MALAYSIA
Lebih 278,000 haiwan divaksin dalam usaha Sarawak memerangi rabies - Dr Sim

Dr Sim berkata, sepanjang tahun ini, 10,957 haiwan telah diberi vaksin di seluruh negeri. -Gambar fail/Bernama
KUCHING: Sebanyak 278,840 haiwan telah diberi vaksin di Sarawak sejak negeri itu melancarkan usaha memerangi rabies, kata Timbalan Premier Sarawak Datuk Amar Dr Sim Kui Hian.
Ringkasan AI
- Sebanyak 278,840 haiwan telah divaksin di Sarawak sejak usaha memerangi rabies dilancarkan, dengan 10,957 haiwan divaksin tahun ini, namun kes rabies masih tinggi terutama di Kuching, Bintulu, Kapit dan Kota Samarahan.
- Ujian makmal mengesan 45 kes positif rabies, 42 daripadanya melibatkan anjing, dengan hampir separuh adalah anjing peliharaan; Sarawak juga merekodkan purata 380 kes gigitan haiwan setiap minggu.
- Rabies kekal ancaman serius dengan 85 kes manusia direkodkan sejak 2017, termasuk 78 kematian, dan tahun ini sahaja dua kematian baharu dilaporkan, menekankan keperluan pendidikan masyarakat dan pemantauan berterusan.
Dr Sim berkata ujian makmal terhadap 490 sampel telah mengesan 45 kes positif, 42 daripadanya melibatkan anjing.
"Membimbangkan apabila hampir separuh daripada kes ini, iaitu 46 peratus melibatkan anjing peliharaan manakala selebihnya adalah haiwan terbiar termasuk kucing. Sarawak juga mencatatkan purata 380 kes gigitan haiwan setiap minggu," katanya.
Dr Sim berkata peningkatan kes rabies merupakan sesuatu yang membimbangkan sambil menegaskan bahawa bukan hanya gigitan anjing, malah gigitan dan cakaran kucing juga menyumbang kepada jangkitan.
Beliau berkata cakaran juga perlu diberi perhatian serius kerana rabies boleh disebarkan melalui air liur haiwan yang dijangkiti dan cakaran boleh membawa risiko sekiranya kuku atau tapak kaki haiwan itu tercemar.
"Kita perlu mendidik masyarakat bahawa apabila kita sebut 'gigitan anjing', cakaran juga perlu diambil kira. Rabies boleh disebarkan melalui air liur apabila anjing atau kucing yang dijangkiti mencakar anda," katanya.
Dr Sim berkata rabies terus menjadi ancaman serius kepada kesihatan awam di Sarawak, dengan 85 kes manusia direkodkan sejak wabak itu diisytiharkan pada 2017 dan daripada jumlah itu, 78 kes melibatkan kematian.
"Tahun ini sahaja, kita telah merekodkan dua kes kematian baharu yang menunjukkan betapa mendesaknya situasi ini," katanya.
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami