MELAKA: Lebih 5,000 peluang pekerjaan ditawarkan pada Karnival Kerjaya Jamin Kerja Keluarga Malaysia 2022 Negeri Melaka sempena Jelajah Aspirasi Keluarga Malaysia (JAKM) yang akan berlangsung di Pusat Dagangan Antarabangsa Melaka (MITC) selama tiga hari bermula 14 Okt depan.
Exco Perpaduan, Penerangan, Sumber Manusia dan Hal Ehwal Pengguna negeri Ngwe Hee Sem berkata peluang pekerjaan berkenaan meliputi pelbagai sektor termasuk bioteknologi melibatkan lebih 30 majikan dari dalam dan luar Melaka.
"Kita menyasarkan 15,000 pengunjung termasuk pencari kerja hadir sepanjang tiga hari karnival kerjaya berkenaan berlangsung, dan sesi temu duga terbuka disediakan kepada semua pencari kerja di dalam dan luar Melaka.
"Karnival kerjaya ini juga merupakan satu platform terbaik buat graduan untuk mencari kerja yang bersesuaian dengan kelayakan mereka," katanya kepada pemberita di sini pada Selasa.
Beliau berkata demikian selepas Program Pertubuhan Keselamatan Sosial (Perkeso) Mendekati Media dan Inisiatif Skim Keselamatan Sosial Pekerjaan Sendiri (SKSPS) Kepada Media Berstatus Pemberita Sambilan di Melaka yang turut dihadiri Pengarah Perkeso negeri Abd Razak Omar.
Ngwe berkata elaun mencari pekerjaan berjumlah RM300 sebulan akan turut diberikan kepada pencari kerja terlibat dalam tempoh tiga bulan berdasarkan syarat kelayakan ditetapkan, selain elaun persediaan bekerja RM400 sekiranya pemohon mendapat pekerjaan dalam tempoh empat bulan dari tarikh permohonan dibuat.
"Antara syaratnya ialah pencari kerja berkenaan merupakan individu yang belum berdaftar atau tidak aktif mencarum dengan Perkeso mulai 1 Jun tahun lepas terutama graduan baharu, lepasan sekolah dan pekerja tidak formal yang terkesan akibat penularan COVID-19.
"Individu berkenaan mestilah berusia 18 tahun dan tidak melebihi 60 tahun pada tarikh permohonan. Elaun diberikan sebagai bantuan kewangan bagi meringankan beban pencari kerja selain memberi motivasi kepada mereka untuk mencari pekerjaan," katanya.
Terdahulu pada program berkenaan, 30 pengamal media berstatus pemberita sambilan di Melaka menerima caruman Perkeso secara percuma selama setahun bernilai RM6,984.
Caruman bernilai RM232.80 setahun bagi setiap pemberita sambilan di bawah SKSPS itu dibiayai sepenuhnya Ngwe bagi memastikan golongan berkenaan mendapat perlindungan Perkeso selain menggalakkan mereka mencarum insurans berkenaan.
Di bawah perlindungan berkenaan, pemberita sambilan itu mendapat pelbagai manfaat seperti faedah perubatan, hilang upaya sementara dan hilang upaya kekal, faedah orang tanggungan serta pengurusan mayat.
-- BERNAMA
Bernama
Tue Sep 27 2022

Lebih 5,000 peluang pekerjaan ditawarkan pada Karnival Kerjaya Jamin Kerja Keluarga Malaysia 2022 Negeri Melaka sempena Jelajah Aspirasi Keluarga Malaysia. - Foto BERNAMA

Penduduk kampung redah air 3km dapatkan bekalan makanan
Penduduk Kampung Baru Jemari, di sini terpaksa meredah air sejauh tiga kilometer untuk mendapatkan bekalan makanan selepas jalan utama di kampung berkenaan ditenggelami air sejak semalam.

Nurul Izzah dilantik Penasihat Kanan Ekonomi dan Kewangan PM
Beliau mendedahkan peranan beliau sebagai Penasihat Kanan kepada Perdana Menteri yang juga ayahnya berkuat kuasa 3 Januari lalu.

Jokowi optimis ASEAN kekal relevan meski berdepan krisis global
Tidak mudah bagi Indonesia selaku Pengerusi ASEAN tahun ini berikutan krisis ekonomi, tenaga, makanan dan perang sedang melanda dunia.

Pantau Kerajaan Baharu: Malaysia wajah kesederhanaan Islam global
Pantau Kerajaan Baharu bersama dengan Ketua Pegawai Eksekutif Global Peace Mission (GPM) Malaysia, Ahmad Fahmi Mohd Samsudin bagi membincangkan topik Malaysia wajah kesederhanaan Islam global

KPDN akan bertemu syarikat telekomunikasi bincang kualiti perkhidmatan
KPDN kerap menerima aduan daripada pengguna mengenai kesukaran mendapatkan akses capaian Internet dan gangguan talian tetap.

Dialog lakonan didakwa 'menghina' wanita, Maszlee mohon maaf
Maszlee Malik memohon maaf khususnya kepada golongan wanita susulan penggunaan dialog kasar dan tidak bersesuaian dalam siri drama Kudeta.

Hasrat PM supaya cetak, edar satu juta al-Quran akan disegerakan - Mohd Na'im
Bagi tujuan itu, Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) dan Yayasan Dakwah Islam Malaysia (Yadim) akan mengadakan perbincangan.

Politik Sabah | Hajiji bakal ketuai Parti Gagasan Rakyat Sabah
Datuk Seri Hajiji Noor mengumumkan akan mengetuai sebuah parti yang dikenali sebagai Parti Gagasan Rakyat Sabah (Gagasan Rakyat). Ketua Menteri yang juga Pengerusi Gabungan Rakyat Sabah (GRS) itu berkata Gagasan Rakyat akan digunakan untuk meneruskan perjuangan sebagai parti tempatan di Sabah.

Cadangan Terima KJ | Ambil kira ‘perasaan’ semua pihak - Naib Presiden PKR
Cadangan penyertaan bekas Ketua Pemuda UMNO, Khairy Jamaluddin untuk bersama Pakatan Harapan (PH) hanya akan diputuskan kepimpinan Majlis Presiden PH. Naib Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Aminuddin Harun berkata perkara itu harus dinilai secara teliti dengan mengambil kira hubungan antara parti politik yang membentuk Kerajaan Perpaduan.

Bakar Al-Quran | Kerjasama semua agensi selaras pengedaran sejuta al-Quran
Semua agensi berkaitan akan bekerjasama bagi menyelaraskan pengedaran satu juta al-Quran sebagai tindakan balas terhadap insiden membakar naskah al-Quran di Sweden. Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Mohd Na'im Mokhtar, ia susulan pengumuman Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim semalam, yang melihat ia cara paling praktikal untuk menjawab kebiadaban yang dilakukan terhadap kitab suci umat Islam itu.

Melaka sasar tiga projek usaha sama, pastikan anak syarikat capai keuntungan 20 peratus
Kerajaan Melaka menyasarkan sekurang-kurangnya tiga projek usaha sama dilaksanakan anak syarikat di bawahnya dengan kerjasama rakan kongsi perniagaan baharu dalam tempoh lima tahun.

Jelajah Aspirasi Keluarga Malaysia bermula di Melaka hari ini
Karnival selama tiga hari itu, menggunakan pendekatan informatif dan interaktif untuk menarik kedatangan ramai pengunjung.

Polis Melaka tutup satu laluan sempena Jelajah AKM
Penutupan jalan itu hanya membabitkan bulatan MITC menghala ke laluan masuk Hotel MITC bermula 8 pagi esok hingga 6 petang 16 Okt.

Lebih 5,000 peluang pekerjaan ditawar pada karnival kerjaya jamin kerja
Peluang pekerjaan berkenaan meliputi pelbagai sektor termasuk bioteknologi melibatkan lebih 30 majikan dari dalam dan luar Melaka.

Kejuaraan Pencak Silat Dunia: Malaysia rangkul tiga emas
Malaysia merangkul tiga pingat emas menerusi Kategori Artistik pada Kejuaraan Pencak Silat Dunia 2022, yang berlangsung di Pusat Dagangan Antarabangsa Melaka (MITC).

Semangat Mat Kilau iringi Kejuaraan Pencak Silat Dunia
Dewan MITC gegak gempita dengan sorakan semangat lebih 500 peserta dari 40 negara yang mengambil bahagian.

Melaka tuan rumah Kejohanan Silat Dunia Julai depan
Melaka dipilih sebagai tuan rumah Kejohanan Silat Dunia 2022 yang dijadual berlangsung pada 21 hingga 29 Julai di Pusat Dagangan Antarabangsa Melaka (MITC), Ayer Keroh.

Pelancong Singapura menginap di Hotel MITC berpeluang dapat diskaun sewa hotel
Pemotongan harga bilik yang disewa diberikan dalam usaha menarik lebih ramai pelancong dari republik itu.

Wisma Persekutuan Melaka ditutup untuk sanitasi, saringan COVID-19
Wisma Persekutuan yang turut menempatkan Jabatan Kesihatan Negeri Melaka, merekodkan 28 kes positif COVID-19 setakat 30 Jun.

Lebih dua dekad terpisah, rakan baik akhirnya bertemu semula di PKRC
Disahkan positif COVID-19 nyata memberi kesan mendalam sehingga menimbulkan pergolakan emosi kepada setiap individu yang mengalaminya.