SIBU: Sarawak merekodkan sebanyak 88,606 kes gigitan haiwan sejak 2017, kata Premier Tan Sri Abang Johari Tun Openg.
Katanya meskipun bukan semua kes berpunca daripada haiwan berpenyakit anjing gila atau rabies, angka tersebut masih membimbangkan.
Beliau berkata sejak 2017, jumlah kes rabies manusia di Sarawak ialah 72 dengan 65 atau 90.3 peratus daripadanya melibatkan kematian.
"Saya sangat berharap angka ini tidak akan meningkat dalam masa terdekat ini," katanya menerusi teks ucapan yang dibacakan oleh Timbalan Menteri II negeri bagi Kesihatan Awam, Perumahan dan Kerajaan Tempatan
Ucapan Abang Johari dibacakan pada pembukaan Persidangan Asia Pasifik mengenai Penyakit Zoonotik dan Tropikal Terabai 2023 di sini hari ini.
Beliau berkata jangka hayat penduduk Sarawak ialah 76.5 tahun iaitu antara yang tertinggi di Malaysia, justeru menunjukkan negeri itu mempunyai populasi yang sihat dan perkhidmatan penjagaan kesihatan yang baik.
Bagaimanapun, negeri itu masih berdepan ancaran rabies dan banyak lagi penyakit zoonotik seperti malaria monyet dan leptospirosis.
Beliau berkata kerajaan Sarawak komited untuk membina Pusat Penyakit Berjangkit Sarawak (SIDC) iaitu suatu pusat penyelidikan, membabitkan kos RM200 juta.
Kemudahan itu yang terletak berdekatan Pusat Jantung Sarawak di Samarahan, akan mempunyai makmal bertahap Keselamatan Bio Tahap Tiga, sekali gus memperhebatkan lagi penyelidikan mengenai penyakit berjangkit.
Sementara itu, persidangan tersebut yang dihadiri lebih 500 peserta dari pelbagai negara, antara lain menyasarkan untuk meningkatkan kesedaran dalam kalangan profesional penjagaan kesihatan dan orang awam mengenai penyakit zoonotik dan tropikal terabai, selain menjadi platform perkongsian maklumat ke arah pencegahan, kawalan dan rawatan penyakit-penyakit tersebut.
-- BERNAMA
Bernama
Wed Sep 27 2023

Sejak 2017, jumlah kes rabies manusia di Sarawak ialah 72 dengan 65 atau 90.3 peratus daripadanya melibatkan kematian. - Gambar fail

Raja Muda: Rakyat 'duta' Tahun Melawat Perlis 2024-205
Tuanku Syed Faizuddin bertitah, layanan baik harus diberikan kepada pelancong yang akan melawat Perlis.

Polis siasat kemungkinan Zayn Rayyan mati dijerut
Bedah siasat yang dijalankan selama lima jam itu mendapati memang ada kesan cedera pada bahagian leher mangsa dan beberapa bahagian tubuh lain.

Zayn Rayyan maut dicekik, ada pergelutan dengan pembunuh
Hasil bedah siasat mendapati mangsa berumur enam tahun itu bergelut dengan pembunuhnya.

Pembaharuan perlu dibuat biarpun semakan subsidi mungkin cetus inflasi - SERC
Inflasi dijangka meningkat pada paras 2.8-3.5 peratus pada 2024 daripada anggaran 2.5 peratus tahun ini.

Peranan Teraju distrukturkan semula - Rafizi
Teraju adalah antara agensi di bawah Kementerian Ekonomi yang diberikan mandat untuk membangunkan ekosistem perniagaan dan ekonomi Bumiputera.

Kikis persepsi negatif, beri peluang bekas banduan kembali pada masyarakat
Persepsi bahawa bekas banduan sebagai penjenayah untuk selama-lamanya dan tidak boleh kembali ke pangkuan masyarakat perlu dikikis.

Menteri, timbalan menteri mesti kerap turun padang ke Labuan, pantau isu rakyat, ekonomi
Menteri atau timbalan menteri berkaitan pembangunan sosioekonomi di Labuan diarahkan untuk membuat lawatan kerja ke Wilayah Persekutuan ini setiap minggu atau selang seminggu.

KPDN dalam usaha bawa produk tempatan ke luar negara
Inisiatif berkenaan merupakan kerjasama antara KPDN dengan Pasar Raya Lulu Malaysia sejak ia beroperasi pada 2016.

Malaysia-Indonesia teruskan kerjasama pertingkat kredibiliti minyak sawit - KPK
Solidariti industri yang direncanakan bersama Malaysia-Indonesia bagi meningkatkan kredibiliti minyak sawit di mata dunia akan diteruskan.

KPWKM komited perkasa pendidikan kesihatan reproduktif, gejala sosial
KPWKM terus komited dalam melipatgandakan usaha memperkasakan pendidikan kesihatan reproduktif dan gejala sosial dalam kalangan remaja.

Premier Sarawak pertimbang dua projek kabel bawah laut khas ke Singapura, Semenanjung Malaysia
Abang Johari berkata terdapat teknologi lebih baik bagi kabel bawah laut yang lebih murah, namun kompetitif bagi memastikan projek itu dapat direalisasikan.

Pembinaan Lebuhraya Pan Borneo: Satu proses pembelajaran - Abang Johari
Pembangunan Lebuhraya Pan Borneo telah menjadi sebagai satu proses pembelajaran untuk kerajaan Sarawak dalam merancang pembangunan infrastruktur lain di negeri itu.

Tiada caj tambahan bertukar kepada silinder LPG Petros
Tiada caj tambahan apabila pelanggan menukar silinder LPG lain kepada silinder LPG Petros (merah) atau Gas Petronas (hijau).

Taksiran murid sekolah rendah berbeza mampu pacu sistem pendidikan negara
Kepelbagaian format pentaksiran itu membolehkan murid dinilai secara adil, mengikut kesesuaian setempat.

Lima lagi daratan di Sarawak diwartakan sebagai Kawasan Perlindungan Sepenuhnya
Sarawak telah menetapkan lima lagi kawasan daratan untuk diwartakan sebagai Kawasan Perlindungan Sepenuhnya (TPA) bagi mencapai sasaran satu juta hektar kawasan berkenaan menjelang 2025.

Tiga kementerian Persekutuan salur RM3.17 bilion kepada Sarawak - Dr Sim
Tiga kementerian Persekutuan memperuntukkan sejumlah RM3.17 bilion tahun ini untuk program pembangunan dan dana operasi di Sarawak.

Sarawak negeri pertama amal keterangkuman dalam pendidikan awal kanak-kanak
Sarawak merupakan negeri pertama melaksanakan keterangkuman pendidikan awal kanak-kanak melalui dasar pintu terbuka yang diamalkan kerajaan negeri itu.

Kongres PKR: 'Zaman Anwar terbuka bincang MA63'
Kerajaan Perpaduan di bawah pimpinan Perdana Menteri yang juga Presiden PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim amat terbuka membincangkan, malah konsisten dalam memperjuangkan agenda Perjanjian Malaysia 1963.

Sarawak kemuka cadangan tambah Ahli Parlimen
Kerajaan Sarawak telah mengemukakan cadangan supaya jumlah Ahli Dewan Rakyat dari negeri itu ditambah bagi mewakili 35 peratus daripada jumlah keseluruhan anggota Dewan Rakyat.

Kerajaan Sarawak jalankan proses penilaian wajar terhadap MASWings
Kerajaan negeri Sarawak kini sedang menjalankan proses penilaian wajar terhadap MASWings Sdn Bhd sebagai persediaan untuk pengambilalihan.