awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Datuk Bandar KL diarah perkemas SOP DBKL, tutup ruang rasuah
Semua tiket bas ekspres di TBS wajib ada kod QR, tidak perlu lagi tukar, cetak
Iran sedia untuk diplomasi, namun ada prinsip sendiri - Araghchi
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Lebih 16 peratus pasangan Islam kahwin tahun lalu di Pahang bercerai tahun ini

Bernama
Bernama
24/04/2014
10:38 MYT
Lebih 16 peratus pasangan Islam kahwin tahun lalu di Pahang bercerai tahun ini
16.22 peratus daripada 15,000 perkahwinan pasangan Islam di Pahang kini dalam proses penceraian.
Persidangan Dewan Undangan Negeri Pahang hari ini diberitahu 16.22 peratus daripada 15,000 perkahwinan pasangan Islam yang didaftarkan di Pahang sepanjang tahun lalu kini pada pelbagai peringkat proses penceraian.
Pengerusi Jawatankuasa Dakwah Islamiah dan Tugas-tugas Khas negeri Datuk Syed Ibrahim Syed Ahmad berkata kes membabitkan perkahwinan yang dilaksana di dalam negeri dan di luar negara.
"Daripada semua kes itu, 299 membabitkan tuntutan fasakh, 218 cerai taklik dan 1,916 adalah di peringkat mengemukakan permohonan perceraian di mahkamah syariah," katanya menjawab soalan Syed Hamid Syed Mohamed (PAS-Kuala Semantan), di sini.
Sementara itu, Syed Ibrahim berkata sejak 2009 hingga tahun lalu, sebanyak 814 tuntutan nafkah isteri dan 1,114 tuntutan nafkah anak dikemukakan di mahkamah syariah di Pahang.
"Daripada jumlah keseluruhan permohonan tuntutan itu, sebanyak 81 peratus atau 1,562 kes sudah diselesaikan.
"Baki kes yang belum diselesaikan masih dalam proses mahkamah dan ada juga gagal dimuktamadkan berikutan masalah seperti defendan menghilangkan diri, dimasukkan ke pusat serenti atau dipenjarakan," katanya.
Topic Berkaitan
#Datuk Syed Ibrahim Syed Ahmad
#Dewan Undangan Negeri Pahang
#penceraian
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan