awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
NFDP-AMD: Ong Kim Swee tahu selok-belok bola sepak negara -- Razman Roslan
'Apa yang saya risau FAM bergantung kepada laporan polis tapi tidak lakukan pembetulan dalam tadbir urus'
[TERKINI] Kes 1MDB: “Saya akan terus tuntut hak saya” - Najib Razak
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Lebih 32,000 kenderaan masuk Kelantan sejak Khamis hingga Sabtu - Shafien

Bernama
Bernama
17/10/2021
20:52 MYT
Lebih 32,000 kenderaan masuk Kelantan sejak Khamis hingga Sabtu - Shafien
Shafien tidak menolak kemungkinan bahawa jumlah kemasukan kenderaan ke Kelantan dijangka meningkat menjelang cuti umum sempena sambutan Maulidur Rasul Selasa ini. - Gambar hiasan
KOTA BHARU: Ketua Polis Kelantan Datuk Shafien Mamat berkata lebih 32,000 kenderaan dikesan memasuki negeri itu sejak 14 Okt hingga Sabtu.
Beliau berkata jumlah kemasukan itu melibatkan laluan di pintu masuk utama Gua Musang, Jeli dan Pasir Puteh dengan kebanyakan mereka adalah perantau yang pulang ke kampung serta pelancong domestik.
Shafien juga tidak menolak kemungkinan bahawa jumlah kemasukan kenderaan ke Kelantan dijangka meningkat menjelang cuti umum sempena sambutan Maulidur Rasul Selasa ini susulan keputusan kerajaan membenarkan aktiviti rentas negeri bagi individu yang lengkap vaksinasi COVID-19.
Bagaimanapun, beliau berkata polis melalui 154 pasukan akan sentiasa melaksanakan pemantauan pematuhan prosedur operasi standard (SOP) dalam usaha membendung jangkitan COVID-19 terutama di kawasan tumpuan.
"Di sekitar pusat bandar Kota Bharu, kita dapati berlaku pertambahan kenderaan tetapi tidak begitu sesak kerana kemungkinan mereka mengikut jadual perjalanan masing-masing dan keadaan itu akan sentiasa dipantau pasukan yang ditubuhkan baru-baru ini," katanya ketika dihubungi semalam.
Shafien berkata pihaknya tidak berkompromi dan akan mengambil tindakan sewajarnya jika berlaku pelanggaran SOP oleh mana-mana individu meskipun Kelantan beralih ke Fasa Tiga Pelan Pemulihan Negara mulai hari ini (18 Okt).
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Shafien Mamat
#fasa tiga PPN
#rentas negeri
#kenderaan memasuki Kelantan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan