awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Will Smith dituduh lakukan amang seksual terhadap pemain biola lelaki
Lelaki patah tangan, kaki kereta hilang kawalan rempuh bas
Lelaki dikhuatiri lemas selepas jatuh dari perahu
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Lebih 1,500 penduduk ditempatkan di PPS di Sabah

Eleanor Michelle Patrick
Eleanor Michelle Patrick
12/01/2021
10:35 MYT
Lebih 1,500 penduduk ditempatkan di PPS di Sabah
KOTA KINABALU:Seramai 1,765 penduduk di empat daerah ditempatkan di 10 Pusat Pemindahan Sementara (PPS) ekoran rumah mereka dinaiki air setakat pukul 4 petang Selasa.
Menurut Timbalan Pengarah Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) Sabah, Lt. Kol Mohd Izaimi Md Daud, antara daerah yang terjejas akibat banjir adalah Kudat, Kota Marudu, Pitas dan Beaufort.
Jelasnya, sebanyak 10 PPS telah dibuka bagi menempatkan mangsa yang terkesan dengan bencana alam itu.
"Keadaan banjir di daerah Kudat sudah hampir pulih dan sekarang ini proses mengenal pasti tempat-tempat yang dinaiki air selamat atau tidak.
"Jika selamat ada di antara penduduk akan dibenarkan pulang," katanya.
Tambah beliau, paras air banjir di beberapa buah daerah juga dilaporkan mulai surut, bagaimanapun penduduk kampung dinasihatkan untuk kekal peka terhadap sebarang perubahan cuaca.
Topic Berkaitan
#banjir sabah
#Kudat
#Kota Marudu
#pitas
#Mohd Izaimi Md Daud
#banjir
#Sabah
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan