awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Liga Super: Dua jaringan Luqman Hakim pacu kemenangan NSFC
Nelayan dikhuatiri hilang jatuh laut di Tanjung Kubung
AHF perkasa pembangunan belia, lahir bakat hoki ke arah Sukan Olimpik
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Lebih 1,000 penduduk dua kampung di Setiu nikmati liputan 4G - MCMC

Bernama
Bernama
12/07/2021
03:45 MYT
Lebih 1,000 penduduk dua kampung di Setiu nikmati liputan 4G - MCMC
Penambahbaikan liputan 4G di bawah inisiatif JENDELA yang dikawal selia oleh MCMC di dalam Parlimen Setiu akan dilaksanakan secara berterusan dengan 15 menara baharu lagi. - MCMC
KUALA TERENGGANU: Lebih 1,000 penduduk di Kampung Rhu Sepuluh dan Kampung Kuala Kubang di Setiu kini menikmati jaringan telekomunikasi 4G yang lebih baik selepas dua menara komunikasi baharu di bawah Pelan Jalinan Digital Negara (JENDELA) mula beroperasi sejak Jun lepas.
Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) dalam satu kenyataan memaklumkan, menara komunikasi itu juga memberi manfaat dan impak positif untuk sektor pelancongan kerana berdekatan dengan pantai Penarik yang sentiasa menjadi tumpuan pelancong ke Setiu.
"Penambahbaikan liputan 4G di bawah inisiatif JENDELA yang dikawal selia oleh MCMC di dalam Parlimen Setiu akan dilaksanakan secara berterusan dengan 15 menara baharu lagi telah diluluskan dan dijangka siap beroperasi secara berperingkat bermula pada suku kedua 2022.
"Selain itu, kerja-kerja naik taraf liputan kepada 4G di 78 menara sedia ada juga sedang giat dilaksanakan dan dijangka siap beroperasi secara berperingkat bermula Ogos ini hingga Mac tahun depan," menurut kenyataan itu.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#MCMC
#telekomukasi
#4G
#Kampung Rhu Sepuluh
#kampung kuala kubang
#Setiu
#terengganu
#JENDELA
#pelan jalinan digital
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan