bahrain juga mempunyai kilang memproses aluminium keempat terbesar di dunia yang juga menjadi antara import utama Malaysia daripada negara itu.
Lebih menarik, ia juga merupakan negara pertama di Timur Tengah yang menjadi tuan rumah bagi Grand Prix Formula 1 pada 2004.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Anwar Ibrahim
#lawatan rasmi
#hubungan diplomatik
#Shazryll Zahiran
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan