awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
JKSB terima dua pengiktirafan MBOR untuk sistem Pengurusan Trafik AI Pintar
Agong lawat dua pusat pembuatan pertahanan teknologi canggih di Abu Dhabi
Peniaga di destinasi pelancongan diingatkan tidak naikkan harga, tipu sukatan
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Lebih 600,000 rakyat Johor dapat manfaat program Jualan Rahmah

Bernama
Bernama
25/08/2023
10:03 MYT
Lebih 600,000 rakyat Johor dapat manfaat program Jualan Rahmah
Timbalan Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup Fuziah Salleh berkata program itu turut meliputi jualan secara dalam premis, luar premis dan Jualan Rahmah Bergerak #KedaiCariRakyat di 255 lokasi. - Foto Facebook/UKK KPDN
JOHOR BAHRU: Pelaksanaan program Jualan Rahmah dilihat memberi kesan positif dalam meringankan kos sara hidup rakyat dan telah memberi manfaat kepada lebih 600,000 pengguna dengan rekod jualan melebihi RM13 juta, di negeri ini.
Timbalan Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup Fuziah Salleh berkata program itu turut meliputi jualan secara dalam premis, luar premis dan Jualan Rahmah Bergerak #KedaiCariRakyat di 255 lokasi, membabitkan 26 kawasan Parlimen dan 56 Dewan Undangan Negeri.
Beliau pada masa sama menggalakkan lebih ramai pemain industri terutamanya pasar raya agar dapat bersama-sama menjayakan aspirasi ini dalam mengurangkan tekanan terhadap kos sara hidup rakyat.
"Kementerian juga berharap usaha seumpama ini dapat memberi impak yang positif bukan sahaja kepada kemaslahatan rakyat Johor, malah kepada seluruh rakyat Malaysia bagi menjamin kelestarian aspek keterjaminan makanan," katanya dalam satu kenyataan, hari ini.
Terdahulu, beliau merasmikan Program Jelajah Jualan Rahmah dan Penyerahan Bakul Rahmah di Sungai Abong, Simpang Jeram, Muar, hari ini.
Program Jualan Rahmah menawarkan sehingga 36 jenis barang keperluan harian yang terdiri daripada barangan kering dan basah seperti telur, minyak masak, tepung, gula, bawang, milo, ikan bilis dan beras, dengan harga yang ditawarkan 10 hingga 30 peratus lebih murah berbanding harga pasaran.
Fuziah berkata bagi Jualan Rahmah Bergerak pula, kelebihan pelaksanaan ini lebih mobilisasi dengan konsep 'Kedai Cari Rakyat' dan mampu dilaksanakan di 575 lokasi berbeza di seluruh negara.
"Bagi Program Jualan Rahmah Bergerak di Johor, ia telah dilaksanakan di 26 lokasi berbeza untuk membantu masyarakat luar bandar memperoleh bekalan barangan keperluan asas dengan lebih mudah," katanya.
Untuk rekod, sehingga 18 Ogos lepas, hampir 100,000 ribu Bakul Rahmah telah diagihkan kepada golongan yang memerlukan di seluruh negara tanpa mengira kaum, bangsa dan agama secara tanggungjawab sosial korporat (CSR), tanpa sebarang peruntukan daripada kerajaan.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Jualan Rahmah
#Johor
#Fuziah Salleh
#kpdn
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan