MALAYSIA
Lebih 6,000 komuniti motosikal berkuasa tinggi sertai 'Unite 4 Gempa Bumi' sempena Hari Kebangsaan

Program tersebut dengan kerjasama 32 buah kelab motosikal berkuasa tinggi dari seluruh negara berjaya menarik kehadiran lebih 10,000 pengunjung - Foto Violent Storm MG
KUALA LUMPUR: Deruman lebih 6,000 enjin motosikal berkuasa tinggi menggegarkan Taman Ekspo Pertanian Malaysi (MAEPS), Serdang semalam sempena penganjuran program Unite 4 Gempa Bumi yang julung kali diadakan bersempena sambutan Hari Kebangsaan ke-68.
Ringkasan AI
- Lebih 6,000 motosikal berkuasa tinggi gegarkan MAEPS, Serdang sempena program Unite 4 Gempa Bumi bersempena Hari Kebangsaan ke-68, anjuran Violent Storm MG bersama 32 kelab motosikal.
- Program bertujuan menyatukan peminat motosikal dalam semangat patriotisme dan jati diri, serta menampilkan sisi positif komuniti permotoran yang sering disalah anggap.
- Acara dua hari itu menarik lebih 10,000 pengunjung dengan pelbagai pengisian termasuk pameran, forum, persembahan budaya dan cabutan bertuah bernilai RM15,000.
“Matlamat dan juga harapan kami adalah untuk menyatu padukan semua kelab motosikal tempatan yang mempunyai semangat cintakan negara dan patriotik serta jati diri yang tinggi terhadap budaya dan bangsa kita.
"Sebab itu kita amat gembira kerana turut mendapat penyertaan dari Indonesia, Singapura dan Thailand yang turut memberikan sokongan mereka terhadap program ini, alhamdulillah program ini sangat menarik dan kita telah berjaya mengumpul hampir 6,000 buah motosikal selama dua hari ini di sini,” katanya dalam satu kenyataan pada Isnin.
Menurut Nazatul, program tersebut berjaya menarik kehadiran lebih 10,000 pengunjung, dengan acara bermula seawal jam 11 pagi dan berakhir pada 12 tengah malam.
Antara pengisian menarik yang disediakan termasuk reruai pameran, forum diskusi motosikal, persembahan kebudayaan serta cabutan bertuah dengan hadiah melebihi RM15,000.
Sementara itu, Ketua Kelab Motosikal Skyhawk Malaysia, Muhamad Irwan Muhamad Mustafa menyifatkan program tersebut sebagai platform terbaik untuk merapatkan ukhuwah sambil meraikan Hari Kebangsaan dengan penuh semangat patriotik.
“Saya rasa program ini amat baik, kami berkumpul kerana berkongsi minat yang sama. Saya berharap pada tahun hadapan program ini dapat dianjurkan lagi,” tambahnya.

Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami