MALAYSIA
Lebih 4,000 murid cicir kembali ke sekolah, hasil keberkesanan SiPKPM

Wong berkata jumlah itu menunjukkan peningkatan berbanding 2,708 murid cicir yang berjaya kembali ke sekolah pada 2024. - Gambar fail
KUALA LUMPUR: Hasil keberkesanan Sistem Pengesanan Murid (SiPKPM) berjaya membawa 4,758 murid cicir kembali ke sekolah bagi tempoh 10 Feb hingga hari ini, kata Timbalan Menteri Pendidikan Wong Kah Woh.
Ringkasan AI
- SiPKPM berjaya membawa semula 4,758 murid cicir ke sekolah antara 10 Februari hingga 30 Julai 2025, meningkat berbanding 2,708 murid pada tahun sebelumnya.
- Sistem ini kini dilengkapi kecerdasan buatan (AI) yang mampu meramal laluan pembelajaran dan kerjaya murid berisiko cicir sehingga Tingkatan Lima, membantu KPM mengekalkan mereka dalam sistem pendidikan.
- SiPKPM merangkumi data murid dari prasekolah hingga Tingkatan Lima termasuk institusi swasta dan agama; faktor utama keciciran termasuk kurang minat, bekerja, masalah keluarga dan penyakit kronik.
"Ramalan ini membantu KPM mengekalkan murid berisiko cicir dan murid cicir agar mereka meneruskan persekolahan," katanya pada sesi soal jawab lisan di Dewan Rakyat hari ini.
Wong menjawab soalan Roslan Hashim (PN-Kulim Bandar Baharu) mengenai tahap keberkesanan SiPKPM dalam mengesan pergerakan kanak-kanak warganegara secara komprehensif, termasuk murid cicir dan kanak-kanak yang tidak mendapat akses pendidikan.
Menurut beliau, SiPKPM meliputi data semua kanak-kanak dalam umur prasekolah dari tahun satu hingga tingkatan lima termasuk murid di institusi pendidikan swasta dan institusi pendidikan agama.
Beliau berkata berdasarkan data KPM, antara faktor utama murid cicir adalah kerana tidak berminat ke sekolah, bekerja, masalah keluarga dan menghidap sakit kronik.
-- BERNAMA
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami