awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Dentuman misteri kembali didengari, JMG Perak dan polis tidak terima aduan
Jualan sektor pembuatan naik 4.2 peratus kepada RM1.97 trilion pada 2025 - Perangkaan
Kebenaran merancang perlu untuk bina rumah ibadat - Nga
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Lebih 20 kertas siasatan dibuka berkaitan penipuan syarikat pengendali umrah

Bernama
Bernama
27/12/2023
08:27 MYT
Lebih 20 kertas siasatan dibuka berkaitan penipuan syarikat pengendali umrah
Media sebelum ini melaporkan mangsa penipuan pakej umrah mahu tindakan tegas diambil terhadap syarikat berkenaan selepas syarikat itu didakwa gagal membayar ganti rugi kepada mereka. - Gambar hiasan
KUALA LUMPUR: Sebanyak 25 kertas siasatan dibuka untuk menyiasat kes penipuan membabitkan sebuah syarikat pengendali umrah, kata Timbalan Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Komersial (Siasatan) Bukit Aman Datuk Rohaimi Md Isa.
Beliau berkata kertas siasatan berkenaan kini sedang dilengkapkan sebelum dirujuk ke Pejabat Timbalan Pendakwa Raya untuk tindakan selanjutnya.
Rohaimi berkata Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya (MOTAC) juga telah menggantung lesen syarikat terbabit.
"Sejak penggantungan lesen oleh MOTAC pada 10 Julai lepas, tiada pakej umrah baharu ditawarkan syarikat itu kepada orang awam dan tiada kes baharu dilaporkan," katanya ketika dihubungi Bernama di sini hari ini.
Sebelum ini, media melaporkan mangsa penipuan pakej umrah mahu tindakan tegas diambil terhadap syarikat berkenaan selepas syarikat itu didakwa gagal membayar ganti rugi kepada mereka.
Mengenai dakwaan Pertubuhan Kemanusiaan Masyarakat Antarabangsa Malaysia yang menyatakan bahawa tiada tindakan diambil dalam kes berkenaan, Rohaimi berkata ia tidak tepat.
Beliau berkata menurut kenyataan media Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Komersial Bukit Aman Datuk Seri Ramli Mohamed Yoosuf pada 29 Nov lepas, sebanyak 21 kertas siasatan dibuka berhubung penipuan pakej umrah melibatkan angka kerugian lebih setengah juta ringgit.
"Tribunal Tuntutan Pengguna Malaysia juga telah menjalankan siasatan dan mengambil tindakan terhadap 177 aduan melibatkan tuntutan sebanyak RM4,335,073.07. Selain itu, Suruhanjaya Syarikat Malaysia juga telah mengambil tindakan menyenaraihitamkan (sekatan pentadbiran) syarikat dan kedua-dua pengarahnya di bawah Akta 614," katanya.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#tipu umrah
#tipu pakej umrah
#laporan polis
#PDRM
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan