awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Arab Saudi terima ketibaan 19.5 juta jemaah haji, umrah pada 2025
Fokus perumahan mampu milik di bandar, bukan pilihan raya Datuk Bandar - Akmal
Lebih 3,000 pengunjung teruja rasai fenomena laut terbelah di Pulau Pangkor
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Lebaran AWANI: Riza, Michelle kongsi peluang pendidikan percuma TVET di Jerman

Firdaus Azil
Firdaus Azil
12/04/2024
13:57 MYT
Lebaran AWANI: Riza, Michelle kongsi peluang pendidikan percuma TVET di Jerman
Riza dan Michelle berkongsikan kisah ‘cinta antara benua’ mereka, serta peranan AbroadAssist dalam mempromosi pendidikan TVET di Jerman kepada pelajar Malaysia, sewaktu bersiaran dalam episod khas Lebaran AWANI.
KUALA LUMPUR: Masih ramai rakyat Malaysia, terutamanya golongan belia tidak mengetahui polisi akses pendidikan percuma di Jerman, yang wujud daripada kepercayaan pemimpin bahawa pendidikan merupakan hak sejagat.
Justeru, pasangan suami isteri yang juga pempengaruh media sosial, Riza Amir dan Michelle Maali terus giat mempromosi peluang tersebut, khususnya bidang pendidikan teknikal dan latihan vokasional (TVET).
Berkongsi usaha mereka melalui syarikat AbroadAssist, pasangan suami isteri itu berkata, rakyat Malaysia perlu merebut peluang berkenaan kerana Jerman sebuah negara yang terkenal dengan kualiti dalam bidang TVET.
Lebaran AWANI: Raya Ketiga
“Syarikat kami (AbroadAssist) menyediakan semua perkhidmatan – sama ada bekerjasama dengan agensi Kerajaan, dan pelajar swasta yang berminat nak rebut peluang untuk pendidikan percuma di Jerman. Masih ramai tak tahu dan ramai juga skeptikal, kerana di Malaysia, kita dah terbiasa membayar yuran pengajian dalam amaun yang tinggi,” kata Riza, yang juga Pengarah Urusan AbroadAssist.
Michelle, yang juga Pengarah Eksekutif AbroadAssist berkata, beliau secara peribadi terkejut melihat jumlah yuran yang perlu ditanggung golongan siswa di negara ini.
“Ia merupakan satu kejutan untuk saya, bagaimana ibu bapa boleh menanggung jumlah yuran yang begitu tinggi,” katanya lagi.
Pasangan suami isteri itu berkata sewaktu berkongsikan kisah ‘cinta antara benua’ mereka, serta peranan AbroadAssist dalam mempromosi pendidikan TVET di Jerman kepada pelajar Malaysia, sewaktu bersiaran dalam episod khas Lebaran AWANI.
Dalam pada itu Riza berkata, beliau menyambut baik langkah Kerajaan untuk terus memperhebat penglibatan rakyat Malaysia dalam bidang TVET.
“PMX (Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim) baru balik dari Berlin pada bulan Ramadan, berhubung perbincangan bidang TVET di Malaysia. Dan kita tahu Jerman merupakan perintis dalam bidang ini. Malah baru-baru ini kita tengok peruntukan daripada kerajaan pun sejumlah RM6.7 bilion untuk pembangunan TVET di Malaysia,” katanya lagi.
Topic Berkaitan
#Riza Amir
#Michelle Maali
#Lebaran AWANI
#TVET Jerman
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan