awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Kim Jong Un pantau ujian peluru berpandu altitud tinggi
Pemimpin pembangkang Bangladesh, Tarique Rahman kembali ke tanah air selepas 17 tahun dalam buangan
Parlimen Algeria isytihar penjajahan Perancis sebagai jenayah, tuntut permohonan maaf dan pampasan
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Lebih 85 peratus IPT mencapai kategori Berdaya Saing

Afiezy Azaman
Afiezy Azaman
02/09/2023
05:31 MYT
Lebih 85 peratus IPT mencapai kategori Berdaya Saing
Sebanyak 90 buah atau 86.54 peratus daripada 104 IPT telah mendapat keputusan Berdaya Saing manakala sebanyak 14 buah atau 13.46 peratus IPT mendapat keputusan Berdaya Maju bagi SETARA 2022. - Gambar fail
KUALA LUMPUR: Sebanyak 90 buah atau 86.54 peratus daripada 104 buah institusi pendidikan tinggi (IPT) telah mendapat keputusan Berdaya Saing manakala sebanyak 14 buah atau 13.46 peratus IPT mendapat keputusan Berdaya Maju bagi Penarafan Bersepadu Institusi Pendidikan Tinggi Malaysia (SETARA) 2022.
Menerusi kenyataan Jabatan Pendidikan Tinggi (JPT) pada Jumaat, sebanyak 158 buah atau 90.29 peratus daripada 175 buah kolej telah mendapat keputusan Berdaya Saing manakala sebanyak 17 buah atau 9.71 peratus kolej mendapat keputusan Berdaya Maju bagi penarafan Sistem Penilaian Kualiti dan Kesetaraan Kolej Swasta (MyQuest).
Menurut JPT, keputusan Penarafan IPT 2022 ini menunjukkan lebih 85 peratus IPT mencapai Kategori Berdaya Saing.
“Pencapaian yang memberangsangkan ini membuktikan usaha berterusan dari Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) dalam menyediakan pendidikan tinggi yang berkualiti dan berimpak tinggi kepada pelajar.
“Keputusan ini juga diharap dapat membina kapasiti yang mampan di samping menggalakkan IPT ke arah pendidikan tinggi di peringkat antarabangsa,” jelas JPT menerusi kenyataannya.
Penetapan kategori baharu bagi Penarafan SETARA dan MyQUEST 2022 ini mengambil kira kesan pandemik COVID-19 ke atas pengurusan IPT yang dilihat sebagai salah satu pendekatan yang adil dan realistik kepada IPT.
SETARA merupakan sistem penilaian bertujuan untuk mengukur jaminan kualiti dan standard Institusi Pendidikan Tinggi (IPT) bagi Universiti Awam, Institusi Pendidikan Tinggi Swasta (IPTS) kategori Universiti dan Kolej Universiti.
Manakala MyQUEST bertujuan menilai prestasi IPTS kategori kolej di Malaysia.
Penilaian SETARA dan MyQUEST dilaksanakan berdasarkan instrumen dan indikator penilaian yang ditetapkan bagi memacu kepada peningkatan pendidikan berkualiti.
Topic Berkaitan
#IPT
#SETARA
#MyQUEST
#Penarafan Bersepadu
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan