KUALA LUMPUR: Sebanyak 132,390 kanak-kanak berumur lima hingga 11 tahun telah melengkapkan dos suntikan vaksin COVID-19 menerusi Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan Kanak-kanak (PICKids) setakat semalam.
Berdasarkan data menerusi laman web COVIDNOW, sebanyak 1,365,915 kanak-kanak dalam kumpulan sama atau 38.4 peratus daripada populasi itu telah menerima sekurang-kurangnya satu dos vaksin.
Bagi populasi remaja berusia 12 hingga 17 tahun pula, sejumlah 2,860,287 individu atau 91.9 peratus telah lengkap divaksinasi manakala 2,961,642 individu atau 95.2 peratus telah menerima sekurang-kurangnya satu dos vaksin.
Dalam pada itu, seramai 15,922,033 individu dewasa atau 67.7 peratus telah menerima suntikan dos penggalak, 22,957,184 individu atau 97.6 peratus daripada populasi itu pula lengkap vaksinasi manakala 23,234,427 atau 98.8 peratus menerima sekurang-kurangnya satu dos vaksin COVID-19.
Sebanyak 38,820 dos vaksin diberikan semalam melibatkan 4,079 dos pertama, 28,469 dos kedua dan 6,272 dos penggalak, menjadikan jumlah kumulatif dos diberikan di bawah Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan (PICK) sebanyak 69,221,371.
Sementara itu, menurut portal GitHub Kementerian Kesihatan, sebanyak 12 kematian akibat COVID 19 dilaporkan di negara ini semalam dengan Sarawak merekodkan jumlah tertinggi sebanyak lima kes, diikuti Perak dengan dua kes manakala Johor, Kedah, Kelantan, Selangor dan Kuala Lumpur masing-masing mencatatkan satu kes.
-- BERNAMA
Bernama
Mon Apr 11 2022

Sebanyak 38,820 dos vaksin diberikan semalam melibatkan 4,079 dos pertama, 28,469 dos kedua dan 6,272 dos penggalak. - Gambar fail

Kerajaan pastikan harga barangan keperluan tidak bebankan rakyat - PM
Kerajaan akan memastikan kenaikan harga barangan keperluan asas di pasaran dunia akibat gangguan rantaian bekalan yang disebabkan konflik geopolitik dan perubahan iklim tidak membebankan rakyat.

Bekas Timbalan Presiden MIC, S Subramaniam meninggal dunia
Perkhabaran duka itu disahkan sendiri anak lelakinya, S. Sunther pada Selasa.

Ismail Sabri kunjungi Lapangan Terbang Istanbul Sabiha Gokcen
Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob hari ini mengunjungi lapangan terbang Istanbul Sabiha Gokcen International Airport (ISGIA) di Turkiye.

7 terkorban, 13 lagi masih hilang dalam runtuhan salji di Itali
Angka kematian akibat runtuhan salji di utara Itali telah meningkat kepada tujuh orang setakat ini, lapor Xinhua.

Lagi insiden pesawat SpiceJet mendarat cemas, kali ini di Pakistan
Sebuah pesawat penumpang India yang dalam perjalanan dari New Delhi ke Dubai melakukan pendaratan cemas di bandar pelabuhan Karachi pada Selasa akibat masalah teknikal.

KPDNHEP selaras tindakan dengan agensi penguatkuasaan atasi ketirisan minyak masak ke Thailand
Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) bersama semua agensi penguatkuasaan akan menyelaraskan tindakan bagi membendung ketirisan minyak masak.
![AWANI 7:45 [05/07/2022] - Apa sudah jadi masyarakat kita? | Tolak permohonan injunksi interim | Akui kekalahan AWANI 7:45 [05/07/2022] - Apa sudah jadi masyarakat kita? | Tolak permohonan injunksi interim | Akui kekalahan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://dzu2r3t0ymp2a.cloudfront.net/757/1976661/thumbnails/4194788161657027627957_640x360.jpg)
AWANI 7:45 [05/07/2022] - Apa sudah jadi masyarakat kita? | Tolak permohonan injunksi interim | Akui kekalahan
Laporan berita padat dan ringkas #AWANI745 bersama Essan Yahya; 1.Semalam suami kelar isteri, anak, hari ini anak tikam leher ibu kandung. 2. Mahkamah Tinggi tolak permohonan Ahmad Zahid, cuba halang penerbitan semula kenyataan Tun M 3. PM arah bantuan segera kepada semua mangsa banjir Baling

Banjir Baling: Kerajaan umum bantuan awal RM500,000 untuk mangsa - PM
Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob mengumumkan bantuan awal kepada mangsa banjir di Baling, Kedah dengan peruntukan sebanyak RM500,000.

Agenda AWANI: 50 Tahun | CGC pacu pembangunan PMKS
CGC mengeluarkan lebih 515,000 jaminan kredit berjumlah RM88.7 billion kepada bank-bank di Malaysia yang telah meluluskan pembiayaan kepada lebih 360,000 PMKS sejak 50 tahun lalu. Bagaimana ia penting dalam memacu pertumbuhan PMKS negara ini? Ikuti temu bual bersama Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif CGC, Datuk Mohd Zamree Mohd Ishak dalam Agenda AWANI.

Jenazah ibu, bayi mangsa kelar selamat dikebumikan satu liang
Dua beranak yang meninggal dunia dalam insiden kejam di Kampung Bakar Batu semalam, selamat dikebumikan dalam satu liang lahad di Tanah Perkuburan Islam Kampung Bakar Batu, jam 8.10 malam ini.

COVID-19: Vaksin khusus Omicron mampu tingkat perlindungan - EMA
Keberkesanan vaksin telah terjejas apabila virus itu telah bermutasi.

COVID-19: Dos penggalak tunggal CanSino diluluskan
Kementerian Kesihatan (KKM) telah meluluskan dos penggalak tunggal vaksin CanSino Convidecia untuk digunakan sebagai penggalak heterologous dengan kesemua 19 jenis vaksin utama di Malaysia.

Gelombang baharu COVID-19 makin hampir - Khairy
Malaysia dijangka akan menghadapi gelombang baharu COVID-19 lebih awal berbanding tempoh dua atau tiga bulan yang diumumkan sebelum ini, kata Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin.

Warga emas, golongan berpenyakit kronik disaran ambil dos penggalak kedua - Khairy
Dijangka berlaku pasang surut kes COVID-19 dan kemungkinan negara ini dilanda gelombang baharu dalam tempoh dua atau tiga bulan lagi.

107,844 terima dos penggalak kedua, tiada laporan kesan sampingan diterima - Khairy
Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) tidak menerima sebarang laporan berhubung kesan sampingan dos penggalak kedua.

COVID-19: Hampir 1.3 juta kanak-kanak di Malaysia lengkap divaksin
Sejumlah 1,737,987 atau 49 peratus kanak-kanak berusia lima hingga 11 tahun telah menerima sekurang-kurangnya satu dos vaksin.

COVID-19: WHO sokong vaksin disesuaikan dengan varian Omicron
Vaksin yang disesuaikan dengan varian sedemikian mungkin bermanfaat kepada mereka yang telah menerima siri dos utama.

Vaksin COVID-19: 33.9 peratus kanak-kanak di Malaysia lengkap suntikan
Sejumlah 1,733,437 kanak-kanak berusia lima hingga 11 tahun menerima sekurang-kurangnya satu dos vaksin.

COVID-19: 33.2 peratus kanak-kanak di Malaysia lengkap divaksin
Sejumlah 1,728,942 kanak-kanak lima hingga 11 tahun telah menerima sekurang-kurangnya satu dos vaksin.

1,180,415 kanak-kanak di Malaysia lengkap divaksin setakat semalam
Sejumlah 1,728,942 kanak-kanak berusia lima hingga 11 tahun telah menerima sekurang-kurangnya satu dos vaksin.