KUALA LUMPUR: Sejumlah 40,680 kes hilang pekerjaan direkodkan dalam negara setakat bulan Ogos lepas dengan purata 5,811 kes setiap bulan, kata Menteri Sumber Manusia Datuk Seri M. Saravanan.
Beliau berkata pejabat Sistem Insurans Pekerjaan Pertubuhan Keselamatan Sosial (Perkeso) sedang memantau trend kes hilang pekerjaan harian bagi memberikan perlindungan kepada para pekerja yang tidak lagi dapat bekerja disebabkan pelbagai alasan.
Katanya menurut Perkeso definasi hilang pekerjaan termasuk pemberhenian kerja, Skim Pemisahan Kerja Sukarela atau Persefahaman Bersama (VSS/MSS), penutupan syarikat disebabkan bencana alam, bankrap, pemberhentian kerja disebabkan oleh gangguan seksual atau ancaman di tempat kerja, serta berhenti selepas diarah melakukan tugas yang berbahaya yang tidak termasuk dalam skop kerja.
"Sebagaimana yang kita ketahui, pandemik COVID-19 bukan hanya memberi kesan kepada aspek kesihatan orang ramai, tetapi turut membawa kejutan ekonomi kepada negara-negara di seluruh dunia.
"Ia susulan langkah yang diambil bagi menghalang penularan virus yang membawa kepada penutupan syaikat, manakala orang ramai hilang pekerjaan atau pekerja terpaksa bekerja dengan perolehan gaji yang dikurangkan," kataya semasa berucap di majlis perasmian Forum Pekerjaan Awam Antarabangsa (IPEF 2021) yang berlangsung secra maya hari ini.
Saravanan berkata sejak Mac tahun lepas kerajaan mengambil pelbagai langkah bagi meringankan beban orang ramai dan memastikan sektor perniagaan terus beroperasi bagi mengelak pemberhentian kerja besar-besaran, termasuk dengan pelaksanaan Pakej Perlindungan Rakyat dan Pemulihan Ekonomi (PEMULIH) Jun lepas.
Perkeso, sebuah agensi di bawah Kementerian Sumber Manusia ditugaskan untuk melaksanakan program-program PEMULIH seperti Program Subsidi Gaji 4.0, PenjanaKerjaya 3.0, KerjayaGig dan SIP Prihatin 2.0, yang disasar kepada majikan, pekerja, pencari kerja serta kerja sendiri.
Sementara itu portal kerja MyFutureJobs sehingga kini merekodkan sejumlah 1.29 juta kekosongan daripada 21 sektor dan sejumlah 564,830 pencari kerja aktif telah mendaftar dengan portal ini dengan 196,471 kejayaan pemadanan kerja direkodkan.
Saravanan berkata forum anjuran Perkeso hari ini perlu digunakan bagi mengukuhkan dan mewujudkan pasaran tenaga kerja yang kukuh dalam negara kerana ia merupakan salah satu komponen penting dalam ekonomi negara.
Forum dua hari IPEF 2021 yang bermula hari ini menampilkan lebih 50 penceramah ternama tempatan dan antarabangsa, dengan tiga acara berlangsung secara serentak - yakni dua simposium maya dan satu pameran mega pekerjaan - bagi membantu membina semula ekonomi dan pasaran kerja pasca COVID-19.
-- BERNAMA
Bernama
Tue Sep 07 2021
Saravanan berkata pejabat Sistem Insurans Pekerjaan Perkeso sedang memantau trend kes hilang pekerjaan harian bagi memberikan perlindungan kepada para pekerja yang tidak lagi dapat bekerja disebabkan pelbagai alasan. - Gambar fail/BERNAMA
Indonesia laksanakan operasi pengubahan cuaca untuk kurangkan hujan lebat di Jawa Barat
Indonesia telah melancarkan operasi pembenihan awan untuk mengurangkan kesan hujan lebat dan risiko banjir di Sukabumi dan Cianjur.
Bantuan YKM akan disalur secara bulanan mulai tahun depan - Ismail Sabri
Bantuan Yayasan Keluarga Malaysia (YKM) akan disalurkan secara bulanan mulai tahun depan berbanding empat kali bayaran setahun sebelum ini.
Inisiatif penghantaran hijau tingkat potensi logistik di Lembah Klang - Loke
KUALA LUMPUR, 12 Dis (Bernama) – Sebagai langkah memperkukuh perkhidmatan logistik dan menyokong peralihan hijau, satu projek rintis menggunakan perkhidmatan Aliran Transit Ringan (LRT) unt
Mangsa gangguan seksual perlu berani tampil buat laporan - Nancy Shukri
Mangsa gangguan seksual perlu berani tampil ke hadapan untuk melaporkan kejadian yang dialami atau mendapatkan khidmat kaunseling yang disediakan oleh KPWKM.
Mohamad Hasan bertemu Menteri Haji dan Umrah Arab Saudi
Menteri Luar Malaysia Datuk Seri Mohamad Hasan mengadakan pertemuan dengan Menteri Haji dan Umrah Arab Saudi Dr Tawfiq Fawzan Al-Rabiah.
MSNR pastikan getah Malaysia kekal berdaya saing di pasaran antarabangsa
Industri getah negara merekodkan pencapaian membanggakan menerusi pelaksanaan inisiatif MSNR yang bertujuan memastikan komoditi berkenaan kekal berdaya saing di pasaran antarabangsa.
Isu bayi 'disimpan' : Peguam minta tarik balik tuduhan atau berdepan tindakan saman
Bapa kepada bayi lelaki yang mayatnya 'disimpan' di sebuah hospital swasta memberi masa sehingga 12 tengah malam Khamis kepada netizen yang memfitnah di media sosial supaya menarik balik kenyataan.
37 rakyat Palestin maut akibat bedilan udara Israel
Sekurang-kurangnya 37 warga Palestin terbunuh dalam siri serangan udara tentera Israel pada pagi Khamis, yang menyasarkan pengiring trak bantuan serta rumah-rumah yang menempatkan pelarian di seluruh Semenanjung Gaza. Menurut sumber perubatan, serangan udara di kawasan barat Rafah dan Khan Younis di selatan Gaza meragut nyawa 15 rakyat Palestin, manakala 30 lagi dilaporkan cedera.
Seorang maut selepas pangsapuri mewah di Shenzhen terbakar
Kebakaran melibatkan sebuah pangsapuri mewah di tengah Shenzhen, Selatan China mengorbankan seorang individu. Asap tebal dilihat menyelubungi udara dan mencetuskan kegusaran orang ramai yang melihat kejadian itu berlaku.
Tentera Israel berundur dari Khiam, Marjayoun
Komando Pusat Amerika Syarikat (CENTCOM) pada Rabu mengesahkan tentera Israel berundur dari bandar di selatan Lubnan, sekali gus menjadi pengunduran pertama tentera rejim di bawah perjanjian genjatan senjata antara kedua negara.
PM Anwar ingatkan AI tidak menyebabkan kehilangan pekerjaan
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim mengingatkan, penggunaan AI tidak akan menyebabkan kehilangan pekerjaan.
Hampir 300,000 hilang kerja sejak 2020, sektor pembuatan tertinggi
Sebanyak 293,639 individu kehilangan pekerjaan dari tempoh 2020 hingga 27 September lalu.
Gaza hilang 66 peratus pekerjaan
Gaza kehilangan hampir 66 peratus pekerjaan sejak konflik Israel-Hamas tercetus pada 7 Okt, menurut data Pertubuhan Buruh Antarabangsa (ILO) dan Biro Statistik Pusat Palestin (PCBS) pada Rabu.
4.5 juta rakyat Malaysia mungkin hilang pekerjaan jika tidak tingkat kemahiran
Seramai 4.5 juta rakyat Malaysia berkemungkinan hilang pekerjaan menjelang 2030, sekiranya mereka tidak meningkatkan kemahiran (reskilling) dan melaksanakan latihan semula (upskilling).
Peralihan kepada agenda hijau perlu berperingkat, elak hilang kerja - Tengku Zafrul
Peralihan kepada agenda hijau perlu dilaksanakan secara berperingkat kerana perubahan secara pesat berpotensi membawa kesan limpahan negatif seperti kehilangan pekerjaan, kata Tengku Zafrul.
Penjaja di lampu isyarat muncul kembali
Pemandu mempunyai titik buta yang menyukarkan mereka mengesan kehadiran penjaja, sekali gus membahayakan golongan tersebut yang terdedah kepada risiko kemalangan.
3,643 orang hilang pekerjaan di Perak sejak Mac 2020
Ia ekoran penutupan beberapa sektor seperti perkilangan, perkhidmatan dan perhotelan akibat pandemik COVID-19.
Sektor pelancongan: Lebih ramai wanita terkesan akibat COVID-19 - Nancy
Lebih ramai pekerja wanita dalam sektor pelancongan di seluruh dunia kehilangan pekerjaan akibat COVID-19 berbanding lelaki.
Jumlah individu hilang pekerjaan antara fokus Dewan Rakyat hari ini
Perkara itu akan diajukan Su Keong Siong (PH-Kampar) kepada Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya.
70,000 rakyat selatan Thailand hilang kerja di Malaysia akibat COVID-19
Jumlah itu termasuk mereka yang terlibat dalam perniagaan dan industri pelancongan, seperti tukang urut dan pekerja restoran.