awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Penyerang masjid New Zealand mulakan usaha rayu sabitan kes
Peniaga didakwa subahat beri rasuah RM32,000 kepada pembantu pendaftaran JPN
Kes hasutan Muhyiddin dikembalikan ke Mahkamah Tinggi
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Lebih 9,000 pesakit jalani dialisis setiap setahun - Dr Zaliha

Bernama
Bernama
11/03/2023
04:04 MYT
Lebih 9,000 pesakit jalani dialisis setiap setahun - Dr Zaliha
Jumlah pesakit yang menghidap Penyakit Tidak Berjangkit dan Penyakit Buah Pinggang Kronik kini sangat membimbangkan dengan lebih 9,000 pesakit dikenal pasti perlu menjalani rawatan dialisis setiap setahun, kata Dr Zaliha Mustafa. - Gambar BERNAMA
NILAI: Jumlah pesakit yang menghidap Penyakit Tidak Berjangkit (NCD) dan Penyakit Buah Pinggang Kronik (CKD) kini sangat membimbangkan dengan lebih 9,000 pesakit dikenal pasti perlu menjalani rawatan dialisis setiap setahun.
Menteri Kesihatan, Dr Zaliha Mustafa berkata, statistik kajian tempatan turut mendapati satu daripada setiap tujuh rakyat Malaysia mengalami penyakit buah pinggang kronik menunjukkan ia perlu diambil perhatian serius.
"Sehubungan itu, kerajaan sangat komited dalam memerangi peningkatan NCD ini dan memfokuskan pencegahan CKD dalam Agenda Kesihatan Kebangsaan.
"Sambutan Hari Buah Pinggang Sedunia mengingatkan kita untuk mengukuhkan lagi komitmen kerajaan terhadap program pencegahan buah pinggang kronik ini," katanya ketika berucap merasmikan Hari Buah Pinggang Sedunia Peringkat Kebangsaan 2023, di sini, hari ini.
Beliau berkata, Tinjauan Kesihatan dan Morbiditi Kebangsaan 2019 pula mendapati 1.7 juta individu dalam negara menghidap tiga rangkaian NCD utama iaitu diabetes, hipertensi dan kolesterol tinggi manakala 3.4 juta lagi menghidap kombinasi mana-mana dua penyakit NCD itu.
Selain menangani kebimbangan yang semakin meningkat itu, Dr Zaliha berkata, Kementerian Kesihatan (KKM) juga komited dalam menghasilkan Kertas Putih Kesihatan (HWP) untuk merealisasikan pengharapan dan reformasi agenda kesihatan.
Jelasnya, tumpuan utama KKM adalah untuk mengubah penjagaan pesakit kepada penjagaan kesihatan dengan meluaskan promosi dan pencegahan penyakit sebagai sebahagian daripada fokus baharu pengurusan NCD.
Justeru, beliau meminta masyarakat untuk bersama-sama mengamalkan gaya hidup sihat dan menjalankan pemeriksaan berkala untuk memastikan kesihatan sentiasa pada tahap yang optimum selain mendapatkan rawatan segera bagi mereka yang berpenyakit.
Sementara itu, beliau berkata Hari Buah Pinggang bertemakan 'Bersedia Untuk Sebarang Kemungkinan, Melindungi Golongan Rentan' tahun ini dipilih kerana kesan ketara akibat bencana alam atau pandemik global pastinya menjejaskan fungsi dan keadaan hidup masyarakat secara keseluruhan.
"Adalah dianggarkan, lebih 850 juta individu di seluruh dunia menghidap penyakit buah pinggang. Mereka ini merupakan golongan rentan dan tentunya akan terjejas khususnya dalam mendapatkan akses kepada perkhidmatan perubatan dan rawatan penjagaan," katanya. - BERNAMA
Topic Berkaitan
#dialisis
#Penyakit Buah Pinggang Kronik
#penyakit tidak berjangkit
#Dr Zaliha Mustafa
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan