IPOH: Lebih 3,000 ekor babi komersil dijangkiti Demam Babi Afrika (ASF) di tiga buah ladang yang terletak di dua daerah negeri ini.
Perkara itu disahkan Pengerusi Jawatankuasa Perladangan, Pertanian dan Industri Makanan negeri, Razman Zakaria yang berkata, penyakit itu dikesan di daerah Hilir Perak dan Batang Padang.
Justeru, katanya, pemantauan, pemeriksaan dan pensampelan semua ladang babi di dua daerah itu giat dilaksanakan bagi mengawal penularan penyakit tersebut.
"Di Semenanjung Malaysia, ASF mula dikesan menjangkiti babi liar dan hutan di Perak dan Pahang pada Oktober tahun lalu.
"Lalu, menular ke ladang babi komersil di Paya Mengkuang, Melaka pada Disember tahun lalu.
"Di Perak, penyakit ini telah menjangkiti sebuah ladang babi komersil di Hilir Perak pada 27 Mac lalu dan dua lagi di Batang Padang pada 4 April," katanya.
Beliau berkata demikian kepada pemberita pada sidang media khas di pejabatnya, di sini pada Rabu. Hadir sama, Pengarah Jabatan Perkhidmatan Veterinar (JPV) Negeri Perak, Dr Ahmad Shafri Hassan.
Razman menambah, penyakit itu disahkan melalui ujian Real Time Polymerase Chain Reaction (RT- PCR) oleh Makmal Institut Penyelidikan Veterinar, Ipoh.
Dalam pada itu, beliau berkata, notis kuarantin di bawah Seksyen 18(3) Akta Binatang 1953 (semakan-2006) (Akta 647) telah dikeluarkan kepada pemilik ladang babi yang disahkan positif untuk tidak memindahkan ternakan keluar masuk ke ladang terjangkit.
"Enam ladang babi yang berada dalam jarak 5 kilometer radius (kawasan wabak) dari ladang yang disahkan positif turut dikuarantin bagi pemeriksaan lanjut dan pensampelan.
"Semua babi di ladang yang positif dilupuskan segera di bawah Seksyen 19 Akta Binatang (semakan-2006) untuk mengawal rebakan.
"Sehingga 10 April lalu, 990 ekor babi sudah dilupuskan dari ladang yang terbabit," katanya lagi.
Sementara itu, Ahmad Shafri berkata, ASF tidak menjejaskan bekalan daging babi di Perak susulan bilangan yang dijangkiti adalah rendah.
"Bilangan yang dijangkiti melibatkan peratusan pengeluaran tidak sampai satu peratus.
"Setiap tahun Perak keluarkan sebanyak 56,000 metrik tan daging babi dengan nilai kira-kira RM621 juta," katanya.
Babi yang dijangkiti ASF menunjukkan tanda-tanda klinikal kemerahan pada telinga, punggung, perut, dada dan kaki.
Setakat ini, tiada vaksin yang boleh digunakan untuk mencegah dan mengawalnya, namun ia tidak menjangkiti manusia.
Penternak dan orang awam diminta segera melaporkan sebarang kematian babi hutan, babi kampung atau komersil kepada Pejabat Perkhidmatan Veterinar Daerah atau JPV Perak yang berdekatan atau menerusi talian hotline 05-5459111.
Aida Aziz
Wed Apr 13 2022

Razman (kanan) dan Ahmad Shafri ketika sidang media khas mengenai jangkitan Demam Babi Afrika di dua daerah di Perak, hari ini. - Foto Astro AWANI

Dua belas individu didakwa tawar pinjaman tidak wujud
Dua belas individu termasuk tiga wanita masing-masing didenda RM3,000 selepas mengaku bersalah menawarkan pinjaman tidak wujud Jun lepas.

Lebih banyak hari tanpa hujan sehingga September
Kebanyakan tempat di seluruh negara akan mengalami bilangan hari tanpa hujan lebih banyak sepanjang tempoh Monsun Barat Daya yang bermula pada 14 Mei dan dijangka berterusan sehingga pertengahan Sept.

Tawar ibadah korban di Bumi Anbia lebih murah - Aman Palestin
Ia menawarkan pakej baharu yang ditambah baik berdasarkan kualiti dan saiz daging yang bersesuaian dengan harga.

CSO Platform for Reform gesa kerajaan lebih telus lantik anggota Suhakam
Sudah tiba masanya untuk mempunyai mekanisme bebas bagi pelantikan Pesuruhjaya Suhakam.

Tangkapan, kes jenayah narkotik meningkat separuh pertama 2022 - PDRM
Kesemua kes tersebut melibatkan Akta Dadah Berbahaya 1952, Akta Racun 1952 dan Akta Penagih Dadah (Rawatan dan Pemulihan) 1983.

Pengerusi Suhakam perlu utamakan isu kematian dalam tahanan - CENTHRA
Ketua Eksekutif CENTHRA Azril Mohd Amin berkata pelantikan Rahmat adalah bertepatan untuk merungkai isu hak asasi manusia di negara ini

Prosiding pengesahan lafaz cerai MB Perlis pada 25 Ogos
Prosiding ditangguhkan kerana Azlan Man tidak hadir kerana mempunyai urusan kerja yang tidak dapat dielakkan.

Sime Darby jual syarikat-syarikat Pelabuhan Weifang pada RM1.27 bilion
Sime Darby Bhd menamatkan perniagaan pelabuhan bukan teras dengan menjual keseluruhan kepentingan ekuiti dalam syarikat-syarikat Pelabuhan Weifang pada kira-kira RM1.27 bilion.

Selamat berangkat ke negeri abadi Tok Mun, semoga tenang dan damai di sana...
Jenazah Tok Mun disemadi di Tanah Perkuburan Islam Kampung Atas Tol pada pukul 10.45 pagi.

Kerajaan UK pertimbang rampas aset warga Rusia yang dibekukan
Setiausaha Luar United Kingdom Liz Truss tidak menolak kemungkinan akan merampas aset warga Rusia di UK yang telah dibekukan dan menyerahkannya kepada Ukraine.

Hati-hati terima barang percuma, khususnya makanan - PPIM
Ini susulan penganjur sebuah program derma darah didakwa memberi cenderahati mi segera dipercayai berperisa daging babi.

Penunggang motosikal patah kaki langgar babi lintas jalan
Tular rakaman kejadian berkenaan yang memaparkan mangsa terduduk menahan kesakitan sambil dibantu beberapa penunggang motosikal lain.

Maqis tahan daging babi sejuk beku dari Sepanyol bernilai RM282,000
Maqis Selangor menahan sebuah kontena membawa daging babi sejuk beku dari Sepanyol bernilai RM282,000 di Pelabuhan Klang Utara, Shah Alam.

Notis penutupan ladang ternak babi P. Pinang gagal patuhi lesen mulai 1 Jun
Notis penutupan operasi ladang akan dikeluarkan kepada ladang-ladang babi yang telah dikompaun dan masih gagal mematuhi lesen penternakan bermula 1 Jun tahun ini.

Maqis rampas daging babi diisytihar produk ikan dari China
Semua produk daging babi yang disita itu akan dilucut hak dan dilupuskan sama ada menerusi kaedah tanam atau menggunakan insinerator.

Pemindahan jantung: DNA virus haiwan ditemui pada jantung babi
David Bennett Sr. meninggal dunia pada Mac, dua bulan selepas menerima jantung babi.

Polis Negeri Sembilan belum terima laporan isu babi 'hilang'
2,000 ekor babi di 19 ladang tidak berlesen dipercayai dibawa keluar dari kawasan itu tanpa pengetahuan pihak berkuasa.

'Babi hilang': Kerajaan Negeri Sembilan ambil tindakan undang-undang
Kerajaan negeri khuatir haiwan yang dibawa keluar itu akan mencetuskan jangkitan penyakit Demam Babi Afrika (ASF) ke negeri lain.

2,000 ekor babi berhampiran ladang dijangkiti Demam Babi Afrika 'hilang'
2,000 ekor babi di 19 ladang tidak berlesen di Kampung Baru Tanah Merah Site A, Port Dickson, dipercayai dibawa keluar dari kawasan itu.

Kerajaan N.Sembilan perketat pemantauan ladang babi cegah ASF
Tiada kes terbaharu wabak itu dikesan selepas 273 ekor babi yang dijangkiti penyakit itu dilupuskan pada 13 April lepas.