MALAYSIA
Lebih 40 hilang selepas bot terbalik di Nigeria

Lebih 40 orang dilaporkan hilang selepas sebuah bot yang membawa sekurang-kurangnya 50 penumpang terbalik di negeri Sokoto, barat laut Nigeria.
ISTANBUL: Lebih 40 orang dilaporkan hilang selepas sebuah bot yang membawa sekurang-kurangnya 50 penumpang terbalik di negeri Sokoto, barat laut Nigeria, lapor Anadolu Ajansi (AA) memetik kenyataan agensi kecemasan negara itu pada Ahad.
"Kira-kira 10 orang berjaya diselamatkan, manakala lebih 40 lagi penumpang masih hilang," kata Agensi Pengurusan Kecemasan Negara (NEMA) dalam satu kenyataan.
Bot berkenaan dilaporkan dalam perjalanan menuju ke Pasar Goronyo sebelum terbalik.
Ketua Pengarah NEMA, Zubaida Umar berkata, agensi itu melancarkan tindak balas segera sebaik menerima laporan awal mengenai kejadian.Pejabat operasi NEMA di Sokoto dengan kerjasama pihak berkuasa tempatan dan perkhidmatan kecemasan memperhebatkan usaha mencari dan menyelamat bagi mengesan penumpang yang masih hilang.
"Agensi ini memberi jaminan kepada orang ramai mengenai komitmen untuk menyelamatkan nyawa, menyediakan maklumat terkini tepat pada masanya serta menyelaras segala sokongan yang diperlukan bagi keluarga mangsa terlibat," menurut kenyataan itu.
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami