awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Akmal sokong PM wajibkan BM, Sejarah, minta kaji umur 6 tahun masuk Tahun 1
Mahkamah Jepun akan putuskan kes lelaki didakwa membunuh bekas PM Abe
UK pertahan perjanjian Chagos selepas Trump gelar ia “tindakan sangat bodoh”
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

UCL: Arsenal kekalkan rekod sempurna, tewaskan Inter 3-1 di Milan

Muhamad Syazwan
Muhamad Syazwan
20/01/2026
22:30 MYT
UCL: Arsenal kekalkan rekod sempurna, tewaskan Inter 3-1 di Milan
Penyerang Arsenal, Gabriel Jesus (kanan), meraikan jaringan gol kedua pasukannya bersama rakan sepasukan dalam perlawanan Liga Juara-juara antara Inter Milan dan Arsenal di Milan, Itali, 20 Jan 2026. (Foto AP)
Arsenal meneruskan kempen cemerlang dalam Liga Juara-Juara Eropah (UEFA Champions League atau UCL) musim ini selepas menewaskan Inter Milan 3-1 dalam aksi fasa liga yang berlangsung di San Siro, sekali gus mencatat kemenangan ketujuh berturut-turut daripada tujuh perlawanan.
Keputusan itu menjamin kedudukan dua teratas buat skuad kendalian Mikel Arteta, selain mengesahkan tempat mereka ke pusingan 16 terbaik kejohanan.
Gabriel Jesus muncul wira Arsenal apabila meledak dua gol pada separuh masa pertama, masing-masing sebelum dan selepas gol penyamaan menarik oleh Petar Sučić untuk Inter.
Penyerang Brazil itu mempamerkan ketajaman penyudah bagi meletakkan pelawat kembali di hadapan sebelum rehat.
Viktor Gyökeres kemudian melengkapkan kemenangan Arsenal lewat perlawanan selepas dimasukkan sebagai pemain gantian, apabila melepaskan rembatan lencong indah ke penjuru atas gawang untuk memastikan tiga mata penuh dibawa pulang ke London.
Kemenangan ini menyaksikan Arsenal kekal sempurna dalam saingan Eropah musim ini dan melangkah ke pusingan kalah mati dengan penuh keyakinan.
Masih banyak perlawanan yang perlu ditempuhi, namun selepas 20 tahun sejak penampilan terakhir mereka di pentas final UCL, Arsenal kini dilihat berada pada tahap paling kukuh dan meyakinkan sejak era tersebut.
Manakala Inter pula terpaksa akur tersingkir daripada kelompok lapan terbaik fasa liga.
View this post on Instagram
A post shared by Arsenal (@arsenal)
Topic Berkaitan
#Arsenal
#inter milan
#UCL
#Liga Juara-Juara Eropah
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan