Lebih 70 peratus kes kematian COVID-19 di Malaysia mempunyai satu atau lebih penyakit tidak berjangkit (NCD), kata seorang pakar perubatan senaman Prof Dr Lee Chee Pheng.
Beliau berkata risiko dijangkiti COVID-19 lebih tinggi pada orang yang lemah imunnya dan dalam keadaan kronik seperti masalah jantung dan paru-paru serta diabetes.
"Tekanan emosi, kurang tidur dan keletihan fizikal, boleh menjadikan seseorang itu mudah terkena penyakit berikutan imun yang lemah.
"Terdapatnya faktor risiko NCD seperti penggunaan tembakau, ketidakaktifan fizikal, diet tidak sihat dan penggunaan alkohol yang berbahaya semasa kanak-kanak dan remaja mempunyai kaitan yang signifikan dengan perkembangan penyakit pada masa dewasa," kata beliau dalam kolumnya yang disiarkan di Bernama.com
NCD kini menjadi pembunuh utama di dunia dan menurut data Pertubuhan Kesihatan Sedunia, daripada 56.9 juta kematian global pada 2016, sebanyak 40.5 juta atau 71 peratus disebabkan oleh NCD.
Dr Lee berkata selain menjaga diet yang sihat dengan makanan yang meningkatkan imuniti dapat membantu melawan jangkitan, aktiviti fizikal serta pemakanan juga boleh meningkatkan sistem imun.
Beliau memetik garis panduan WHO pada 2010, yang menyatakan seorang dewasa berusia 18 hingga 64 tahun perlu melakukan sekurang-kurangnya 150 minit seminggu aktiviti fizikal (PA) aerobik intensiti sederhana atau 75 minit setiap minggu PA aerobik intensiti tinggi atau gabungan setara PA intensiti sederhana dan tinggi.
"Malaysia mempunyai 36.9 peratus orang dewasa yang tidak aktif secara fizikal. Tahap tidak aktifnya lebih tinggi dalam kalangan wanita (50 peratus) berbanding lelaki (24.7 peratus)," katanya.
Mengenai pengambilan makanan, beliau berkata makanan yang kaya dengan Vitamin C, D, dan E dapat meningkatkan sistem imun badan melalui peningkatan sel-sel yang melawan jangkitan.
"Antioksidan dalam Vitamin C dan E berperanan penting dalam mengawal jangkitan dan fungsi sistem imun badan.
"Juga, menjaga tubuh agar tetap terhidrasi dan tidur yang cukup dapat membantu dalam membendung penyakit ini.
"Namun, perlu diingat bahawa apa yang berfungsi dalam memerangi COVID-19 itu sendiri masih belum diketahui," katanya.
Dalam catatannya, Dr Lee turut mengetengahkan kajian oleh Pusat Pengawalan dan Pencegahan Penyakit China yang membuat kesimpulan bahawa orang tua yang sudah mempunyai penyakit lebih cenderung terkena COVID-19.
Beliau berkata di Itali, hampir satu perempat (23 peratus) rakyat negara itu berusia lebih 65 tahun, dengan ramai daripada mereka berpenyakit seperti hipertensi dan masalah pernafasan yang menyebabkan mereka dijangkiti COVID-19.
Analisis kes COVID-19 di Amerika Syarikat menunjukkan kadar kes kematian (CFR) tertinggi pada mereka yang berusia 65 tahun ke atas, yang menunjukkan risiko penyakit dan kematian.
Katanya, berdasarkan laporan Misi Bersama WHO-China mengenai Penyakit Coronavirus 2019, individu yang berisiko tinggi adalah mereka yang berumur 60 tahun ke atas dengan mempunyai satu atau lebih penyakit lain seperti hipertensi, diabetes, penyakit kardiovaskular serta penyakit pernafasan kronik.
Sementara itu, satu kajian mengenai pesakit COVID-19 yang dirawat di Wuhan mendapati hampir separuh daripada kes (48 peratus) menderita akibat penyakit kronik. Daripada jumlah kes tersebut, 30 peratus menghidap hipertensi, diikuti oleh diabetes (19 peratus) dan penyakit jantung koronari (lapan peratus).
-- BERNAMA
Bernama
Wed Apr 29 2020

Kajian Pusat Pengawalan dan Pencegahan Penyakit China mendapati orang tua yang sudah mempunyai penyakit lebih cenderung terkena COVID-19. - Gambar hiasan

Berita antarabangsa pilihan sepanjang Selasa
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah antara yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.

Cradle Fund: Tiga serpihan anak panah dijumpai
Tiga serpihan batang anak panah dijumpai di halaman rumah didiami Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Cradle Fund itu.

Berita tempatan pilihan sepanjang Selasa
Antara pelbagai berita dalam negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah antara yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.

MOSTI mulakan projek penjejakan vaksin dengan teknologi Blockchain
MOSTI) dan MIMOS, dengan kerjasama KKM, telah memulakan projek pengesanan vaksin yang berkaitan dengan teknologi Blockchain di peringkat konsep.

Majlis Negara setuju secara prinsip terhadap program JENDELA
Mesyuarat Majlis Negara bagi Kerajaan Tempatan (MNKT) hari ini bersetuju secara prinsip terhadap Pelan Jalinan Digital Negara (JENDELA).

'Putus hubungan dengan Bersatu sebelum Parlimen bersidang' - Ku Li
Majlis Tertinggi UMNO perlu mengadakan mesyuarat tergempar bagi memutuskan pendirian mereka sama ada ingin meneruskan kerjasama dengan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu).

AWANI Ringkas: 1,555 kes baharu, enam kematian
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.

Sinar pemulihan ekonomi sudah kelihatan - Tokpa
Sinar di penghujung terowong sudah kelihatan semakin cerah dalam usaha Malaysia kembali bangkit dan melangkah yakin dalam kehidupan pasca pandemik COVID-19. Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Ekonomi), Datuk Seri Mustapha Mohamed berkata, ia berdasarkan beberapa faktor yang berhubung kait antara penerimaan suntikan vaksin dan perkembangan positif ekonomi dunia.

Agenda AWANI: Setahun Malaysia Prihatin - Perkasa ekonomi rakyat
Diskusi sempena Setahun Malaysia Prihatin​ bersama Datuk Seri Mustapa Mohamed, Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Ekonomi) mengenai ekonomi dan kesejahteraan rakyat dalam Agenda AWANI​.

AIM nafi spekulasi akan diswastakan - Lajim
Amanah Ikhtiar Malaysia (AIM) menafikan spekulasi akan diswastakan oleh segelintir pihak, kata Datuk Seri Lajim Ukin.

Apa yang perlu anda tahu jika ingin beriadah ketika PKPB
Apapun yang anda ingin lakukan, anda masih tertakluk kepada syarat-syarat tertentu ketika PKPB dilaksanakan untuk memastikan anda sentiasa selamat.

Lebih 70 peratus kematian kes COVID-19 di Malaysia hidap penyakit lain - Pakar
Kajian Pusat Pengawalan dan Pencegahan Penyakit China mendapati orang tua yang sudah mempunyai penyakit lebih cenderung terkena COVID-19.

Cuaca panas: Kurangkan aktiviti fizikal dan luar bangunan - KKM
Orang ramai diminta mengurangkan aktiviti di luar bangunan atau menggunakan penutup hidung dan mulut (face mask), payung dan topi sekiranya berada di luar.

Gelombang panas: Tip kekal cergas
Disenaraikan beberapa tip untuk membantu anda kekal cergas dan sihat dalam cuaca panas ini.

Peningkatan diabetes, hiperkolesterolemia dan obesiti membimbangkan
Masalah penyakit tidak berjangkit seperti diabetes, hiperkolesterolemia dan masalah obesiti di Negeri Sembilan merekodkan peningkatan setiap tahun.