GEORGE TOWN:Seramai 209,737 daripada 210, 404 pemohon telah menerima pembayaran bagi program-program i-Sejahtera fasa pertama tahun 2021 secara Pindahan Dana Elektronik (EFT) yang telah dilaksanakan bermula 1 hingga 5 Feb lepas.
Menurut Laporan Pembayaran EFT i-Sejahtera Fasa 1 Tahun 2021, kesemua penerima di bawah Program Penghargaan Warga Emas, Program Bantuan Ibu Tunggal dan Program Ibu Emas masing-masing berjumlah 157,767; 9,856 dan 42,781 orang penerima.
Laporan tersebut menyatakan menerusi kesemua program tersebut seramai 667 penerima berstatus gagal transaksi disebabkan sama ada akaun tidak dapat dikenal pasti, nombor akaun tidak sah, akaun tidak aktif atau akaun telah ditutup.
"Penerima pembayaran bagi program i-Sejahtera fasa pertama tahun 2021 secara EFT perlu mengemas kini semula maklumat akaun bank mereka bagi mengelakkan penerimaan berstatus gagal transaksi," demikian menurut laporan tersebut, yang dikeluarkan oleh Jawatankuasa Kebajikan Masyarakat Penyayang dan Alam Sekitar Pulau Pinang di sini, hari ini.
Pemohon yang berstatus gagal transaksi akan ditukar mod pembayarannya kepada tunai oleh sistem secara automatik manakala jadual pelaksanaan pembayaran bagi penerima tunai akan ditetapkan bersesuaian dengan keadaan semasa situasi penularan wabak COVID-19.
Menurut laporan tersebut, terdapat seramai 49,559 penerima tunai i-Sejahtera tahun 2020 yang telah ditangguhkan bayarannya akibat pandemik COVID-19.
Bagi penerima terutamanya di bawah Program Penghargaan Warga Emas yang mungkin menghadapi masalah untuk membuka akaun bank disebabkan oleh had usia, anggota jawatankuasa telah bersetuju supaya penggunaan akaun bank waris dibenarkan bagi tujuan penerimaan wang sumbangan.
Sebagai langkah kawalan, laporan itu memaklumkan hanya akaun bank waris daripada waris yang dinamakan oleh pemohon (warga emas) di dalam maklumat pendaftaran yang akan diterima dan dibenarkan.
-- BERNAMA
Bernama
Wed Feb 17 2021
Kesemua penerima itu membabitkan Program Penghargaan Warga Emas, Program Bantuan Ibu Tunggal dan Program Ibu Emas. - Gambar hiasan
Kefahaman orang ramai terhadap harta intelek masih rendah - Fuziah
Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup komited meningkatkan kefahaman orang ramai yang masih rendah terhadap harta intelek, kata Timbalan Menterinya Fuziah Salleh.
MITI perkenal slogan baharu: Fokus diperbaharui pacu pelaburan, perdagangan, industri
Kementerian Pelaburan, Perdagangan dan Industri (MITI) telah memperkenalkan slogan baharu "Pemacu Potensi Global" yang mencerminkan fokusnya yang diperbaharui.
Kelaparan akut jejaskan 281.6 juta orang tahun lepas - PBB
Tahap bahaya kelaparan akut menjejaskan 281.6 juta orang tahun lepas, tahun kelima berturut-turut bahawa ketakjaminan makanan semakin memburuk.
Pusat Kargo KLIA gempar ancaman bom, rupanya bungkusan berisi komputer riba
Pusat Kargo Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) gempar apabila mesin pengimbas menerima bungkusan tertera ayat ancaman bom hari ini.
Ziana Zain giat bersenam di gimnasium, persiap diri untuk konsert solo bulan depan
Ziana Zain mahu memastikan beliau mampu memberikan yang terbaik apabila impiannya itu bakal menjadi kenyataan bulan depan.
AWANI 7:45 [25/04/2024] - Akaun KWSP distruktur semula | Pensyarah pro-Israel | Suspek tembak di KLIA didakwa | Astro Radio kekal nombor 1!
Laporan berita padat dan ringkas #AWANI745 bersama Cynthia Ng;
Tumpuan #AWANI745 malam ini:
Agihan 10% akaun tiga, pencarum boleh keluar bila-bila masa
Serangan di KLIA, Hafizul didakwa cuba bunuh isteri
SPRM sahkan Tun Mahathir disiasat isu isytihar harta
Era, Sinar, Gegar jejak dominasi saluran radio Melayu
Saksikan #AWANI745 di saluran 501 Astro AWANI, Astro AWANI apps dan astroawani.com/live-tv.
Tumpuan #AWANI745 malam ini:
Agihan 10% akaun tiga, pencarum boleh keluar bila-bila masa
Serangan di KLIA, Hafizul didakwa cuba bunuh isteri
SPRM sahkan Tun Mahathir disiasat isu isytihar harta
Era, Sinar, Gegar jejak dominasi saluran radio Melayu
Saksikan #AWANI745 di saluran 501 Astro AWANI, Astro AWANI apps dan astroawani.com/live-tv.
AWANI Ringkas: SSPA terbaik pernah diperkenalkan kerajaan - PM
AWANI Ringkas
Pasaran getah ditutup rendah bagi hari keempat berturut-turut
Pada 5 petang, harga rujukan bagi getah fizikal LGM untuk GMM 20 adalah 754 sen sekilogram manakala susu getah pukal ialah 700.5 sen sekilogram.
Bursa Malaysia ditutup rendah selepas kenaikan enam hari berturut-turut
Pada 5 petang, FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) susut 2.23 mata kepada 1,569.25 daripada 1,571.48 ketika ditutup pada Rabu.
Ringgit ditutup tinggi sedikit berbanding dolar AS
Pada 6 petang, ringgit naik kepada 4.7745/7775 berbanding dolar AS daripada 4.7765/7780 ketika ditutup pada Rabu.
Lebih 200,000 permohon i-Sejahtera sudah terima bayaran secara Pindahan Dana Elektronik
Kesemua penerima di bawah Program Penghargaan Warga Emas, Program Bantuan Ibu Tunggal dan Program Ibu Emas masing-masing berjumlah 157,767; 9,856 dan 42,781 orang penerima.