awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Rusuhan di Pasar Awam Melor, 12 individu ditahan - Polis
PM Anwar tekad perkukuh, percepat agenda pembangunan Sabah
Amaran banjir di Pasir Mas dan Tumpat bermula tengah malam ini - JPS
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

NFDP-AMD: Ong Kim Swee tahu selok-belok bola sepak negara -- Razman Roslan

Astro Arena
Astro Arena
26/12/2025
15:03 MYT
NFDP-AMD: Ong Kim Swee tahu selok-belok bola sepak negara -- Razman Roslan
Raman mengakui berita proses rombakan itu mengundang pelbagai tafsiran penerimaan daripada orang ramai. - StadiumAstro
BEKAS pemain negara, Razman Roslan, melihat rombakan tenaga pengajar program Pembangunan Bola Sepak Negara (NFDP) serta Akademi Mokhtar Dahari (AMD) bukan indikasi kegagalan program pembangunan itu.
Barisan pelatih lama juga pernah menghasilkan beberapa pemain yang berjaya dalam skuad negara namun ketika ini, proses penambahbaikan sememangnya menjadi keperluan bagi menjamin masa depan cerah bola sepak negara.
Raman mengakui berita proses rombakan itu mengundang pelbagai tafsiran penerimaan daripada orang ramai, namun dia percaya kredibiliti Datuk Ong Kim Swee dalam mencorak masa depan baru NFDP dan AMD berbekalkan pengalaman luas yang dimiliki.
Meskipun desas desus penglibatan beberapa individu ternama termasuk Shukor Adan, P.-Maniam serta Rosdi Suparman dalam barisan kejurulatihan baru yang masih belum disahkan, baginya, siapa saja yang dilantik, mereka memerlukan sokongan penuh daripada pelbagai pihak agar dapat berikan yang terbaik.
"Sudah pasti dengan kepercayaan yang diletakkan kepada Kim Swee oleh FAM, semestinya mereka melihat sesuatu.
"Kita perlu akui dia berkualiti, berpengalaman dan tahu selok-belok bola sepak negara kita terutama di peringkat pembangunan dan akar umbi.
"Dia mengenali dan tahu bagaimana pertingkat bola sepak di peringkat pembangguunan. Mungkin dengan kemasukan jurulatih berpengalaman dan nama besar membantu pembangunan kita, kepercayaan hari diberikan." katanya.
* Artikel asal disiarkan di StadiumAstro.com
Topic Berkaitan
#rombakan tenaga pengajar
#NFDP
#Akademi Mokhtar Dahari
#program pembangunan
#bola sepak
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan