LANGKAWI: Seramai 13,225 guru baharu di bawah pengambilan khas secara 'one-off' sudah melapor diri atau menerima penempatan masing-masing setakat ini.
Menteri Kanan Pendidikan Datuk Radzi Jidin berkata 307 guru telah melapor diri pada 1 Dis tahun lepas, 8,120 melapor diri pada 1 Mac lepas, manakala 4,828 lagi akan melapor diri pada 4 April depan.
"Alhamdulillah kita sudah selesai lebih 13,000 guru, untuk batch atau kohort terbaharu iaitu lebih 4,000 orang, mereka akan ditempatkan bulan depan dan keputusan penempatan mereka juga sudah pun keluar.
"Insya-Allah baki lebih 5,000 guru, kita akan bekerjasama rapat dengan Suruhanjaya Perkhidmatan Pelajaran (SPP) supaya baki itu dapat diisi dan diselesaikan segera," katanya dalam sidang media di sini hari ini.
Beliau berkata kementerian berharap kesemua pengambilan guru secara one off seramai 18,702 orang seperti yang telah diumumkan sebelum ini, dapat menyelesaikan isu kekurangan guru di sekolah Kementerian Pendidikan sejak sekian lama.
Menurutnya apabila semua kekosongan itu dapat diisi sepenuhnya, baharulah kementerian boleh memikirkan untuk pengambilan guru baharu atas sebab lain, antaranya guru bersara dan mengisi keperluan di sekolah baharu.
"Isu kekurangan guru akan tetap berlaku tetapi tidaklah sampai 18,000 seperti sebelum ini. Kita akan tutup yang ini dahulu, kemudian jika ada kekosongan dari semasa ke semasa kita akan selesaikan berdasarkan keperluan," katanya.
Terdahulu Radzi menghadiri program penyampaian peranti digital Yayasan Didik Negara (YDN) dan Yayasan AEON Malaysia di Sekolah Menengah Kebangsaan Kelibang, di sini.
Mengulas mengenai program itu, Radzi berkata kementeriannya sedang di peringkat akhir untuk menyiapkan rangka dasar pendidikan digital dan sumbangan peranti digital kepada pelajar sekolah dapat mempersiapkan mereka sebelum dasar itu diperkenalkan.
"Kita berharap dapat bekerjasama menerusi YDN dengan pelbagai pihak untuk memastikan kita dapat melaksanakan dasar pendidikan digital itu nanti, termasuk sumbangan peranti digital oleh pelbagai pihak untuk anak-anak kita," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Wed Mar 23 2022
Menteri Kanan Pendidikan Datuk Radzi Jidin pada sidang media selepas Majlis Penyerahan Peranti Digital Yayasan Didik Negara (YDN) dengan kerjasama Yayasan AEON Malaysia (YAM) di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Kelibang hari ini. - Foto BERNAMA
Tiga kilang perabot, kotak di Bandar Puncak Alam terbakar
Tiga premis dipercayai kilang perabot dan kotak di Taman Perindustrian Alam Jaya, Bandar Puncak Alam di Kuala Selangor dilaporkan terbakar malam ini.
Tumpuan Ahad – 15 Disember 2024
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
Selebriti lelaki ditahan di Cyberjaya, disyaki miliki ganja
Seorang selebriti tempatan ditahan selepas disyaki memiliki dadah jenis ganja dalam serbuan di sebuah rumah teres di Cyberjaya, pada Sabtu.
BN dan UMNO tetap rakan setia politik dengan PH
Pengerusi Barisan Nasional (BN), Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi menyatakan parti itu akan kekal setia sebagai rakan politik bersama Pakatan Harapan (PH) di dalam Kerajaan Perpaduan pimpinan Datuk Seri Anwar Ibrahim. Jelas beliau, BN dan juga UMNO juga tidak akan termakan dengan ajakan serta pujukan daripada mana-mana pihak untuk meninggalkan gabungan sedia ada.
Saya dinasihatkan kekal sebagai MB Selangor - Amirudin
Amirudin berkata kestabilan adalah penting untuk kerajaan negeri meneruskan apa yang telah dimulakan, termasuk merangka Rancangan Selangor Kedua yang dijangka siap pada 2026.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Sabtu, 14 Disember 2024.
10 Berita Pilihan - (14 Disember 2024)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Selebriti lelaki ditahan di Cyberjaya, disyaki miliki ganja
Seorang selebriti tempatan ditahan selepas disyaki memiliki dadah jenis ganja dalam serbuan di sebuah rumah teres di Cyberjaya, hari ini.
Checkmate! remaja tewaskan juara bertahan dari China
Seorang remaja berusia 18 tahun dari India, Gukesh Dommaraju dinobatkan juara dunia catur termuda selepas menundukkan lawannya dari China yang juga juara bertahan, Ding Liren. Dommaraju menewaskan Liren dalam satu perlawanan dramatik yang berlansung di Singapura.
Saya dinasihat kekal sebagai MB sehingga akhir penggal - Amirudin
Amirudin berkata kestabilan adalah penting untuk kerajaan negeri meneruskan apa yang telah dimulakan.
KPM akan guna SOP baharu bagi sekolah berisiko dilanda banjir tahun depan
Kementerian Pendidikan (KPM) akan menggunakan prosedur operasi standard (SOP) baharu bagi pengurusan sekolah yang berisiko dilanda banjir bermula tahun depan.
Guru rugi RM198,550 ditipu 'pegawai polis', 'wakil TNB'
Guru rugi RM198,550 ditipu 'pegawai polis', 'wakil TNB'
Guru dikhuatiri lemas ketika memancing
Seorang guru lelaki berusia 53 tahun dikhuatiri lemas ketika memancing di Sungai Pahang, berhampiran jeti Chenor, Maran petang tadi.
Guru dipenjara hanya kerana tegur anak polis
Pihak sekolah turut mengesahkan murid tersebut tidak dipukul seperti didakwa, namun tidak diterima ibu bapanya.
Video ajar tulisan jawi, Cikgu Lorenica Frenila raih pujian
Kemahiran dalam penulisan jawi itu diperoleh Lorenica Frenila Masundim ketika menuntut di IPG Kampus Gaya Kota Kinabalu pada 2010.
Pemimpin dan pentadbir pendidikan disaran kuasai AI
Saifuddin Nasution berkata pengetua, guru besar serta guru perlu sekurang-kurangnya memastikan pelajar mereka tahu mengenai istilah AI.
Guru rugi lebih RM160,000 terperdaya sindiket penipuan panggilan telefon
Seorang guru wanita kerugian lebih RM160,000 selepas terpedaya dengan sindiket penipuan menerusi panggilan telefon, bulan lepas.
Kongres tidak setuju guru tegur sistem pendidikan kembali berkhidmat
Mohd Azizee berkata, tindakan ke atas guru terlibat tidak dilakukan secara tergesa-tergesa dan dengan mudah, sebaliknya telah melalui SOP ketat.
Polis Pahang rekod 45 kes guru jadi mangsa penipuan babitkan kerugian RM1.2 juta
Polis Pahang merekodkan 45 kes guru yang menjadi mangsa penipuan melibatkan kerugian berjumlah RM1.2 juta dalam tempoh tujuh bulan pertama tahun ini.
Guru rugi lebih RM200,000 terperdaya 'phone scam'
Lelaki berusia 28 tahun itu menerima panggilan telefon daripada individu yang mendakwa dirinya daripada ibu pejabat sebuah syarikat penghantar barang terkemuka di Kuala Lumpur.