ALOR GAJAH: Lebih 200,000 veteran Angkatan Tentera Malaysia (ATM) termasuk yang tidak berpencen akan menerima Bantuan Khas Kewangan Aidilfitri (BKKA) sebanyak RM350 setiap seorang pada 17 April ini.
Timbalan Menteri Pertahanan Adly Zahari berkata pembayaran berkenaan membuktikan keprihatinan Kerajaan Perpaduan kepada golongan veteran khususnya mereka yang tidak berpencen agar dapat mengurangkan beban kewangan membuat persiapan sempena Aidilfitri.
"Kita mempunyai veteran tidak berpencen sekitar 79,000 orang manakala mereka yang berpencen lebih 100,00 orang dan kesemua mereka akan mendapat manfaat ini yang diumumkan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim pada Belanjawan 2023 Feb lepas," katanya kepada pemberita di Freeport A'Famosa Outlet di sini hari ini.
Beliau berkata demikian selepas Program Memasak dan Pengagihan Bubur Lambuk dengan Kerjasama Pusat Khidmat Rakyat Parlimen Alor Gajah melibatkan 1,500 bekas bubur.
Mengulas lanjut, Adly yang juga Ahli Parlimen Alor Gajah berkata kerajaan menerusi Kementerian Pertahanan turut meraikan anggota tentera yang bertugas di luar negara seperti di Lebanon sempena Hari Raya akan datang.
Beliau berkata pelbagai sumbangan dan keperluan menyambut hari raya akan disalurkan kepada golongan berkenaan yang terlibat dalam misi keamanan di luar negara.
"Ada sebahagian kepimpinan Kementerian Pertahanan akan menyambut Aidilfitri bersama dengan mereka yang tidak dapat pulang beraya kerana tugas menjaga keamanan antaranya pasukan Malbatt (Malaysian Battalion) di Lebanon," katanya.
Dalam pada itu, beliau berkata kawalan keselamatan dan rondaan di sempadan negara termasuk laluan tikus dan lokasi panas terus dipertingkatkan bagi mengekang kemasukan warga asing atau sebarang aktiviti penyeludupan menjelang Hari Raya.
-- BERNAMA
Bernama
Sat Apr 08 2023
Timbalan Menteri Pertahanan Adly Zahari berkata pembayaran berkenaan membuktikan keprihatinan Kerajaan Perpaduan kepada golongan veteran ATM. - Gambar fail/BERNAMA
Warga emas rugi hampir RM1.6 juta, ditipu pelaburan tidak wujud
Seorang warga emas kerugian RM1,590,800 apabila menjadi mangsa penipuan pelaburan saham tidak wujud secara dalam talian.
Nyanyian karol meriahkan persiapan sambut Krismas
Di Tawau lazimnya acara ini awal disember setiap tahun dari jam 7 malam dan ada kalanya sehingga jam 1 pagi.
376 peserta terpilih sertai SY Startup 2024
Ekoran sambutan hangat ini Menteri Belia, Sukan dan Pembangunan Usahawan Datuk Seri Abdul Karim Rahman Hamzah mengesahkan program ini akan diteruskan pada tahun hadapan.
Kerajaan Sarawak berusaha tingkatkan pengeluaran beras
Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan, Datuk Seri Mohamad Sabu berkata bekalan makanan di negara ini mencukupi.
Penyelaras Kemanusiaan PBB suarakan kebimbangan krisis kemanusiaan yang semakin memuncak di Gaza
Muhannad Hadi melahirkan kebimbangan terhadap keadaan keselamatan dan kemanusiaan yang semakin merosot di Semenanjung Gaza.
Loji Electrolyser Sejingkat kurangkan masa penghasilan hidrogen
Loji electrolyser pertama Sarawak di Sejingkat berjaya mengurangkan masa penghasilan satu kilogram hidrogen kepada 30 kilowatt perjam berbanding 40 kilowatt perjam sehingga Julai lalu.
Fadillah setuju dua jawatan tertinggi PBB tidak dipertandingkan
PBB dijadual mengadakan perhimpunan agungnya pada Februari 2025 dengan pertandingan dikatakan tertumpu kepada saingan jawatan Naib Yang DiPertua
PBB perlu bersedia seakarang hadapi PRN - Fadillah
Naib Presiden Kanan PBB Datuk Seri Fadillah Yusof mengingatkan anggota parti itu agar tidak selesa dengan kemenangan besar dan pujian yang diberi kepada kerajaan sebaliknya fokus agar tidak terlepas kuasa ke tangan pihak lain.
353 premis KEMAS rosak akibat banjir di lapan negeri
Sebanyak 353 premis Jabatan Kemajuan Masyarakat (KEMAS) rosak akibat banjir yang melanda lapan negeri sejak November lepas, membabitkan kerugian hampir RM6 juta.
Wanita suara garau cemas bilik hotel diserbu JAIS
Seorang wanita yang memiliki suara garau berdepan detik cemas apabila hotel bajet yang dihuni diserbu Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS).
COVID-19: Kementerian Pertahanan percepatkan bayaran insentif kepada veteran ATM
Agihan semula dana kutipan kalanan termasuk Matching Grant berkenaan bertujuan memberi kebajikan kepada veteran ATM yang memerlukan di seluruh negara.