Lebih 15,000 projek prasarana berjaya disiapkan, 1,333 projek sakit dipulihkan - Nga Kor Ming

Kor Ming optimis baki projek PR1MA yang masih dalam kategori sakit akan dapat disiapkan sepenuhnya menjelang Aidilfitri tahun ini. -Foto Astro AWANI
PUTRAJAYA: Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) telah melaksanakan lebih 15,000 projek prasarana awam sepanjang tiga tahun dalam usaha meningkatkan kualiti hidup dan kesejahteraan rakyat.
Ringkasan AI
- KPKT melaksanakan lebih 15,000 projek prasarana awam dalam tiga tahun untuk meningkatkan kualiti hidup rakyat.
- Kementerian diiktiraf sebagai kementerian bertaraf platinum dan pemenang Anugerah Pembangunan Negara.
- Projek sakit termasuk projek PR1MA telah diselamatkan, memberikan kunci kediaman kepada hampir 160,000 pembeli rumah.
"Kita akan terus mengukuhkan keazaman dan semangat pada tahun baharu ini,” katanya.
Nga turut merakamkan penghargaan kepada Ketua Setiausaha KPKT, Datuk M Noor Azman Taib, serta barisan kepimpinan kementerian yang disifatkan beliau sentiasa bekerja sebagai satu pasukan yang utuh.
Beliau berkata demikian pada Majlis Amanat Tahun 2026 bersama warga KPKT dan Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) di Putrajaya pada Selasa.
Mengulas isu projek sakit, beliau menjelaskan bahawa masalah berkenaan bukan hanya membabitkan projek PR1MA, tetapi turut berlaku di seluruh negara.
Menurutnya, pasukan petugas khas KPKT berjaya menyelamatkan 1,333 projek sakit dan terbengkalai, sekali gus memberikan kelegaan kepada pembeli rumah.
“Kita telah menyelamatkan hampir 160,000 pembeli rumah yang kini menerima kunci kediaman masing‑masing. Daripada jumlah itu, 34 projek ialah projek PR1MA,” katanya.
Beliau optimis bahawa baki projek PR1MA yang masih dalam kategori sakit akan dapat disiapkan sepenuhnya menjelang Aidilfitri tahun ini.
“Projek terakhir ialah di Bukit Katil, Melaka. Sebelum ini terdapat projek sakit di Rembau dan Kedah.
"Semuanya kini siap sepenuhnya dan Sijil Penyiapan dan Pematuhan (CCC) telah dikeluarkan, mencapai 100 peratus,” katanya.
Fakta Segera: Jawapan Pantas Dari AI
- Q: Berapakah jumlah projek prasarana awam yang dilaksanakan oleh KPKT dalam tempoh tiga tahun? A: KPKT telah melaksanakan lebih 15,000 projek prasarana awam dalam usaha meningkatkan kualiti hidup rakyat.
- Q: Apakah pengiktirafan yang diterima oleh Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan? A: Kementerian diiktiraf sebagai kementerian bertaraf platinum, kementerian berprestasi paling tinggi, dan pemenang Anugerah Pembangunan Negara.
- Q: Berapakah jumlah pembeli rumah yang telah menerima kunci kediaman hasil daripada penyelamatan projek sakit? A: Lebih 160,000 pembeli rumah telah menerima kunci kediaman masing-masing selepas hampir 1,333 projek sakit dan terbengkalai diselamatkan, termasuk 34 projek PR1MA.

Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami

