awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Pelakon legenda Perancis Brigitte Bardot meninggal dunia
Beberapa jalan sekitar Bukit Bintang ditutup sementara untuk pelancaran 'I LITE U'
Banjir gelombang ketiga Terengganu pulih
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Kompleks sukan akan dibina di Sungai Petani - Dr Mohammed Taufiq

Bernama
Bernama
28/12/2025
08:47 MYT
Kompleks sukan akan dibina di Sungai Petani - Dr Mohammed Taufiq
Menteri Belia dan Sukan Dr Mohammed Taufiq Johari berkata projek kompleks sukan itu kini berada pada peringkat awal pelaksanaan dan dijangka akan dimulakan dalam masa terdekat. - Gambar fail/Bernama
SUNGAI PETANI: Sebuah kompleks sukan bernilai RM10 juta akan dibina di Bandar Puteri Jaya dekat sini, bagi menyediakan kemudahan sukan lebih sistematik dan holistik kepada golongan belia.

Ringkasan AI
  • Kompleks sukan bernilai RM10 juta akan dibina di Bandar Puteri Jaya untuk menyediakan kemudahan sukan sistematik kepada golongan belia.
  • Projek tersebut merupakan inisiatif utama Menteri Belia dan Sukan, Dr Mohammed Taufiq Johari, bagi melahirkan atlet-atlet baharu dengan lancar.
  • Dr Mohammed Taufiq menegaskan komitmen untuk kawasan Parlimen Sungai Petani serta memberi keutamaan kepada pembangunan belia dan pemerkasaan sukan di peringkat kebangsaan.

Menteri Belia dan Sukan Dr Mohammed Taufiq Johari berkata projek itu kini berada pada peringkat awal pelaksanaan dan dijangka akan dimulakan dalam masa terdekat.
"Pembinaan kompleks sukan berkenaan merupakan antara inisiatif utama yang digerakkan sejak saya menjadi Ahli Parlimen Sungai Petani. Tapak pembinaannya dikenal pasti berhampiran kawasan Pejabat Penerangan Daerah Kuala Muda.
"Peruntukan awal diluluskan ialah RM10 juta, namun jika terdapat sebarang perubahan dari segi perancangan atau pelaksanaan, pengumuman lanjut akan dibuat," katanya selepas merasmikan Program Berkhatan Beramai-ramai di Pusat Khidmat Ahli Parlimen Sungai Petani di Padang Temusu di sini, hari ini.
Dr Mohammed Taufiq berkata usaha untuk melahirkan atlet-atlet baharu akan lebih lancar dengan adanya kompleks sukan yang sempurna.
"Proses perolehan dan sebagainya memang sedang berjalan dan saya akan memantau dari semasa ke semasa bersama dengan Jabatan Kerja Raya (JKR) dan semua pihak, untuk memastikan bahawa projek itu dapat dilaksanakan," katanya.
Sementara itu, beliau menegaskan akan meneruskan komitmennya dan memberi keutamaan kepada perkhidmatan di kawasan Parlimen Sungai Petani, meskipun kini turut memikul tanggungjawab sebagai menteri di peringkat pusat.
"Saya akan cuba meluangkan masa untuk bersama rakyat di Sungai Petani dan kebiasaannya berada di kawasan ini pada hujung minggu, kecuali jika terdapat urusan rasmi kementerian di Putrajaya.
"Kementerian akan memberi tumpuan kepada pembangunan belia, pewujudan pelapis kepimpinan negara serta pemerkasaan sukan sebagai medium penyatuan nasional tanpa mengira latar belakang kaum, agama dan fahaman politik," katanya.
-- BERNAMA



Topic Berkaitan
#kompleks sukan
#Sungai Petani
#Dr Mohammed Taufiq
#Belia
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan