awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Rusuhan di Pasar Awam Melor, 12 individu ditahan - Polis
PM Anwar tekad perkukuh, percepat agenda pembangunan Sabah
Amaran banjir di Pasir Mas dan Tumpat bermula tengah malam ini - JPS
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Lebih 7,000 hadir rumah terbuka Agong di Istana Abdul Aziz

Mohd Zalani Md Atan
Mohd Zalani Md Atan
06/06/2019
06:45 MYT
Lebih 7,000 hadir rumah terbuka Agong di Istana Abdul Aziz
Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Riayatuddin Al-Mustafa Billah Shah berkenan meluangkan masa bersama pengunjung yang merakamkan foto secara 'wefie' dengan Baginda. - Gambar Astro AWANI
Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah dan Raja Permaisuri Agong, Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah, meraikan lebih 7,000 rakyat Pahang pada majlis rumah terbuka baginda pada Khamis.
Majlis yang berlangsung di Istana Abdul Aziz, Bukit Istana turut dihadiri Menteri Besar, Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail dan isteri, Datin Seri Burhah Mohammed serta beberapa EXCO kerajaan negeri.
Sambutan Hari Raya Aidilfitri berkenaan berlangsung meriah dengan kehadiran rakyat jelata pelbagai kaum yang mula memenuhi pekarangan istana seawal pukul 9 pagi.
Yang di-Pertuan Agong yang berangkat ke pekarangan istana kira-kira pukul 10.30 pagi dengan berpakaian berwarna putih berjalan dari khemah ke khemah bagi menyatuni rakyat sambil bersalaman dengan rakyat jelata dan berbual serta bertanya khabar.
Sementara itu, para pengunjung tidak melepaskan peluang untuk berswafoto bersama Sultan Pahang keenam itu
Rakyat jelata juga turut mengambil kesempatan bagi mengabadikan kenangan dengan bergambar berlatar belakangkan bangunan istana.
Hidangan seperti lemang, nasi minyak, rendang ayam dan daging, acar serta sate disediakan buat tetamu.
Topic Berkaitan
#Aidilfitri
#hari raya
#Istana Abdul Aziz Bukit Istana
#Lebih 7 000 hadir rumah terbuka Agong
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan