PUTRAJAYA: Seramai 145,830 pendatang tanpa izin telah mendaftar di bawah Program Rekalibrasi Tenaga Kerja dan Program Rekalibrasi Pulang sejak ia dilaksanakan pada November tahun lepas, kata Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Hamzah Zainudin.
Beliau berkata daripada jumlah itu, seramai 72,324 orang telah mendaftar untuk pulang manakala 73,506 lagi mendaftar untuk Program Rekalibrasi Tenaga Kerja.
Melalui Program Rekalibrasi Pulang, kerajaan telah mengutip RM35.1 juta daripada kompaun dan bayaran pas khas yang dikeluarkan kepada pendatang tanpa izin yang ingin pulang.
"Ramai mempunyai persepsi bahawa begitu ramai (pendatang) yang tidak berdokumen dalam negara kita tapi apabila kita lakukan program ini, baru kita sedar bahawa ia persepsi semata-mata.
"Ini menunjukkan bahawa selama ini, Jabatan Imigresen (JIM) telah melakukan kerja melalui pengusiran, operasi dan segala kerja yang telah dilakukan oleh pegawai dan anggota mencapai satu kejayaan yang boleh kita katakan amat membanggakan," katanya semasa berucap pada Majlis Anugerah Perkhidmatan Cemerlang JIM 2020 semalam.
Turut hadir Timbalan Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Dr Ismail Mohamed Said dan Ketua Pengarah Imigresen Datuk Khairul Dzaimee Daud.
Pada November tahun lepas, kerajaan melancarkan Pelan Rekalibrasi Pendatang Tanpa Izin yang dilaksanakan JIM dengan kerjasama Jabatan Tenaga Kerja Semenanjung Malaysia serta agensi kerajaan lain tanpa pembabitan vendor atau pihak ketiga.
Program itu adalah bagi meregularisasikan pendatang tanpa izin di negara ini sebagai pekerja asing sah digajikan majikan layak, tertakluk kepada syarat ketat yang diputuskan kerajaan.
Program Rekalibrasi Pulang pula merupakan inisiatif kerajaan untuk memberi peluang kepada pendatang yang melakukan kesalahan tinggal lebih masa dan berada di Malaysia tanpa pas yang sah untuk pulang ke negara asal secara sukarela.
Hamzah berkata tujuan kerajaan melaksanakan Program Rekalibrasi itu adalah untuk memastikan hanya warga asing yang mempunyai dokumen sah boleh bekerja dalam negara.
Katanya bagi Program Rekalibrasi Tenaga Kerja, kerajaan bakal mengutip fi Rekalibrasi Tenaga Kerja sebanyak RM1,500 bagi setiap warga asing yang layak bekerja semula.
Beliau juga berkata komitmen JIM untuk memastikan hanya warga asing yang mempunyai dokumen sah boleh berada dalam negara akan membantu pelaksanaan Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan.
"Kalau mereka tiada dokumen dan tidak divaksin, (Malaysia) tak mungkin capai imuniti kelompok.
"Saya minta kepada JIM untuk memastikan semua warga asing dalam negara ini boleh kita pastikan untuk keluar bekerjasama dengan kita untuk mereka menerima vaksin mengikut program yang dianjurkan oleh kerajaan," katanya.
Sementara itu, Khairul Dzaimee dalam ucapannya memaklumkan pegawai Imigresen telah mencipta beberapa inovasi ICT yang menyumbang kepada pengurusan hal ehwal Imigresen yang lebih cekap ketika pandemik COVID-19 antaranya My Travel Pass, Sistem Temu Janji Online (STO) dan Sistem Pertanyaan Online (SPO).
"My Travel Pass dihasilkan sendiri oleh Bahagian ICT Jabatan yang kini menjadi Single Window yang menguruskan urusan keluar masuk warganegara Malaysia dan warga asing seperti pelabur, ahli perniagaan dan golongan profesional ke Malaysia.
"Di bawah STO, pelanggan jabatan boleh mendapatkan tarikh janji temu secara online sebelum datang berurusan di JIM manakala di bawah SPO pula, pelanggan boleh membuat pertanyaan mengenai peraturan dan dasar semasa Imigresen melalui portal dan jawapan diberikan dalam masa tiga hari bekerja," katanya.
Pada majlis itu, seramai 250 pegawai dan anggota dari Ibu Pejabat JIM Putrajaya, JIM Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, JIM Selangor dan Akademi Imigresen Malaysia menerima APC malam ini.
-- BERNAMA
Bernama
Mon Apr 19 2021
Program Rekalibrasi Pulang merupakan inisiatif kerajaan untuk beri peluang kepada pendatang yang melakukan kesalahan tinggal lebih masa dan berada di Malaysia tanpa pas yang sah untuk pulang ke negara asal secara sukarela. - Gambar fail/KJRI
Pegawai kanan polis lindungi sindiket haram diarah isytihar harta - Azam Baki
Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) telah memberikan notis pengisytiharan harta, dengan tarikh akhir pada 28 April ini, kepada pegawai kanan polis yang ditahan kerana disyaki melindungi sind
Malaysia, Jepun perkukuh kerjasama strategik dalam sektor binaan - Nanta
Kerajaan Malaysia dan Jepun memperkukuhkan kerjasama strategik dalam sektor teknologi dan digitalisasi pembinaan, infrastruktur jalan, pengurusan bencana dan cerun.
Bangkai, serpihan helikopter terhempas dibawa keluar dari lokasi nahas
Operasi membawa keluar bangkai dan serpihan pesawat HOM (M503-3) dan Fennec (M502-6) itu dimulakan pada jam 9 pagi pada Khamis dan selesai sekitar jam 4.30 petang tadi.
MOT cadang perkenal perkhidmatan komuter sokong RTS Link
Kementerian Pengangkutan bercadang memperkenalkan perkhidmatan komuter bagi menyokong projek RTS Link yang akan beroperasi sepenuhnya pada 1 Jan 2027.
Niaga AWANI: Meta turunkan jangkaan untuk hasil suku kedua
Meta meramalkan pendapatan suku kedua mungkin berada di bawah jangkaan pasaran, menandakan kemungkinan semakan mengenai teknologi AI baharu yang boleh meningkatkan perniagaan syarikat.
#NiagaAWANI
#NiagaAWANI
Niaga AWANI: Dunia siber yang selamat perlu input wanita - Nurul Izzah
Nurul Izzah berkata, sasaran dunia siber yang lebih selamat memerlukan input daripada wanita untuk memahami cara bagi membolehkan ekosistem selamat diwujudkan.
#NiagaAWANI
#NiagaAWANI
Niaga AWANI: Chongqing percepat usaha jadi hab utama barat daya China
Hab logistik di Chongqing memainkan peranan penting dalam membina zon ekonomi Chengdu-Chongqing, dan mewujudkan kawasan hab kawasan pedalaman yang terkemuka.
#NiagaAWANI
#NiagaAWANI
Niaga AWANI: MRANTI pertingkat kerjasama bidang teknologi, inovasi
Antara lima bidang utama kerjasama tersebut meliputi pertukaran kakitangan dan perkongsian pengalaman pembangunan.
#NiagaAWANI
#NiagaAWANI
Nahas helikopter Lumut: Mendiang Joanna Felicia disemadi dengan istiadat ketenteraan
Keranda mendiang Joanna Felicia diturunkan sekitar jam 11.20 pagi selepas upacara keagamaan berakhir, diikuti kawad hormat bersenjata disempurnakan oleh 12 pegawai dan anggota TLDM yang berpangkalan di Kuching.
Polis buka kertas siasatan komen jelik
Polis membuka kertas siasatan ke atas pemilik akaun Twitter Saifuddin Shafik berhubung komen jelik yang dimuat naik dalam media sosialnya itu membabitkan nahas helikopter milik Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) di Lumut, Perak yang mengorbankan 10 mangsa.
PIKM saran dapatkan khidmat pengawal peribadi berlesen
Syarikat itu juga perlu ada perlindungan insurans bagi memastikan kebajikan pekerja terjaga sekiranya berlaku kejadian tidak diingini.
Kerajaan akan wujudkan RUU baharu pertingkat keselamatan di pintu masuk negara - Fahmi
Kerajaan akan mewujudkan satu rang undang-undang (RUU) baharu bagi meningkatkan tahap keselamatan di semua pintu masuk negara, kata jurucakap Kerajaan Perpaduan Fahmi Fadzil.
Isu stoking kalimah Allah: KDN terus pantau trend menghasut, tindakan melampau - Saifuddin
KDN diarahkan untuk memantau trend menghasut dan tindakan melampau dilakukan mana-mana rakyat Malaysia dalam isu stoking tertera kalimah Allah.
Isu pelancong asing 'overstay', JKPK panggil wakil KDN dan JIM
Wakil kementerian juga diminta memberikan taklimat berkenaan prosedur dan pemantauan aktiviti ejen pelancongan tidak berdaftar.
Isu kewarganegaraan: Jemaah Menteri setuju dengan tujuh cadangan pindaan Perlembagaan
Kerajaan bersetuju dengan tujuh daripada lapan cadangan pindaan Perlembagaan Persekutuan membabitkan isu kewarganegaraan yang dikemukakan oleh Kementerian Dalam Negeri (KDN).
Kewarganegaraan: KDN sudah buat keputusan 3,903 permohonan
Kementerian Dalam Negeri telah membuat keputusan terhadap 3,903 permohonan taraf kewarganegaraan membabitkan individu bawah 21 tahun setakat 7 Mac.
Biar Sanusi fokus bangunkan Greater Kedah - Saifuddin
Saifuddin percaya fokus Muhammad Sanusi ialah membangunkan Greater Kedah, walaupun Mesyuarat Majlis Tindakan Pembangunan Negeri belum pernah diadakan setakat ini.
DSA NATSEC Asia 2024: Kontrak, MoU bernilai lebih RM5 bilion bakal dimeterai
Pameran Perkhidmatan Pertahanan Asia (DSA) dan Pameran Keselamatan Kebangsaan (NATSEC) Asia 2024 dari 6 hingga 9 Mei, bakal menyaksikan pemeteraian kontrak dan memorandum persefahaman bernilai lebih R
KDN selesai 14,000 permohonan warganegara sebelum 31 Disember
KDN akan menyelesaikan baki 14,000 permohonan kewarganegaraan di bawah Perkara 15A Perlembagaan Persekutuan sebelum 31 Disember tahun ini.
Cadangan bina zon penampan di sempadan Malaysia-Thailand sudah dibentang kepada KDN
Langkah itu amat penting kerana semua agensi penguatkuasa yang mengawal sempada berdepan masalah penyeludupan.