awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Kajian semakan, pembaharuan undang-undang maritim dilaksana secara berperingkat
DJ Dave kekal bersemangat menyumbang kepada dunia seni
Pengeluaran air mata berlebihan mungkin tanda saluran air mata tersumbat
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Lebih 50 peratus pengagihan kerusi PRU15 dalam PN selesai

Nur Fazlizai Ali
Nur Fazlizai Ali
14/08/2020
08:47 MYT
Lebih 50 peratus pengagihan kerusi PRU15 dalam PN selesai
Menurut Abdul Hadi, pembahagian kerusi dilakukan secara berperingkat dan sebahagian negeri telah memulakan proses pengagihan tersebut. - Gambar fail
Lebih 50 peratus pengagihan kerusi membabitkan parti komponen dalam Perikatan Nasional bagi menghadapi Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) telah selesai.
Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang berkata, pembahagian kerusi itu dilakukan secara berperingkat dan sebahagian negeri telah memulakan proses pengagihan tersebut.
Ahli Parlimen Marang itu berkata, bagaimanapun calon dan kawasan masih belum dikenal pasti.
"Kita tidak boleh tetap tarikh lagi. Kita tetapkan peringkat demi peringkat. Saya rasa sudah 50 peratus, lebih 50 peratus. Calon belum dikenal pasti lagi, kawasan belum juga lagi. Kita nak pastikan menang seberapa banyak kerusi," katanya kepada media di sini pada Jumaat.
BACA: Perikatan Nasional sedia hadapi PRU bila-bila masa - Presiden Pas
Ditanya mengenai logo yang akan digunakan kelak, Abdul Hadi menjelaskan, pihaknya memberi tumouan pada pengagihan kerusi terlebih dahulu sebelum beralih kepada logo yang akan digunakan nanti.
Katanya, perkara itu juga akan dilihat menerusi persetujuan Muafakat Nasional serta Perikatan Nasional.
Jelasnya, setakat ini tiada perbincangan dibuat berhubung penggunaan logo itu dilakukan memandangkan PRU belum ditetapkan lagi.
Sebelum ini, sayap pergerakan Pemuda UMNO mencadangkan agar logo Barisan Nasional (BN) digunakan sebagai lambang rasmi sewaktu pilihan raya umum akan datang.
Ketuanya, Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki berkata, cadangan itu turut dipanjangkan kepada parti yang bukan komponen BN secara rasmi iaitu Pas dan parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu).
Topic Berkaitan
#Abdul Hadi Awang
#Asyraf Wajdi Dusuki
#Barisan Nasional
#calon
#Malaysia
#Media
#Parlimen
#PAS
#pemuda
#Pemuda UMNO
#pilihan raya
#pilihan raya umum
#PPBM
#presiden
#PRU
#UMNO
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan