GEORGE TOWN:Bermula hari ini, perkhidmatan bot laju digunakan secara rasmi membawa penumpang menggantikan feri ikonik yang sudah beroperasi sejak 126 tahun di Pulau Pinang.
Tinjauan hari pertama operasi perkhidmatan bot laju itu di kedua-dua jeti di Pangkalan Sultan Abdul Halim dan Terminal Kapal Persiaran Swettenham di George Town, mendapati ia berjalan lancar.
Rata-rata pengguna yang juga pejalan kaki teruja menaiki bot laju itu dan berpuas hati dengan perkhidmatan tersebut yang disifatkan cepat dan selesa.
Norshamila Ahmad dari Kedah berkata, dia tidak menyedari pertukaran perkhidmatan feri kepada bot laju yang bermula hari ini.
"Seronok cepat sampai... Selalu lambat sikitlah... Saya sebenarnya tak sedar (penamatan khidmat feri)... lama juga tak datang ke Pulau Pinang.
"Bila sampai tadi, saya diberitahu supaya naik bot itu dan ia percuma," katanya di sini, hari ini.
Sementara itu, penduduk Pulau Pinang, Mohd Aminudin Ng Abdullah, berkata perkhidmatan bot itu lebih praktikal kerana menjimatkan masa bagi mereka yang berulang-alik ke pulau atau sebaliknya.
"Ia lebih cepat daripada feri... 10 minit sahaja sudah sampai ke seberang. Pengguna harian yang terdiri daripada orang yang bekerja, pelajar... sangat baik untuk mereka.
"Cuma bagi pelancong tiada apa yang menarik, feri laju nak ambil gambar laut susah," katanya.
Sementara itu, Pengerusi Suruhanjaya Pelabuhan Pulau Pinang (SPPP), Datuk Tan Teik Cheng, yang turut meninjau hari pertama operasi bot laju itu berkata, kira-kira 2,000 pengguna sudah menggunakan perkhidmatan tersebut jam 10 pagi tadi.
Katanya bot laju itu mampu membawa 200 penumpang dan melakukan 80 perjalanan sehari.
"Pagi tadi sudah 2,000 guna sehingga jam 10 pagi dan penumpang dijangka bertambah pada waktu petang dan malam," katanya.
Perkhidmatan tersebut hanya mengambil masa perjalanan kira-kira 10 minit di antara Pangkalan Sultan Abdul Halim, Buttetworth dengan Terminal Kapal Persiaran Swettenham di George Town.
Sebelum ini, SPPP mengumumkan perkhidmatan feri ikonik ditamatkan bermula 1 Januari dengan kenderaan empat roda tidak lagi dapat menggunakan perkhidmatan tersebut.
Bermula tarikh sama juga, feri ikonik sedia ada hanya boleh digunakan oleh penunggang basikal dan motosikal manakala bot laju akan digunakan untuk membawa penumpang pejalan kaki.
Pelaksanaan perkhidmatan feri itu akan berjalan sepanjang tempoh interim sehingga Jun 2022 sebelum katamaran atau teksi air digunakan sepenuhnya dengan feri ikonik sedia ada akan dijadikan muzium dan restoran terapung.
Dewi Nur Harasha Alias
Fri Jan 01 2021
Bot laju itu mampu membawa 200 penumpang dan melakukan 80 perjalanan sehari. - Gambar/ Bernama
Tarif air pengguna domestik Perak naik 5 sen mulai 1 Mei - Saarani
Saarani berkata, beliau yakin kenaikan itu tidak terlalu tinggi dan boleh diterima oleh rakyat.
Penang FC harap kehadiran satu lagi tonggak import
Bekas penyerang kebangsaan itu berkata kehadiran pemain import amat diperlukan pada posisi tengah menyerang.
Wanita Singapura hilang di Sepanyol ditemui mati dengan kesan tikaman: Laporan
Polis tempatan tahan seorang lelaki warga Singapura untuk dirakam keterangan.
Google tidak akan tuntut hak cipta atas kandungan dijana AI
Google tidak akan menuntut hak cipta output yang telah dijana dengan perkhidmatan AI generatif mereka.
Mangsa banjir di tiga negeri menurun - NADMA
Jumlah mangsa banjir menurun kepada 759 mangsa yang ditempatkan di enam pusat permindahan sementara setakat 6 pagi tadi.
KWSP tidak lagi jadi pemegang saham utama Affin Bank, buka laluan kepada Sarawak
Pelupusan saham Affin Bank oleh KWSP berlaku pada 12 April, namun tidak dinyatakan nilai urus niaga itu.
Niaga AWANI: Melengkapkan pekerja dengan kemahiran masa hadapan
Sertai perbincangan bersama Faizal Ridzuan, Perunding Sumber Manusia, mengenai risiko yang dihadapi oleh pekerja yang tidak mempunyai kemahiran masa depan yang diperlukan, termasuk aspek kecerdasan buatan (AI), serta impaknya terhadap keputusan pekerjaan dan keperluan pembangunan kemahiran.
#NiagaAWANI
#NiagaAWANI
Telegram sasar capai 1 bilion pengguna aktif bulanan tahun ini
Buat masa ini, perkhidmatan permesejan berkenaan mempunyai sekitar 900 juta pengguna aktif bulanan.
Niaga AWANI: Prestasi Bursa Malaysia setakat 18 April 2024
Indeks petunjuk pasaran itu yang dibuka tinggi naik 0.05 mata kepada 1,535.05, bergerak antara paras 1,532.95 dan 1,541.88 sepanjang sesi dagangan.
#NiagaAWANI
#NiagaAWANI
Niaga AWANI: Prestasi ringgit setakat 18 April 2024
Ketua Ahli Ekonomi Bank Muamalat Malaysia Bhd Dr Mohd Afzanizam Abdul Rashid berkata ringgit meningkat sedikit hari ini, seiring penurunan kecil Indeks Dolar AS (DXY) sebanyak 0.10 peratus kepada 106.153 mata.
#NiagaAWANI
#NiagaAWANI
Lima PATI ditahan naik feri dari Langkawi ke Kuala Kedah
Lima PATI warga Myanmar ditahan anggota Maritim Malaysia ketika dalam feri dari Pulau Langkawi ke Kuala Kedah.
Penang Port tawar khidmat sewa feri bagi jana pendapatan baharu
Syarikat itu melihat potensi besar dalam langkah terbaharu itu kerana ia telah menerima banyak pertanyaan daripada pihak-pihak yang berminat.
Lebih banyak operator feri, lebih baik - Sanusi
Ia bukan sahaja akan menguntungkan pengguna malah saingan sihat dalam perkhidmatan dapat meningkatkan tahap syarikat pengendali feri sedia ada.
Kesesakan Tambak Johor: Kerajaan kaji cadangan feri JB-Singapura
Isu kesesakan itu sememangnya dalam perhatian kerajaan malah Jawatankuasa Khas Kabinet juga ditubuhkan bagi membincangkan masalah tersebut.
Feri baharu Pulau Pinang mula operasi secara rasmi hari ini
Feri baharu Pulau Pinang beroperasi secara rasmi pada Isnin dengan memulakan trip pertamanya dari Pangkalan Sultan Abdul Halim.
Perkhidmatan feri Pulau Pinang percuma selama sebulan mulai 7 Ogos
Ini susulan ketibaan empat feri baharu di Pulau Pinang dan pihak Penang Port Sdn Bhd akan mengambil masa untuk tempoh percubaan.
Perkhidmatan RORO dari Kuala Kedah-Langkawi dapat sambutan baik
Tambahan perkhidmatan enam RORO lagi berserta tambahan jadual perjalanan sedang dirancang bagi menampung keperluan orang ramai.
Lelaki FIlipina terjun feri semasa penghantaran pulang ditemukan lemas
Seorang lelaki Filipina yang dipercayai terjun ke laut dari sebuah feri di sini ketika proses penghantaran warga Filipina pulang ke negara asal pada petang Rabu lepas, ditemukan lemas hari ini.
Kerajaan Persekutuan pertimbang kembalikan feri ikonik P. Pinang
Perkhidmatan feri berkenaan telah digantikan dengan bot laju bermula 1 Januari 2021.
Perkhidmatan feri Langkawi-Kuala Perlis-Langkawi pada 1 & 2 Mac dihentikan
Kapten Baharin berkata, keadaan paras air itu mungkin akan menyebabkan tidak selamat untuk dimasuki oleh feri.