KUALA NERUS: Seramai 2,765 individu yang bekerja sendiri dalam sektor pengangkutan barangan dan makanan serta pengangkutan penumpang telah mencarum dengan Pertubuhan Keselamatan Sosial (Perkeso) di bawah Skim Keselamatan Sosial Pekerjaan Sendiri (SKSPS) di negeri ini.
Pengarah Perkeso Terengganu Farihah Che Husin berkata namun pihaknya yakin masih ramai pekerja sendiri dalam sektor tersebut belum mencarum di bawah SKSPS.
"Bermula 1 Jun lepas, pekerja sendiri yang terlibat dalam sektor pengangkutan barangan dan makanan serta pengangkutan penumpang hendaklah mendaftar dan mencarum di bawah SKSPS.
"Jadi saya merayu kepada pekerja seperti penghantar makanan dan pemandu e-hailing supaya segera mendaftar. Mereka akan diberi notis amaran jika gagal berbuat demikian," katanya kepada pemberita selepas melaksanakan Ops Kesan di premis perniagaan sekitar Gong Badak di sini semalam.
Farihah berkata secara keseluruhannya terdapat 8,953 individu di negeri itu telah mencarum dalam SKSPS meliputi pelbagai sektor termasuk sektor pertanian, penternakan dan kesenian.
"Sektor perkhidmatan sokongan menunjukkan jumlah caruman tertinggi iaitu 4,052 individu," katanya.
Beliau berkata melalui SKSPS, pencarum yang merupakan orang bekerja sendiri (OBS) hanya perlu membayar RM46.60 bagi melayakkan mereka mendapat manfaat faedah perlindungan selama setahun dengan 80 peratus caruman akan ditanggung oleh kerajaan
Antara faedah yang terkandung di dalam skim tersebut adalah bayaran pampasan sekiranya OBS terlibat dalam kemalangan semasa bekerja dan perlu mengambil cuti sakit serta bayaran pencen kepada waris sekiranya mereka meninggal dunia ketika bekerja.
-- BERNAMA
Bernama
Wed Jun 08 2022
Farihah (tiga, kiri) bersama anggota penguat kuasa membuat pemeriksaan terhadap golongan majikan pada Program Ops Kesan Kebangsaan di sebuah kedai di Kuala Nerus, 8 Jun 2022. --fotoBERNAMA
Petugas haji termasuk 14 wakil media selamat tiba di Madinah
Seramai 150 petugas haji termasuk 14 wakil media bagi musim haji 1445 Hijrah/2024M selamat tiba di Madinah sekitar pukul 2.45 pagi waktu tempatan (7.45 pagi waktu Malaysia).
12 individu ditahan terlibat penipuan pelaburan Goldman Sachs, kerugian lebih RM11 juta
Dua belas individu ditahan kerana disyaki terlibat penipuan pelaburan Goldman Sachs di tujuh negeri melibatkan kerugian melebihi RM11 juta.
AWANI Ringkas: Tindakan boikot tersasar jauh - Mufti Perak
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
TnG eWallet dikemas kini dengan kalkulator tukaran mata wang untuk kad prabayar Visa
APLIKASI Touch n Go eWallet hari ini telah dikemas kini dengan ciri kalkulator penukaran mata wang.
Gaji penjawat awam negeri Selangor akan dinaikkan selaras pengumuman PM - Amirudin
Gaji penjawat awam negeri Selangor akan dinaikkan selaras pengumuman kenaikan gaji oleh Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim pada 1 Mei lepas.
Indonesia alih tumpuan aksi playoff berdepan Guinea
Ketua jurulatih Indonesia kini berperang dengan masa untuk menyediakan pemainnya yang keletihan menghadapi perlawanan playoff Sukan Olimpik.
'Cengkaman' 43 tahun Loudness bakal diterjemahkan menerusi konsert
Loudness bukanlah asing bagi peminat muzik heavy metal tempatan apatah lagi mereka boleh diklasifikasikan sebagai ikon rock yang cukup berpengaruh.
Boustead Heavy Industries terima kontrak sokongan kapal selam TLDM bernilai RM43.6 juta
Boustead Heavy Industries Corporation Berhad (BHIC) menerima kontrak sokongan kapal selam Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) daripada Kementerian Pertahanan bernilai RM43.6 juta.
Tesla lancarkan stesen 'supercharging' V4 pertama rantau Asia Tenggara di Malaysia
TESLA hari ini mengumumkan pelancaran stesen pengecasan kereta Tesla Supercharging V4 secara rasminya di Malaysia.
Orang utan rawat luka sendiri guna tumbuhan
Orang utan bernama Rakus merawat luka di mukanya dengan mengunyah daun Akar Kuning dan berulang kali menyapu ke atas luka itu.
Lebih 2,000 pekerja sendiri sektor pengangkutan di Terengganu mencarum SKSPS
Perkeso Terengganu yakin masih ramai pekerja sendiri dalam sektor tersebut belum mencarum di bawah SKSPS.