KUCHING: Menteri Pertahanan, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein menyifatkan kenyataan Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim yang mahu projek kapal tempur persisir (LCS) dihentikan hanya berkisar kepada pertimbangan politik semata-mata.
Malah, kata beliau, kenyataan itu bercanggah dengan keputusan Pakatan Harapan ketika menjadi kerajaan Pusat dulu yang mahukan projek itu diteruskan.
Daripada laporan yang beliau terima, Hishammuddin berkata, kenyataan itu telah menimbulkan kemarahan ramai pihak khasnya pihak Tentera Laut Diraja Malaysia yang merupakan pengguna akhir dan lebih 400 vendor yang terlibat dalam projek tersebut.
"Terdapat lebih 400 vendor yang harapkan projek ini berjalan dan 90 peratus adalah vendor yang ada kaitan dengan veteran.
"Kalau dia betul nak bela veteran pembatalan LCS bukan caranya," katanya kepada pemberita selepas merasmikan Poliklinik Kesihatan Angkatan Tentera Malaysia (ATM) di Kem Penrissen, di sini, hari ini.
Semasa sidang media di hari terakhir persidangan Dewan Rakyat semalam, Anwar yang juga Presiden PKR menegaskan, beliau yakin dalam isu tersebut ia bukan saja melibatkan ketirisan malah wujud penyelewengan.
Sekiranya projek itu dihentikan, Hishammuddin berkata, perlu ada pilihan mahupun perancangan bagi mengisi kekosongan yang ada.
"Kalau betul ada hujah-hujah yang bernas saya tidak teragak-agak untuk memikirkan dan memberikan pertimbangan yang sewajarnya," katanya.
Beliau turut menyatakan tidak akan berkompromi dengan mana-mana pihak sekiranya didapati berlakunya penyelewengan, salah guna kuasa ataupun ada unsur-unsur rasuah dalam projek itu.
"Siapa yang salah tetap salah kerana bukan masa saya ketika projek ini diluluskan. Kebetulan saya Menteri Pertahanan hari ini dan saya pikul tanggungjawab untuk menanganinya," katanya sambil menambah beliau percaya pihak Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) telah, sedang dan akan mengambil tindakan berhubung perkara tersebut. - BERNAMA
Bernama
Fri Aug 05 2022

Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein meletakkan replika kunci pada gimik perasmian Poliklinik Kesihatan Angkatan Tentera Malaysia (ATM) Kem Penrissen, Kuching, hari ini. - Gambar BERNAMA

Penstrukturan Batalion Rejimen Sempadan: Mampu beroperasi seperti RAMD, RRD - Panglima
Transformasi berkenaan adalah platform untuk menaik taraf aset-aset serta peralatan sedia ada di Rejimen Sempadan.

Kerajaan pertimbang bina kampus baharu UniKL di Kuala Lumpur - Mahdzir
Kerajaan sedang mempertimbangkan cadangan pembinaan sebuah lagi kampus Universiti Kuala Lumpur (UniKL) di Kuala Lumpur bagi menyokong misi pengantarabangsaan universiti berkenaan.

Ketua jabatan perlu pastikan urusan rasmi menggunakan bahasa Melayu - KPPA
Sebagai usaha memperkasakan penggunaan bahasa Melayu dalam perkhidmatan awam, ketua jabatan hendaklah memastikan setiap urusan rasmi anjuran jabatan masing-masing menggunakan bahasa Melayu sepenuhnya.

Kepingan logam dipercayai serpihan roket China bebas radioaktif
Tiada unsur radioaktif dikesan pada kepingan logam dipercayai serpihan roket Long March 5B milik China yang ditemui di kebun kelapa sawit di Kampung Semawa Ulu, Pantu dekat sini pada Isnin.

Beri DOSM kuasa kira kos pengeluaran ayam - Annuar Musa
Pengerusi Pasukan Khas Jihad Tangani Inflasi, Tan Sri Annuar Musa berkata, DOSM perlu diberikan kuasa bagi membolehkan mereka mengira kos pengeluaran di peringkat ladang bagi industri ayam.

Agensi kerajaan tertentu perlu kawal data edaran, bekalan
Pengerusi Pasukan Khas Jihad Tangani Inflasi, Tan Sri Annuar Musa berkata, agensi kerajaan tertentu perlu mengawal data supaya pengedaran dan bekalan di dalam keadaan tersusun dan terkawal.

Kebenaran solat Jumaat sementara di 228 surau di Melaka ditamatkan
Esok merupakan Jumaat terakhir bagi surau-surau berkenaan mendirikan solat Jumaat.

Dekati pelajar, STEM tidak lagi membosankan
Pendidikan Sains, Teknologi, Kejuruteraan dan Matematik (STEM) boleh menjadi bidang yang menyeronokkan, asalkan kena dengan cara serta pendekatannya.

Sewa premis perniagaan perlu diturunkan 10 ke 20 peratus - Annuar Musa
Pengerusi Pasukan Khas Jihad Tangani Inflasi, Tan Sri Annuar Musa berkata, semua pemilik premis perniagaan yang disewakan kepada peniaga kecil hendaklah menurunkan kadar minimum sewa sebanyak 10 ke 20 peratus.

Basmi Dadah | Kerjasama menyeluruh tingkatkan kesedaran awam
Kerjasama kerajaan, pertubuhan bukan kerajaan (NGO) dan komuniti memainkan peranan dalam meningkatkan kesedaran dalam membasmi ancaman dadah dalam negara. Menurut Timbalan Ketua Pengarah (Operasi) Agensi Antidadah Kebangsaan (AADK), Datuk Dr Muhamad Sade Mohamad Amin, cabaran utama ketika ini adalah pengulangan dalam kalangan penagih.

LCS: Kenyataan Anwar pertimbangan politik semata-mata, kata Hishammuddin
Kenyataan Anwar bercanggah dengan keputusan Pakatan Harapan ketika menjadi kerajaan Pusat dulu yang mahukan projek LCS diteruskan.

Vendor sokong keputusan Kerajaan teruskan LCS, tuntut hutang diselesaikan
Persatuan Strategik Maritim Malaysia (MASTRA) hari ini menyokong keputusan kerajaan meneruskan projek Kapal Tempur Persisir (LCS).

Isu projek LCS: Bukan untuk perang, tapi keselamatan laluan dagang di perairan negara - Penganalisis
Walaupun tiada ketegangan antara negara serantau, perairan negara sentiasa terdedah kepada pelbagai ancaman.