IPOH: Lebih 3,000 pengunjung memeriahkan Program Pesta Budaya Nusantara@Ipoh 2023 dan Pameran Kereta Klasik sempena ulang tahun bandar raya Ipoh ke-35 di Stadium Indera Mulia di sini, malam tadi.
Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan, Industri, Pelaburan dan Pembangunan Koridor Negeri Loh Sze Yee berkata, penganjuran itu adalah usaha yang tepat dalam menarik lebih ramai pengunjung ke sini, selari dengan Tahun Melawat Ipoh 2023.
Tambahnya, ia juga merupakan platform terbaik bagi para penggiat seni mempromosi kebudayaan masing-masing.
"Syabas dan tahniah kepada Datuk Bandar dan urusetia program yang berjaya menganjurkan program ini sekali lagi.
"Saya difahamkan ini adalah kali kedua penganjurannya dilaksanakan oleh Majlis Bandaraya Ipoh (MBI).
"Tahun lalu ia diadakan pada skala yang lebih kecil yang mana penyertaan persembahan hanya melibatkan beberapa pasukan seni dari dalam negara.
"Namun kali ini, kita turut mendapat penyertaan rakan bandar persahabatan dari luar negara iaitu Medan, Indonesia dan juga Nanning, China," katanya ketika merasmikan program tersebut.
Hadir sama, Datuk Bandar Ipoh Datuk Rumaizi Baharin.
Menurut Loh, bandar raya Nanning dan Medan merupakan bandar raya persahabatan yang telah terjalin hubungannya dengan Ipoh sejak sekian lama.
"Jumaat lalu, Ipoh dan Nanning memperbaharui perjanjian persefahaman (MoU) hubungan dua hala antara kedua-dua bandar bagi mengembangkan lagi aktiviti, demi faedah kedua-dua belah pihak.
"Manakala, hubungan dengan Medan diteruskan dengan memberi fokus kepada pertukaran aktiviti budaya dan pelancongan termasuk pelancongan kesihatan," katanya.
Objektif MBI menganjurkan program tersebut adalah bagi memeriahkan sambutan Tahun Melawat Ipoh 2023 melalui program kesenian dan kebudayaan masyarakat.
Ia melibatkan gabungan persembahan dari Nanning dan Medan serta pihak berkuasa tempatan (PBT) seperti Dewan Bandaraya Kuala Lumpur, Majlis Bandaraya Seremban dan Majlis Bandaraya Melaka Bersejarah.
Antara aktiviti menarik di karnival ini termasuk jualan makanan dan minuman viral untuk pengunjung yang bermula dari jam 10 pagi hingga 11 malam, mulai 8 Jun hingga 12 Jun.
Selain itu, terdapat permainan taman tema kanak-kanak, karusel, rumah hantu dan petting zoo.
Terdapat juga pameran kereta klasik melibatkan 20 jenis kereta jenama antarabangsa.
Aida Aziz
Sun Jun 11 2023

Persembahan kebudayaan dari Kumpulan Gerakan Seni Pinggir Alam, pada perasmian Pesta Budaya Nusantara@Ipoh di Stadium Indera Mulia, Ipoh, malam tadi. -- fotoBERNAMA
Filem aksi Superhero ‘Keluang Man’ temui penonton 29 Mei ini
Menerusi treler rasmi yang dilancarkan hari ini, filem ‘live-action’ ini memperkenalkan dunia Keluang Man yang lebih moden, penuh aksi mendebarkan dan visual sinematik berkualiti tinggi.
Tiga termasuk suami isteri ditahan
Polis menahan dua lelaki dan seorang wanita warga tempatan kerana disyaki terlibat melakukan perbuatan khianat dengan api dan simbah cat, dalam satu operasi khas di Kepong dan Bukit Jalil pada 8 dan 9 April lepas.
Pelancong Malaysia tinggalkan Kashmir paling lewat 25 April - Suruhanjaya Tinggi
Pelancong Malaysia tinggalkan Kashmir paling lewat 25 April - Suruhanjaya Tinggi
Wujud pencerobohan kawasan saluran di Pendang
Kerajaan Negeri Kedah mengesahkan telah menerima laporan berlakunya pencerobohan di dua kawasan saluran paip gas milik Petronas melibatkan daerah Pendang.
Sidang khas Dewan Rakyat platform suarakan pandangan - Fahmi
Sidang khas Dewan Rakyat pada 5 Mei ini menjadi platform kerajaan dan pembangkang menyampaikan pandangan mengenai isu tarif timbal balas Amerika Syarikat (AS) yang dikenakan ke atas Malaysia.
Staf Ascott Malaysia santuni pelbagai haiwan eksotik
Peserta berkesempatan mendekati musang fennec dan kura-kura buaya.
Lelaki putus jari ditetak lima lelaki bersenjata parang, pedang
Seorang lelaki putus lima jari tangan kirinya selepas diserang lima lelaki bersenjatakan parang dan pedang dalam kejadian di hadapan sebuah restoran di Jalan PJS 1 setengah, Bandar Sunway, Subang Jaya, Selangor awal pagi Rabu.
Pesara swasta ditahan miliki tujuh senjata api, 186 peluru
Polis menahan seorang lelaki warga tempatan kerana memiliki tujuh senjata api dan peluru tanpa lesen di sebuah rumah di Antara Gapi, Serendah, pada Isnin lepas.
Pihak berkuasa Turkiye pantau rapat perkembangan - Erdogan
Presiden Turkiye, Recep Tayyip Erdogan dalam kenyataan terbaharu memaklumkan pihak berkuasa sedang memantau secara rapat berhubung situasi gempa tersebut.
Sembilan pekerja terbunuh, 42 cedera
Serangan ini merupakan sebahagian daripada gelombang serangan dron Rusia yang menyasarkan infrastruktur awam di timur, selatan, dan tengah Ukraine.

Lebih 3,000 pengunjung meriahkan Pesta Budaya Nusantara@Ipoh
Ia juga merupakan platform terbaik bagi para penggiat seni kebudayaan mempromosi seni kebudayaan masing-masing.