KUALA LUMPUR: Lebih 400,000 kes jangkitan COVID-19 melibatkan individu bawah 18 tahun direkodkan tahun ini, meningkat daripada sekitar 12,000 pada tahun lepas.
Menteri Kesihatan Khairy Jamaluddin berkata daripada jumlah tersebut, sebanyak 252,569 adalah murid sekolah manakala 42,831 lagi melibatkan kanak-kanak prasekolah dan lebih membimbangkan 67 kes kematian telah dicatatkan tahun ini.
"Adalah tanggungjawab kita bersama untuk memastikan anak-anak terhindar daripada COVID-19 dengan memastikan persekitaran selamat buat mereka termasuk mengambil langkah pencegahan dan perlindungan sewajarnya," katanya dalam ucaptama sempena Webinar Hidup Bersama-sama Virus COVID-19 : Kanak-kanak dan Remaja hari ni.
Khairy berkata bagi melindungi remaja berumur 12 hingga 17 tahun, kerajaan telah melaksanakan vaksinasi kepada golongan itu sebagai satu ikhtiar untuk melindungi mereka daripada COVID-19.
Berdasarkan perincian portal COVIDNOW hari ini, Kementerian Kesihatan (KKM) memaklumkan 43 peratus atau 1,352,870 remaja telah menerima sekurang-kurangnya satu dos vaksin COVID-19 setakat semalam.
Khairy berkata walaupun vaksinasi memberikan perlindungan daripada kesan buruk COVID-19, tetapi ia belum mencukupi, sebaliknya pembudayaan amalan normal baharu perlu terus dipraktik bagi mengelakkan risiko jangkitan.
"Antara yang perlu kita amal dan terapkan kepada anak-anak termasuk memakai pelitup muka sepanjang masa; membasuh tangan dengan sabun atau menggunakan pensanitasi tangan; tidak hadir ke sekolah jika bergejala atau mempunyai kontak positif COVID-19 dan melakukan saringan di pintu masuk sekolah," katanya.
Beliau berkata usaha itu juga adalah satu persiapan dan persediaan warga sekolah serta ibu bapa untuk anak-anak mereka yang akan memulakan sesi persekolahan tidak lama lagi.
Khairy berkata ibu bapa perlu memberikan sokongan dan galakan kepada anak-anak untuk mematuhi prosedur operasi standard (SOP) sama ada mereka telah divaksin atau tidak selain membudayakan cara hidup sihat antaranya dengan mempraktikkan hidup aktif, makan secara sihat dan selamat serta menjauhi amalan merokok.
"Kesihatan rakyat bergantung kepada kerjasama semua pihak... dalam berhadapan dengan COVID-19 tiada seorang pun yang selamat daripada jangkitan, sehingga setiap orang selamat," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Thu Sep 30 2021
Khairy berkata, walaupun vaksinasi memberi perlindungan daripada kesan buruk COVID-19, ia belum mencukupi, sebaliknya pembudayaan amalan normal baharu perlu terus dipraktik. - Gambar fail
TH jangka mula keluar surat tawaran haji Isnin ini
Lembaga Tabung Haji (TH) dijangka mula mengeluarkan surat tawaran untuk menunaikan ibadah haji bagi tahun 2025/1446 Hijrah pada Isnin ini.
Kerajaan terus perkasa TVET, penuhi keperluan industri & teknologi – TPM
Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi berkata, TVET bukan saja membuka peluang kerjaya, malah menjadi pemangkin kepada pembangunan negara.
Warga emas guna PPR sebagai lokasi transit PATI
Seorang lelaki berusia 62 tahun ditahan oleh Jabatan Imigresen Malaysia Negeri Kedah selepas menyimpan 22 PATI warga Myanmar di rumah Projek Perumahan Rakyat (PPR) miliknya di Kuala Nerang, Kedah sebelum dihantar ke ejen pekerjaan di Pulau Pinang.
Nilai ringgit kukuh, inflasi terkawal petanda positif lonjakan pertumbuhan negara
Nilai Ringgit yang kembali pulih, inflasi kekal terkawal serta kadar pengangguran kekal rendah merupakan antara petanda positif yang akan melonjakkan keyakinan terhadap pertumbuhan ekonomi negara.
Zon khas untuk jual barangan tanpa subsidi bakal diperkenal
Kerajaan bakal memperkenal zon khas di kawasan sempadan untuk penjualan barangan tanpa subsidi bagi menangani aktiviti penyeludupan dan ketirisan barang kawalan.
Jenazah bayi ditahan: Laporan KKM siap selewat-lewatnya minggu depan
Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr Dzukelfy Ahmad memohon orang ramai memberi ruang kepada siasatan, ekoran keunikan kes tersebut.
[TERKINI] Polis rakam keterangan empat individu, jenazah bayi dalam peti sejuk
Polis merakam keterangan empat individu pada Jumaat, berhubung kes jenazah bayi lelaki disimpan dalam peti sejuk di sebuah hospital swasta di Klang.
AWANI Ringkas: Spekulasi Tengku Zafrul tinggalkan UMNO
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Karnival M6 jambatani komuniti e-sukan dengan khalayak umum
Sempena Kejohanan Antarabangsa Mobile Legends: Bang Bang (MLBB) M6 di mana Malaysia menjadi tuan rumah buat kali kedua.
Kos haji meningkat atau kekal diumum pada Isnin
Pengumuman kos bagi mengerjakan haji bagi tahun hadapan akan dibuat pada Isnin sekali gus menjawab persoalan sama ada berlaku peningkatan atau kos dikekalkan.
KJ pernah cadang Najib ambil tindakan terhadap Jho Low
Najib bagaimanapun enggan berbuat demikian dengan alasan Jho Low merupakan seorang ahli perniagaan yang sah dan berjaya.
KJ tepati ramalan rangkul anugerah Penyampai Radio Popular
Khairy atau KJ menewaskan penyampai lebih senior seperti Sharifah Shahirah, Haiza, Tyzo dan DJ Sonic.
Hampir 5,000 peserta ketepi fahaman politik sertai Larian Keluarga Malaysia
LKM mungkin jadi acara tahunan kerana dapat penyertaan menggalakkan dan ia membantu YKM meraih dana untuk menjaga ribuan anak yatim.
Pas perlu lupakan Muafakat Nasional, tumpu strategi baharu - Khairy
Khairy Jamaluddin sarankan Pas fokus strategi baharu dan tidak lagi bergantung pada Muafakat Nasional yang dianggap tidak relevan.
Kalau nak jadi PM, KJ perlu ikut keberanian Anwar ‘lawan’ AS - Zaid
Anwar sedar risiko yang dihadapinya jika 'melawan' AS tapi itulah jalan untuk menjadi pemimpin Islam terkemuka kerana Malaysia hanyalah sebuah negara kecil yang tiada suara besar di pentas dunia.
KJ tak dapat sertai, Syed Saddiq tamat larian KBHM 1 jam 46 minit
Ahli Parlimen Muar, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman berjaya menamatkan larian Kota Bharu Half Marathon (KBHM) di sini pada Sabtu.
Khairy, Syed Saddiq sertai Kota Bharu Half Marathon 2024
Khairy Jamaluddin dan Syed Saddiq Syed Abdul Rahman antara 2,055 peserta yang bakal memeriahkan Kota Bharu Half Marathon (KBHM) 2024 Sabtu ini.
Khairy selar tindakan Speaker gantung Wan Ahmad Fayshal
Khairy Jamaluddin menyelar tindakan kerajaan menggantung Ahli Parlimen Machang, Wan Ahmad Fayhsal selama enam bulan.
Laporan Ketua Audit Negara ada kelemahan, penemuan tak tepat - Khairy
Khairy berkata terdapat juga laporan LKAN yang ditulis berjela-jela sehingga memberi persepsi seolah-olah sesuatu sumber itu dibazirkan.
IMD: Pertama kali di kedudukan lebih rendah berbanding Thailand, Indonesia
Khairy Jamaluddin berkata, pengumuman mengenai ranking itu merupakan satu berita kurang baik untuk negara dan kerajaan.