NIBONG TEBAL: Seramai 12,380 pendatang tanpa izin telah diusir oleh Jabatan Imigresen (JIM) sejak Januari hingga 29 Mac lepas, kata Ketua Pengarahnya Datuk Ruslin Jusoh.
Ruslin berkata mereka terdiri daripada 9,606 lelaki dan 2,774 wanita membabitkan majoriti warga Filipina, Indonesia dan Myanmar dengan penghantaran melalui jalan darat, penerbangan atau feri penumpang.
"Terdapat tiga kategori tahanan di depot imigresen dan diusir pulang ke negara mereka iaitu banduan asing yang tamat hukuman penjara dan diserahkan kepada JIM untuk urusan usir ke negara asal.
"Selain itu, tahanan warga asing yang ditangkap oleh JIM atas kesalahan melanggar Akta Imigresen 1959/63 atau Peraturan-Peraturan Imigresen 1963 serta kesalahan lain yang masih dalam siasatan kes dan tahanan warga asing yang diserahkan oleh agensi penguat kuasa lain untuk tindakan usir oleh JIM," katanya kepada pemberita selepas Majlis Penutupan Depot Imigresen Sementara Sungai Bakap di sini hari ini.
Beliau berkata ketika ini seramai 11,650 pendatang tanpa izin masih ditahan di 18 depot imigresen sedia ada dan tiga depot sementara.
Ruslin berkata kapasiti penghuni di semua depot imigresen ketika ini berkurangan 50 peratus berbanding jumlah penuh seramai 21,150 orang susulan JIM telah mengusir ramai tahanan pulang ke negara masing-masing selepas segala dokumentasi mereka selesai.
Beliau berkata bagaimanapun terdapat beberapa masalah timbul untuk mempercepat proses pengusiran mereka kerana perlu menunggu proses pengeluaran dokumen daripada perwakilan negara asal tahanan yang memakan masa agak lama serta tahanan yang tidak mempunyai keupayaan untuk membeli tiket pulang.
"Pengurusan tiket perlu diselaraskan oleh pegawai depot dengan menyemak keupayaan wang setiap tahanan untuk membeli tiket pulang dan tahanan yang mempunyai keupayaan wang membeli tiket akan segera dihantar pulang oleh depot imigresen.
"Tahanan yang tiada keupayaan wang untuk membeli tiket akan diuruskan dengan memberikan peluang kepada mereka menghubungi keluarga dan rakan untuk membiayai tiket pulang. Selalunya proses penghantaran pulang mengambil masa dua minggu hingga enam bulan," katanya.
Mengulas tentang penutupan Depot Imigresen Sementara Sungai Bakap, Ruslin berkata depot itu yang beroperasi sejak 15 Feb 2021 akan ditutup bermula esok dan sepanjang beroperasi, ia telah menempatkan 2,224 tahanan dengan seramai 62 pegawai imigresen bertugas dibantu 32 anggota Jabatan Sukarelawan Malaysia (RELA).
Beliau berkata depot itu pada awalnya disewa bagi membantu JIM mengatasi penularan wabak COVID-19 dan kesesakan tahanan di depot seluruh Malaysia semasa pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan kerana tiada proses pengusiran dapat dilaksanakan.
Sementara itu, Ruslin berkata seramai 322,182 pendatang tanpa izin dan 27, 572 majikan sudah berdaftar dalam Program Rekalibrasi Tenaga Kerja 2.0 menerusi Program Rekalibrasi Tenaga Kerja yang diumumkan kerajaan pada 10 Jan lepas.
-- BERNAMA
Bernama
Fri Mar 31 2023

Ruslin berkata ketika ini seramai 11,650 pendatang tanpa izin masih ditahan di 18 depot imigresen sedia ada dan tiga depot sementara. - Gambar Bernama

AirAsia lancar penerbangan langsung Pulau Pinang-Hong Kong, Ogos ini
AirAsia akan melancarkan laluan penerbangan langsung dari Pulau Pinang ke Hong Kong, bermula 10 Ogos ini.

Lionel Messi umum sertai Inter Miami
Keputusan itu sekali gus mengesahkan Messi menolak tawaran lumayan dari sebuah kelab di Arab Saudi.

Boeing kesan kecacatan baharu pesawat 787 Dreamliner
Pembuat pesawat Amerika Syarikat (AS) Boeing pada Rabu mengenal pasti kecacatan baharu pada jet 787 Dreamliner keluarannya.

Lawak melampau: Singapura mohon maaf, Jocelyn Chia bukan lagi warganegara
Kerajaan Singapura tidak boleh menerima kata-kata atau tindakan yang boleh mencetus kemudaratan atau menyinggung perasaan orang lain.

KPDN sedia pertimbang tambah bekalan gula di negeri tertentu semasa musim perayaan
Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup Datuk Seri Salahuddin Ayub sedia mempertimbangkan cadangan untuk menambah bekalan gula di negeri tertentu pada musim perayaan.

KKD gesa Telegram jumpa MCMC untuk elak tindakan
KKD menggesa pihak Telegram mengadakan pertemuan dengan MCMC dalam masa terdekat bagi mengelakkan tindakan berhubung beberapa isu keselamatan siber.

Presiden Xi mahu China tumpu kepada menghijaukan kawasan gurun, cipta keajaiban baharu
Presiden Xi Jinping mahu China terus meningkatkan usaha untuk mencegah hakisan tanah dan memastikan penghijauan kawasan gurun sehingga keajaiban baharu dapat diwujudkan.

Mohamad Hasan bimbang trend ahli politik tabur retorik ancam perpaduan
Mohamad berkata, golongan ini sanggup memperlekeh jaminan hak asasi, kebebasan dan keutuhan institusi awam.

Kenya minat pelajari kepakaran Malaysia dalam penyediaan rumah mampu milik
Kenya berminat mendapatkan khidmat kepakaran Malaysia dalam aspek penyediaan perumahan mampu milik negara.

Kejayaan Malaysia dalam kes tuntutan Sulu tamatkan usaha rampas aset negara - Fahmi Fadzil
Kejayaan Malaysia dalam pertikaian undang-undang di Perancis berkaitan tuntutan kumpulan yang mendakwa waris Kesultanan Sulu, mematikan segala usaha mereka untuk cuba merampas aset negara.

Lebih 12,000 pendatang asing diusir ke negara asal sejak Januari 2023
Seramai 12,380 pendatang tanpa izin telah diusir oleh Jabatan Imigresen (JIM) sejak Januari hingga 29 Mac lepas, kata Ketua Pengarahnya Datuk Ruslin Jusoh.

Imigresen Sabah tumpas sindiket pemalsuan dokuman permit masuk
Jabatan Imigresen (JIM) Sabah menumpaskan satu sindiket pemalsuan pelbagai dokumen pengenalan diri dengan penahanan enam individu dalam Ops Serkap bermula Rabu hingga semalam.

Sindiket perjudian didalangi warga asing tumpas
Jabatan Imigresen melumpuhkan rangkaian sindiket perjudian dalam talian yang didalangi warga asing susulan beberapa serbuan di sekitar Lembah Klang pada Selasa dan semalam.

Tiga 'transporter' ditahan disyaki bawa masuk 15 pendatang tanpa izin
Operasi berkenaan turut menahan 15 pendatang tanpa izin berusia 24 hingga 54 tahun yang terdiri daripada 12 lelaki dan tiga wanita warga Indonesia.

JIM Negeri Sembilan serbu penempatan haram, 32 ditahan
JIM Negeri Sembilan menahan 32 pendatang tanpa izin termasuk 15 wanita dan seorang kanak-kanak perempuan dalam serbuan di sebuah penempatan haram berhampiran Bandar Ainsdale di sini, awal pagi tadi.

Judi sabung ayam: 43 lelaki termasuk warga asing ditahan
Serbuan yang dibuat sekitar jam 4.15 petang itu berjaya menahan 27 lelaki tempatan dan 16 lelaki warga asing, berumur di antara 22 hingga 60 tahun.

Polis tahan tiga individu disyaki eksploitasi pekerja warga asing
Serbuan pada 8.30 malam semalam di kawasan Bandar Botanic 2, Klang membawa kepada penahanan kesemua suspek berumur lingkungan 33 hingga 67 tahun yang merupakan majikan.

9 GRO warga asing diberkas, pusat hiburan tiada lesen
Kesemua individu itu direman selama empat hari bermula Khamis hingga Ahad bagi membantu siasatan.

Langgar syarat lesen, lima kru Myanmar ditahan
Bot kelas C yang mencurigakan itu ditahan untuk pemeriksaan kira-kira jam 2.05 petang di lokasi kira-kira 20 batu nautika dari Muara Kuala Pahang.

PGA tahan empat pemandu treler seludup masuk pendatang asing
Pemeriksaan ke atas treler bermuatan barangan runcit, buah-buahan dan sayur-sayuran itu dilakukan selepas dikesan dalam keadaan mencurigakan.