KUALA LUMPUR: Lebih 10,000 unit Residensi Madani dan Wilayah disasar dibangunkan di Putrajaya bermula tahun ini dan dijangka siap pada 2027.
Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Wilayah Persekutuan) Dr Zaliha Mustafa berkata pembangunan kedua-dua jenis residensi itu akan memberi manfaat kepada mereka yang berpendapatan rendah dan sederhana untuk memiliki kediaman mampu milik pada harga di bawah RM300,000.
"Ini adalah satu daripada usaha peningkatan darjat hidup rakyat di bawah kluster Program Usaha Jaya Insan (PUJI) melalui inisiatif Lindung @ PUJI.
"Insya-Allah di Putrajaya projek ini akan dibangunkan di pelbagai Presint dengan sasaran melebihi 10,000 unit yang akan dibina bermula 2024 dan siap pada 2027," katanya menerusi hantaran di Facebook hari ini.
Beliau berkata demikian selepas mengadakan perbincangan dan mendengar sendiri isu dan ketersediaan pemaju bagi memulakan projek perumahan Residensi Madani dan Wilayah yang akan dibangunkan di Putrajaya.
PUJI merupakan satu daripada inisiatif atau program memperkasa warga Wilayah Persekutuan yang telah dirangka sebagai pendekatan inklusif dalam menangani isu sosio ekonomi di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Labuan dan Putrajaya.
-- BERNAMA
Bernama
Sat Mar 16 2024
Dr Zaliha mengadakan perbincangan dan mendengar sendiri isu dan ketersediaan pemaju bagi memulakan projek perumahan Residensi Madani dan Wilayah yang akan dibangunkan di Putrajaya. - Foto FB Dr Zaliha Mustafa
Biden kekal tidak sokong pencerobohan di Rafah
Presiden Amerika Syarikat, Joe Biden bercakap dengan Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu, pada Ahad.
Tiga perkara perlu dilakukan bagi elak kemusnahan di Gaza
Presiden Palestin Mahmoud Abbas menyuarakan tiga perkara yang perlu diberikan pertimbangan masyarakat dunia dan mengiktiraf Palestin sebagai negara merdeka termasuk ahli penuh Persatuan Bangsa Bangsa Bersatu (PBB). Beliau berkata demikian di Mesyuarat Khas Forum Ekonomi Dunia (WEF) di Riyadh hari ini.
Delegasi Hamas ke Kaherah bincang gencatan senjata
Satu delegasi Hamas akan melawat Kaherah untuk rundingan yang bertujuan untuk mendapatkan gencatan senjata, pada Isnin.
37 juta tan serpihan runtuhan di Gaza - UNMAS
Pusingan konflik Palestin-Israel yang bermula pada Oktober 2023 telah meninggalkan kira-kira 37 juta tan serpihan runtuhan di Semenanjung Gaza.
WCK sambung misi bantuan di Gaza
World Central Kitchen (WCK) menyambung semula operasi di Semenanjung Gaza, pada Isnin.
Protes di universiti A.S tidak tunjuk tanda perlahan
Protes di universiti Amerika Syarikat tidak menunjukkan tanda perlahan pada hujung minggu dengan lebih banyak tangkapan di kampus dan pertempuran singkat antara penunjuk perasaan pro-Israel dan pro-Palestin di UCLA California.
Banjir ragut 76 nyawa di seluruh Kenya
Daerah Nairobi terjejas teruk akibat banjir dengan hampir 17,000 isi rumah dipindahkan.
Nahas skuter elektrik meningkat di Jepun selepas peraturan dilonggar
Dalam tempoh enam bulan sejak Julai lepas, 85 nahas lalu lintas melibatkan skuter elektrik dicatatkan dan mengakibatkan 86 kecederaan.
Mohamed Khaled tiba di Indonesia untuk lawatan rasmi, dijadual bertemu Prabowo
Menteri Pertahanan tiba di Jakarta pada Ahad untuk lawatan kerja rasmi sulung beliau ke Indonesia sejak memegang jawatan itu.
'Tersentuh tengok golongan OKU penglihatan tunai umrah’ - Mohd Na’im
"Moga terkabul segala hajat sahabat-sahabat OKU penglihatan menunaikan ibadat umrah dan ziarah."
Lebih 10,000 unit Residensi Madani, Wilayah akan dibangunkan di Putrajaya
Lebih 10,000 unit Residensi Madani dan Wilayah disasar dibangunkan di Putrajaya bermula tahun ini dan dijangka siap pada 2027.