awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Amerika akan dijatuhkan sendiri oleh tindakan Trump - Mat Sabu
Tokoh politik Britain kagum semangat Malaysia sentiasa sokong perjuangan Palestin
Protes sokong rakyat Iran berlangsung di London, Paris dan Istanbul
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Lebih 40,000 pelajar pedalaman manfaat MyRailLife, bergantung kepada tren KTMB

Bernama
Bernama
11/01/2026
07:50 MYT
Lebih 40,000 pelajar pedalaman manfaat MyRailLife, bergantung kepada tren KTMB
Penduduk di pedalaman bergantung kepada perkhidmatan tren, khususnya bagi kawasan yang tidak mempunyai akses rangkaian lebuh raya sepenuhnya. - Gambar/ Bernama
KUALA KRAI: Sebanyak 43,464 pendaftaran meliputi 41,641 pelajar dan 1,823 golongan Orang Kurang Upaya (OKU) terhadap Program MyRailLife dilaksanakan Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB) setakat tahun lepas.

Ringkasan AI
  • Program MyRailLife KTMB telah menerima 43,464 pendaftaran, termasuk 41,641 pelajar dan 1,823 golongan OKU pada tahun lepas, menunjukkan kebergantungan tinggi komuniti pedalaman terhadap perkhidmatan tren.
  • KTMB melaksanakan Program 'KTMB Santuni Pelajar Wilayah Pantai Timur' dengan edaran cenderahati kepada kira-kira 150 pelajar, sebagai galakan moral bagi memulakan sesi baharu persekolahan, menjadikan MyRailLife penting dalam memastikan akses pendidikan tidak terjejas di kawasan seperti Dabong, Kuala Gris, Bukit Abu, Ulu Temiang, dan Manek Urai.
  • KTMB memperkenalkan dua perkhidmatan baharu SH untuk laluan Gemas-Kuala Lipis serta menyasarkan peningkatan jumlah penumpang bagi tahun 2026, menunjukkan komitmen untuk menjadi nadi pengangkutan rakyat serta menyokong pembangunan sosial dan kesejahteraan komuniti di kawasan luar bandar dan pedalaman.

Pemangku Pengurus Besar Perkhidmatan ETS dan Antarabandar Mohd Azhar Abu Bakar berkata jumlah itu menggambarkan kebergantungan tinggi komuniti pedalaman terhadap perkhidmatan tren, khususnya bagi kawasan yang tidak mempunyai akses rangkaian lebuh raya sepenuhnya.
"Sehubungan dengan itu, KTMB meneruskan inisiatif menyantuni pelajar melalui Program 'KTMB Santuni Pelajar Wilayah Pantai Timur' sempena hari pertama sesi persekolahan 2026, bermula di Stesen Kuala Gris dengan edaran cenderahati kepada pelajar yang menaiki Perkhidmatan Shuttle Timuran (SH) SH51 ke Dabong.
"Edaran turut dilakukan di dalam tren dari Bukit Abu, Ulu Temiang dan Manek Urai sehingga ke Stesen Dabong, melibatkan kira-kira 150 pelajar, sebagai galakan moral bagi memulakan sesi baharu persekolahan," katanya.
Mohd Azhar berkata MyRailLife memainkan peranan penting dalam memastikan akses pendidikan tidak terjejas, terutama di kawasan pedalaman seperti Dabong, Kuala Gris, Bukit Abu, Ulu Temiang dan Manek Urai.
"Bagi penduduk di kawasan ini, tren bukan sekadar kemudahan pengangkutan, malah menjadi sebahagian daripada rentak kehidupan harian. Ada yang sanggup bangun seawal 4 pagi untuk memastikan mereka tidak terlepas jadual tren," katanya di sini, hari ini.
Mohd Azhar berkata inisiatif itu juga selari dengan pengumuman kerajaan menerusi Belanjawan 2026 berkaitan pelaksanaan tambang percuma untuk kanak-kanak berumur enam tahun ke bawah berkuat kuasa 1 Jan lepas.
Dalam pada itu, dua perkhidmatan baharu SH bagi laluan Gemas-Kuala Lipis turut diperkenalkan mulai 1 Jan, menjadikan enam perkhidmatan sehari bagi laluan berkenaan, sekali gus meningkatkan pilihan perjalanan untuk penumpang di Pantai Timur.
Pada 2025, perkhidmatan SH merekodkan 395,163 penumpang manakala Ekspres Rakyat Timuran (ERT) mencatatkan 666,121 penumpang. Bagi 2026, KTMB menyasarkan peningkatan kepada 687,214 penumpang bagi SH dan 368,875 penumpang bagi ERT.
"KTMB komited untuk terus menjadi nadi pengangkutan rakyat, bukan sahaja menghubungkan destinasi tetapi menyokong pembangunan sosial serta kesejahteraan komuniti di kawasan luar bandar dan pedalaman," katanya.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#myraillife
#KTMB
#pelajar pedalaman
#Dabong
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan