awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Seorang maut akibat virus Nipah di Bangladesh - WHO
Sivasangari mara ke suku akhir Terbuka Windy City
Pentagon tamatkan program latihan dan felo dengan Harvard, kata Hegseth
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Lebih 40,000 penjawat awam alami isu kesihatan psikologi - KP Perkhidmatan Awam

Bernama
Bernama
01/10/2024
13:13 MYT
Lebih 40,000 penjawat awam alami isu kesihatan psikologi - KP Perkhidmatan Awam
Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam (KPPA) Tan Sri Wan Ahmad Dahlan Abdul Aziz berucap pada Majlis Peluncuran Persidangan Antarabangsa Kesejahteraan Psikologi 2024 (ICOPW2024), hari ini. - Foto BERNAMA
KUCHING: Lebih 40,000 penjawat awam di negara ini berisiko tinggi mengalami isu kesihatan psikologi yang memerlukan intervensi segera bagi mengelakkan daripada menghidapi kecelaruan mental, kata Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam Tan Sri Wan Ahmad Dahlan Abdul Aziz.
Beliau berkata hal ini berdasarkan kajian yang dibuat melalui Sistem Profiling Digital Kesihatan Psikologi Pegawai Perkhidmatan Awam (MyPsyD) yang diwujudkan sejak 1 Mac lepas sebagai antara inisiatif terkini kerajaan untuk meningkatkan program pencegahan tingkah laku berisiko.
"Ia (kajian) melibatkan hampir satu juta penjawat awam yang telah berjaya melengkapkan profil MyPsyD itu," katanya ketika berucap pada Majlis Peluncuran Persidangan Antarabangsa Kesejahteraan Psikologi 2024 (ICOPW2024) di sini hari ini.
Wan Ahmad Dahlan berkata profil MyPsyD ini penting kerana ia bertindak sebagai indikator individu dan organisasi supaya lebih cakna dalam merangka strategi melalui pembangunan kendiri, pencegahan dan intervensi bagi melestarikan kesejahteraan pegawai awam dan kekal berhemah dalam memberikan perkhidmatan.
Selain itu katanya, keputusan kajian Indeks Kesejahteraan Psikologi Malaysia (IKPM) yang dijalankan dalam perkhidmatan awam menunjukkan bahawa kesejahteraan psikologi penjawat awam masih lagi pada tahap sederhana.
Wan Ahmad Dahlan berkata keutamaan terhadap kesihatan mental sememangnya menjadi agenda kerajaan dalam memastikan mental dan fizikal yang sihat, seterusnya menyokong kepada peningkatan produktiviti penjawat awam ke tahap optimum.
Beliau berkata hal ini seiring dengan hasrat Ketua Setiausaha Negara Tan Sri Shamsul Azri Abu Bakar untuk mewujudkan Garis Panduan Pembudayaan Keseronokan Bekerja Perkhidmatan Awam selaras dengan Budaya Keseronokan Bekerja sebagai Strategi Keberhasilan Reformasi 4 (SKR4) dalam Agenda Reformasi Perkhidmatan Awam 2024-2030.
"Keseronokan di tempat kerja akan membantu pekerja melakukan tugas mereka dengan cekap dan seterusnya meningkatkan prestasi organisasi," katanya.
Beliau berkata ICOPW2024 diharap dapat menjadi platform terbaik bagi penjawat awam dan rakyat dalam menyokong agenda Rancangan Malaysia Ke-12, Rukun MADANI dan Ekonomi MADANI untuk membina kesejahteraan serta mencapai Matlamat Pembangunan Mampan 3: Kesihatan dan Kesejahteraan Baik.
"Persidangan ini akan dapat membentuk landskap kesihatan mental yang lebih baik, bahkan juga diharap dapat memberi sumbangan yang signifikan ke arah melahirkan penjawat awam yang cemerlang, prihatin dan seimbang dari aspek psikologi dan spiritual," katanya.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#penjawat awam
#isu kesihatan psikologi
#kesihatan mental
#Wan Ahmad Dahlan Abdul Aziz
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan