MALAYSIA
Lebih 100,000 rakyat Johor daftar e-COSS, antara tertinggi di Malaysia
Lilis Saslinda (dua, kiri) melihat pelaksanaan pembelian minyak paket menggunkan aplikasi Ecoss pada Majlis Pelancaran Aplikasi Mobile Ecoss Di 55 Pasaraya ‘Point Of Sale’ (Fasa 3) hari ini.- Gambar Bernama
JOHOR BAHRU: Lebih 100,000 rakyat Johor telah mendaftar aplikasi Sistem Skim Penstabilan Harga Minyak Masak (e-COSS) sejak ia dilancarkan pada Ogos lepas.
Ringkasan AI
Pengarah Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) Johor Lilis Saslinda Pornomo berkata ia sekali gus menjadikan Johor antara negeri dengan jumlah pengguna tertinggi di seluruh negara.
Beliau berkata data menunjukkan transaksi pembelian minyak masak subsidi menerusi e-COSS di negeri ini mencatatkan sebanyak 1,920.20 tan metrik sejak 15 Ogos hingga 18 Nov lepas.
"Sebanyak 1,770.52 tan metrik pembelian pula telah direkodkan melalui kaedah pendaftaran manual.
"Jumlah transaksi ini membuktikan keberkesanan kedua-dua kaedah dalam memastikan pengguna, termasuk yang tidak mempunyai kemudahan teknologi, terus mendapat akses pembelian tanpa sebarang halangan," katanya pada sidang media selepas Majlis Pelancaran Aplikasi Mobile e-COSS di 55 Pasaraya Point Of Sales Agihan Minyak Masak Paket Bersubsidi di sini hari ini.
Beliau berkata penggunaan aplikasi itu diyakini dapat mengekang ketirisan sekali gus mengurangkan jumlah aduan.
"Setakat ini aduan mengenai minyak masak peket semakin berkurangan apabila orang ramai pun salur aduan dan kita pantas buat pemeriksaan bagi memastikan bekalan mencukupi," katanya.
Lilis Saslinda sebelum ini dipetik berkata selain daripada penggunaan aplikasi e-COSS melalui imbasan kod respons pantas (QR), alternatif lain turut disediakan iaitu pendaftaran secara manual melalui buku log yang disediakan oleh pihak pasar raya.
Beliau berkata kaedah itu antara lain membolehkan pengguna yang tidak memiliki telefon pintar tetap berpeluang mendapatkan minyak masak peket bersubsidi dengan sah dan teratur.
--BERNAMA
Ringkasan AI
- Lebih 100,000 rakyat Johor mendaftar aplikasi e-COSS untuk minyak masak subsidi sejak Ogos lalu, menjadikan Johor antara negeri dengan pengguna tertinggi di negara.
- Transaksi pembelian minyak masak subsidi melalui e-COSS di Johor mencatatkan 1,920.20 tan metrik, sementara 1,770.52 tan metrik melalui pendaftaran manual.
- Penggunaan aplikasi e-COSS dijangka dapat mengurangkan ketirisan minyak masak serta mengurangkan jumlah aduan yang diterima.