KUALA LUMPUR: Seramai 1,446 mangsa banjir masih ditempatkan di pusat pemindahan sementara (PPS) di tiga negeri, setakat 2 petang tadi.
Di JOHOR, 897 orang berada di tujuh PPS di dua daerah di negeri itu, berbanding 925 orang pada 8 pagi tadi.
Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN) Johor memaklumkan, 871 orang daripada 246 keluarga berada di PPS di Batu Pahat berikutan banjir termenung, manakala 26 orang daripada sembilan keluarga di Segamat.
Paras air Sungai Bekok di Batu Pahat dilaporkan masih melepasi tahap bahaya dengan bacaan 18.82 meter.
Di SABAH, jumlah mangsa banjir turut berkurangan dengan 452 orang daripada 137 keluarga di tujuh PPS, berbanding 535 orang daripada 165 keluarga, pagi tadi.
JPBN Sabah dalam kenyataan memaklumkan, Beaufort mencatatkan mangsa teramai dengan 200 orang, Telupid (174), Beluran (48) dan Paitan (30).
Di SARAWAK, JPBN memaklumkan jumlah mangsa banjir di kawasan Serian meningkat sedikit kepada 97 orang berbanding 72 orang pagi tadi dan ditempatkan di PPS Sekolah Kebangsaan St Peter dan Dewan Kampung Mundai.
-- BERNAMA
Bernama
Fri Feb 03 2023

Seramai 1,446 mangsa banjir masih ditempatkan di pusat pemindahan sementara (PPS) di tiga negeri, setakat 2 petang tadi. - Gambar fail/BERNAMA

Amalkan langkah kesihatan awam sepanjang Ramadan - KP Kesihatan
Orang ramai digalakkan terus mengamalkan langkah-langkah kesihatan awam bagi melindungi diri, keluarga dan masyarakat sepanjang menjalani ibadah puasa tidak lama lagi.

Arab Saudi, Kuwait umumkan hari pertama Ramadan pada Khamis (23 Mac)
Arab Saudi dan Kuwait mengumumkan hari pertama Ramadan jatuh pada Khamis (23 Mac 2023).

Kylian Mbappe dilantik kapten pasukan Perancis
Penyerang sensasi, Kylian Mbappe dilantik sebagai kapten Perancis baharu menggantikan Hugo Lloris yang bersara daripada arena bola sepak antarabangsa.

Sushi mampu milik pilihan pelanggan di Kaherah
Seorang peniaga Mohamed Samir menjual sekeping sushi pada harga mampu miliki di sekitar kawasan Kaherah, Mesir.

Gembira dalam kesedihan menjelang Ramadan
Persiapan menjelang ramadan bagi penduduk Batu Pahat terbantut apabila kelengkapan musnah dihanyutkan banjir.

China ulangi pendirian tidak tawar bantuan kepada Rusia
China sekali lagi mengulangi pendirian tidak pernah terlibat menawarkan senjata kepada sekutunya berhubung perang antara Rusia dan Ukraine.

Persiapan Ramadan di Afghanistan sederhana
Persiapan Ramadan di Afghanistan suram memandangkan negara itu berdepan dengan krisis ekonomi yang berlarutan sejak Taliban mengambil alih pentadbiran negara.

Prayuth bakal berdepan situasi ketidaktentuan
Perdana Menteri Thailand, Prayuth Chan O-Cha dijangka berdepan situasi ketidaktentuan sekiranya dilantik semula bagi jawatan itu jika menang dalam Pilihan Raya Umum negara itu pada Mei depan.

Gereja di Burlington musnah akibat kebakaran
Kebakaran besar tercetus melibatkan sebuah gereja di Burlington, New Jersey, Amerika Syarikat pada Isnin dengan api dilaporkan mula merebak sejak pukul 6 petang.

Kerajaan tubuh Majlis Madani untuk terjemahkan konsep - Ahmad Zahid
Kerajaan menubuhkan Majlis Madani bagi menterjemahkan konsep kerajaan Madani melibatkan semua pihak di negara ini. Menurut Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi, majlis itu akan dipengerusikan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim dengan pelbagai program berkonsepkan masyarakat Malaysia Madani.

Banjir: 13 PPS ditutup, mangsa di Batu Pahat terus berkurang
Jumlah mangsa banjir di Batu Pahat terus menurun kepada 3,086 orang setakat 8 malam ini.

Kelantan sudah agih RM21.43 juta kepada mangsa banjir
Kelantan telah mengagihkan sebanyak RM21.43 juta setakat ini, kepada ketua-ketua jajahan untuk diberikan kepada mangsa yang terlibat banjir pada Monsun Timur Laut (MTL) baru-baru ini.

Mangsa banjir di Batu Pahat menurun kepada 13,872 orang malam ini
JBPN memaklumkan penutupan itu menjadikan jumlah PPS yang masih beroperasi setakat ini ialah 59 yang menempatkan 3,985 keluarga.

Jumlah mangsa banjir di Johor terus menurun kepada 25,983 orang
Jumlah mangsa banjir di Johor terus menurun kepada 25,983 orang setakat 4 petang ini berbanding 26,381 orang direkodkan pada 8 pagi tadi.

Kerajaan salur peruntukan tambahan RM150 juta untuk pascabanjir di Johor
Anwar Ibrahim berkata, Kementerian Kewangan akan menyegerakan peruntukan tersebut bagi meringankan beban kerajaan negeri dan mangsa-mangsa banjir di Johor.

Mangsa banjir di Johor berkurangan kepada 28,008 orang
Daerah Batu Pahat dan Segamat masih terjejas dengan 96 pusat pemindahan sementara (PPS) masih beroperasi.

Situasi di Johor makin pulih, banjir surut sepenuhnya di Tangkak
Situasi banjir di negeri ini dilihat semakin baik setelah daerah Tangkak menjadi daerah terkini pulih sepenuhnya daripada bencana berkenaan.

Banjir surut sepenuhnya di Muar, mangsa di Johor menurun kepada 33,245 orang
Keadaan banjir di negeri ini dilihat semakin baik dengan daerah Muar menjadi daerah terbaharu pulih sepenuhnya daripada bencana itu.

Banjir: Lebih 38,000 orang masih berlindung di 126 PPS
Di Johor, jumlah mangsa banjir berkurangan daripada 39,677 pada 8 malam tadi kepada 38,587 pagi ini.

Mangsa banjir di Johor dan Melaka berkurangan, Pahang kekal
Jumlah mangsa di Pahang tidak berubah dengan 39,846 orang ditempatkan di 128 pusat pemindahan sementara (PPS) setakat malam ini.