NATIONAL
Lebih 80 rumah rosak akibat ribut di Jempol

Anggota APM yang tiba di lokasi kejadian di Felda Barat Lui petang semalam mendapati beberapa atap rumah mangsa tercabut akibat angin kencang iaitu melibatkan 83 rumah. - Foto Sinar Harian
SEREMBAN: Sebanyak 83 rumah di Felda Lui Barat dan enam rumah di Kampung Baru Ayer Hitam di Jempol mengalami kerosakan akibat ribut dan hujan lebat, petang semalam.
Pengarah Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) Negeri Sembilan, Leftenan Kolonel (PA) Mohd Nazri Mes Kam berkata, Felda Lui Barat merekodkan 224 mangsa daripada 62 keluarga manakala Kampung Baru Ayer Hitam melibatkan 28 mangsa daripada enam keluarga.
"Empat anggota ke lokasi kejadian di Felda Barat Lui pada 6.14 petang semalam mendapati beberapa atap rumah mangsa telah tercabut akibat angin kencang iaitu melibatkan 83 rumah, mangsa memaklumkan hujan lebat dan angin kencang petang tadi," katanya dalam kenyataan malam tadi.
Beliau berkata, setakat ini hanya enam keluarga berdaftar di Pusat Pemindahan Sementara (PPS) Sekolah Menengah Kebangsaan Lui Barat dan tiada PPS dibuka di Kampung Ayer Hitam.-- BERNAMA
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami