Lebih 32,317 individu telah ditawarkan peluang pekerjaan menerusi Inisiatif Pembangunan Sumber Manusia Berhad (HRDF) di bawah Pelan Jana Semula Ekonomi Negara (PENJANA) atau dikenali PENJANA HRDF, sejak ia dilancarkan 22 Jun lalu.
Menteri Sumber Manusia Datuk Seri M. Saravanan berkata daripada jumlah itu seramai 1,603 orang adalah dari Sabah.
"Melalui PENJANA HRDF, seseorang individu itu bukan sahaja akan mendapat pekerjaan, tetapi mereka juga akan dilengkapkan dengan kemahiran yang diperlukan.
"Kos latihan pula ditanggung sepenuhnya oleh Pembangunan Sumber Manusia Bhd (PSMB) melalui peruntukan PENJANA sebanyak RM250 juta yang diumumkan oleh Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin pada 9 Jun lepas," katanya ketika merasmikan Program Inisiatif PENJANA HRDF peringkat Sabah, di sini, pada Selasa.
PENJANA HRDF dilaksanakan bagi membantu menangani isu pengangguran akibat pandemik COVID-19.
Katanya melalui PENJANA HRDF lima skim diperkenalkan iaitu Latihan dan Penempatan, Pembangunan B40, Pembangunan SME, Revolusi Industri 4.0 dan Gerak Insan Gemilang (GIG).
"Daripada lima skim ini, terdapat dua skim yang memberi tumpuan kepada hasil penempatan pekerjaan dan penjanaan peluang pendapatan.
"Pertama skim Latihan dan Penempatan yang memberi jaminan penempatan pekerjaan sekurang-kurangnya 12 bulan kepada pelatih sebaik sahaja peserta menamatkan latihan," katanya.
Saravanan berkata skim yang kedua adalah skim GIG yang membolehkan pelatih menceburi serta menjana pendapatan dalam sektor ekonomi setelah menamatkan latihan.
Mengulas mengenai majlis berkenaan, beliau berkata seramai 20 individu mewakili 1,600 warga Sabah yang telah mendapat pekerjaan, menerima Surat Tawaran Kerja.
"Mereka yang berjaya ini akan mula bekerja untuk tempoh sekurang-kurangnya 12 bulan dengan kadar gaji bermula antara RM1, 800 dan RM7,000 sebulan," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Tue Sep 15 2020

PENJANA HRDF dilaksanakan bagi membantu menangani isu pengangguran akibat pandemik COVID-19. - Gambar hiasan

Verstappen tewaskan McLaren, menangi F1 Grand Prix Emilia Romagna
Juara bertahan empat kali, Max Verstappen menewaskan dua pelumba pasukan McLaren untuk memenangi perlumbaan Formula Satu (F1) keduanya musim ini di Grand Prix Emilia Romagna di Itali pada Sabtu.

Perasmian sayap PKR: 'Surat hanya kepada Anwar dan Fuziah, macam mana boleh bocor?' - Rafizi
Rafizi berkata, perkara itu sepatutnya tidak didedahkan, dan beliau mempersoalkan bagaimana perkara sulit seperti itu boleh menjadi pengetahuan umum.
Tumpuan Isnin – 19 Mei 2025
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.

Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Ahad, 18 Mei 2025.

Gunung Lewotobi di Indonesia meletus, cetus amaran penerbangan tertinggi
Gunung Lewotobi di Wilayah Nusa Tenggara Timur, Indonesia, meletus beberapa kali pada Ahad.

Misi satelit ke-101 Agensi Angkasa Lepas India gagal
Agensi Angkasa Lepas India mengalami kegagalan dalam misi pentingnya apabila satelit pemerhatian Bumi di atas roket Kenderaan Pelancar Satelit Kutub (PSLV) hilang sejurus selepas pelancaran pada Ahad.
Pelancaran satelit pemerhatian bumi India gagal
Agensi Angkasa Lepas India (ISRO) gagal menghantar satelit pemerhatian bumi ke orbit selepas tekanan dalam kebuk enjin pada peringkat ketiga pelancaran roket menurun secara mendadak.
Trump minta Fed potong kadar faedah segera, bukan kemudian
Rizab Persekutuan AS (Fed) diseru Presiden Amerika Syarikat, Donald Trump agar segera menurunkan kadar faedah sambil mengkritik pengerusinya, Jerome Powell, yang menurutnya sering bertindak lambat dan mungkin mensia-siakan peluang sekali lagi.
Ibu kebumi anak lelaki terkena serangan udara di Khan Younis
Seorang wanita mengebumikan anak lelakinya pada Ahad setelah terbunuh dalam serangan udara Israel yang menyasarkan khemah pelarian di al-Mawasi, Khan Younis, Gaza, malam tadi.

Lumba haram: 10 warga Malaysia didenda di Hat Yai
Sepuluh pelancong Malaysia dikenakan denda oleh polis Thailand atas kesalahan memandu secara berbahaya di Daerah Hat Yai pada Jumaat lepas.

Kes COVID-19 di Selangor terkawal, catat penurunan - Exco
Situasi jangkitan COVID-19 di Selangor dalam keadaan terkawal berdasarkan laporan terkini dikeluarkan Jabatan Kesihatan Negeri Selangor (JKNS) hingga Minggu Epidemiologi (ME) ke-19 2025.

Filipina 'aktif memantau' peningkatan kes COVID-19 di Asia Tenggara
Sehingga 3 Mei 2025, DOH melaporkan penurunan sebanyak 87 peratus dalam kes dan kematian berbanding 2024 di Filipina.

Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Sabtu, 17 Mei 2025.

Kes COVID-19 terkawal, KKM terus pantau rapi
Sejumlah 11,727 kes direkodkan dari ME1 hingga ME19 tahun ini, dengan trend penurunan berterusan sejak awal tahun.

Gaji graduan: Calon temuduga perlu buktikan nilai diri, jangan tuding pihak lain - Belia
Calon temu duga perlu membuktikan nilai yang boleh ditawarkan kepada bakal majikan, dalam rundingan mengenai gaji.

Trump kritik Tim Cook kerana tingkatkan pengeluaran Apple di India
Presiden Amerika Syarikat (AS) Donald Trump meningkatkan tekanan terhadap Ketua Pegawai Eksekutif Apple, Tim Cook, supaya memindahkan lebih banyak pengeluaran ke AS.

Vietnam gesa orang ramai terus berwaspada terhadap COVID-19
Kementerian Kesihatan Vietnam menasihatkan orang ramai supaya terus berwaspada terhadap COVID-19 susulan sedikit peningkatan kes dalam tempoh tiga minggu lepas.

Malaysia catat kemajuan dalam kebajikan dan hak pekerja - Sim
Malaysia mencatat kemajuan ketara dalam memperkukuh kebajikan dan hak pekerja sepanjang tahun lepas.

Singapura pantau lonjakan kes COVID-19
Pihak berkuasa kesihatan Singapura kini memantau peningkatan jangkitan COVID-19 di republik itu susulan lonjakan melebihi 3,000 kes dalam minggu terkini.

Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.