awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Video tular: Ladang ternakan buaya di Penampang beroperasi secara sah - Polis
Bangladesh panggil duta Myanmar susulan insiden tembahkan rentas sempadan
Goodday KidSTART 3.0 cetus gelombang usahawan cilik nasional
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Lebih 890 kg dadah dirampas di Perlis sejak Januari hingga Jun

Bernama
Bernama
30/07/2024
13:40 MYT
Lebih 890 kg dadah dirampas di Perlis sejak Januari hingga Jun
Muhammad berkata rampasan itu melibatkan 628kg syabu bernilai RM62.7 juta diikuti 261kg ganja (RM13.04 juta) serta 1.6kg heroin (RM55,673.80). - Gambar fail/Bernama
KANGAR: Polis merampas lebih 890 kilogram (kg) dadah pelbagai jenis bernilai RM75.8 juta di Perlis sejak Januari hingga Jun lepas.
Ketua Polis Perlis Datuk Muhammad Abdul Halim berkata rampasan itu melibatkan 628kg syabu bernilai RM62.7 juta diikuti 261kg ganja (RM13.04 juta) serta 1.6kg heroin (RM55,673.80).
"Rampasan lain melibatkan pil erimin 5 seberat 64.07 gram bernilai RM640.70; 694 liter air ketum (RM6,940); 15 tan metrik daun ketum (RM147,647); 46.63 gram pil yaba (RM466.30) dan 1.02 gram ketamin (RM153)," katanya pada sidang media di sini hari ini.
Beliau berkata kejayaan Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik Kontinjen Perlis itu turut dibantu Pasukan Gerakan Am dan Pasukan Polis Marin.
Muhammad berkata jenayah komersial pula merekodkan sejumlah RM2.4 juta kerugian dengan kes penipuan dalam talian mencatatkan jumlah kerugian terbesar sebanyak RM2.1 juta atau 89 peratus berbanding keseluruhan kerugian.
"Di Perlis, mereka yang sering menjadi mangsa ialah golongan pekerja swasta terdiri daripada pelbagai termasuk sektor perkilangan, pentadbiran dan perkhidmatan serta peniaga. Selain itu, ada dalam kalangan pelajar institusi pengajian tinggi serta penjawat awam menjadi mangsa," katanya.
Muhammad berkata sejak Januari hingga Jun lepas, pihaknya membuka 219 kertas siasatan berkaitan jenayah komersial daripada 998 laporan diterima dengan sebanyak 70 individu telah dituduh di mahkamah.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#daun ketum
#Institusi Pengajian Tinggi
#penjawat awam
#ganja
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan