awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Arab Saudi terima ketibaan 19.5 juta jemaah haji, umrah pada 2025
Fokus perumahan mampu milik di bandar, bukan pilihan raya Datuk Bandar - Akmal
Lebih 3,000 pengunjung teruja rasai fenomena laut terbelah di Pulau Pangkor
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Lebih 20,000 individu ditahan terlibat pelbagai jenayah komersial - Bukit Aman

Bernama
Bernama
04/01/2024
13:19 MYT
Lebih 20,000 individu ditahan terlibat pelbagai jenayah komersial - Bukit Aman
Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Komersial (JSJK) Bukit Aman Datuk Seri Ramli Mohamed Yoosuf berkata dalam tempoh sama, sebanyak 40,350 kertas siasatan dibuka berkaitan kes itu. - Gambar fail/BERNAMA
KUALA LUMPUR: Polis menahan sejumlah 22,911 individu sepanjang 2023 kerana disyaki terlibat dalam pelbagai jenayah komersial membabitkan kerugian dianggarkan RM2.11 bilion.
Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Komersial (JSJK) Bukit Aman Datuk Seri Ramli Mohamed Yoosuf berkata dalam tempoh sama, sebanyak 40,350 kertas siasatan dibuka berkaitan kes itu.
Bercakap pada sidang media khas JSJK hari ini, beliau berkata berdasarkan statistik, jenayah penipuan adalah tertinggi iaitu 36,030 kes dengan nilai kerugian RM1.679 bilion diikuti pecah amanah 1,215 kes yang membabitkan kerugian sebanyak RM380 juta.
Ramli berkata kes di bawah Akta Pemberi Pinjam Wang ialah 994 kes melibatkan kerugian sebanyak RM5.4 juta, wang palsu 970 kes (jumlah kerugian RM385 juta), jenayah siber 867 kes (RM35.63 juta), pemalsuan 138 kes (RM6.87 juta), salah guna harta dengan curang 47 kes (RM2.54 juta) dan kes-kes lain 89 (RM803 juta).
"JSJK turut memberikan fokus kepada aktiviti pencegahan yang bermatlamat untuk memberikan informasi kepada masyarakat berkaitan ancaman jenayah komersial serta modus operandi terkini yang digunakan agar ia dapat digunakan bagi mengelakkan diri daripada menjadi mangsa kepada sindiket penipuan," katanya.
Beliau berkata sepanjang tahun lepas, JSJK telah melaksanakan sejumlah 7,228 aktiviti pencegahan yang merangkumi pelbagai aktiviti seperti kempen, pameran, ceramah dan kolaborasi media.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#jenayah komersial
#individu ditahan
#JSJK Bukit Aman
#Ramli Mohamed Yoosuf
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan