KUALA LUMPUR: Lebih 9,000 mangsa ditempatkan di Pusat Pemindahan Sementara (PPS) di enam negeri termasuk Melaka dan Pahang yang menjadi negeri terbaharu dilanda banjir setakat malam ini.
Di MELAKA, Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN) Melaka dalam satu kenyataan memaklumkan 22 mangsa daripada lapan keluarga dipindahkan ke tiga PPS di Jasin dan Alor Gajah dengan 18 mangsa daripada enam keluarga dari Kampung Bukit Balai, Kampung Pondok Batang dan Kampung Bukit Asahan di Jasin dipindahkan ke Sekolah Kebangsaan (SK) Asahan pada 4.30 petang.
"Empat mangsa daripada dua keluarga dari Kampung Bukit Tambun dan Kampung Gadek di Alor Gajah pula dipindahkan ke Balai Raya Bukit Tambun, juga pada 4.30 petang. Pendaftaran mangsa di PPS SK Chohong, Jasin sedang dilakukan selepas ia dibuka pada 7 malam ini," menurut kenyataan itu.
Di PAHANG, banjir berlaku di empat daerah iaitu Rompin, Jerantut, Pekan dan Maran dengan jumlah keseluruhan mangsa seramai 293 orang.
Polis Daerah Rompin menerusi hantaran di laman Facebook rasmi memaklumkan seramai 164 mangsa dipindahkan ke tiga PPS di Balai Raya Perwira Jaya, Balai Raya Kampung Rekoh dan Balai Raya Bukit Ibam.
Pada masa sama, APM daerah Jerantut memaklumkan sebuah PPS dibuka di SK Felda Kota Gelanggi 1 bagi menempatkan 77 mangsa selepas rumah mereka dinaiki air dari Sungai Siam yang melimpah ekoran hujan lebat sejak semalam.
Di Pekan, 45 mangsa ditempatkan di Dewan Semai Bakti Felda Chini 1 selepas rumah mereka dinaiki air setinggi 1.2 meter dan mangsa banjir di Maran melibatkan sebuah keluarga dengan tujuh orang di Felda Jengka 6.
Di NEGERI SEMBILAN, Pengarah Angkatan Pertahanan Awam negeri Leftenan Kolonel (PA) Mohd Nazri Mes Kam memaklumkan terdapat pertambahan empat PPS menjadikan keseluruhan enam PPS dibuka membabitkan Jempol, Tampin dan Kuala Pilah setakat 9 malam yang menempatkan 145 orang daripada 40 keluarga.
PPS terbabit ialah Sekolah Agama Rakyat Felda Jelai 4, Balai Raya Pasir Besar dan SK Gedok di Tampin selain SK Felda Palong 7 dan SK Felda Palong 1 di Jempol serta Dewan Desa Dangi (Kuala Pilah).
Di JOHOR, jumlah mangsa banjir terus melonjak kepada 9,162 orang dengan Muar menjadi daerah terbaharu yang terjejas menjadikan keseluruhan sembilan daerah setakat 8 malam berbanding 7,981 orang pada 4 petang.
"Segamat menjadi daerah paling teruk terjejas dengan 767 keluarga dipindahkan ke 30 PPS diikuti Johor Bahru dengan 609 keluarga di 11 PPS, Kota Tinggi seramai 404 keluarga di 17 PPS dan Kluang melibatkan 409 keluarga di 10 PPS," menurut kenyataan JPBN malam ini.
Turut terjejas daerah Muar yang menyaksikan 179 keluarga ditempatkan di sembilan PPS diikuti Kulai (190 keluarga di enam PPS), Mersing (14 keluarga di dua PPS) dan Tangkak (lima keluarga di dua PPS).
Sementara itu, di SARAWAK, jumlah mangsa banjir di daerah Kuching, Bau dan Siburan menurun kepada 127 orang daripada 34 keluarga malam ini berbanding 169 orang daripada 50 keluarga petang tadi.
Menurut JPBN Sarawak, setakat malam ini, tiga PPS yang masih dibuka melibatkan PPS SJK Chuang Hua Batu Kawa di Kuching yang menempatkan 80 mangsa daripada 19 keluarga, PPS Dewan Serbaguna Kampung Mundai di Siburan (27 mangsa daripada tujuh keluarga) dan PPS Dewan Datuk Seri Mohammad Hamdan, Balai Bomba Bau (20 mangsa daripada lapan keluarga).
Di SABAH, JPBN memaklumkan jumlah mangsa banjir kekal 108 orang daripada 24 keluarga masih berada di PPS Dewan Mini Kampung Simpang Entilibon di Tongod malam ini.
-- BERNAMA
Bernama
Wed Mar 01 2023
Melaka dan Pahang yang menjadi negeri terbaharu dilanda banjir setakat malam ini. - Gambar fail
Freedom Flotilla to Gaza: Misi sekali lagi ditangguhkan, dijangka berlepas pada Jumaat
Ketika ini lokasi kapal memulakan pelayaran akan ditukarkan ke satu lokasi yang akan diumumkan dalam masa terdekat.
Pihak produksi masih terima Naim Daniel jika ubah fikiran
Ketua saluran Astro Ria, Norzeha Mohd Salleh memberitahu bahawa pihak produksi masih lagi memberi ruang kepada penyanyi tersebut untuk mempertimbangkan semula tawaran yang diberikan.
The Hardest Singing Show cabar kreativiti penyanyi tempatan
Program The Hardest Singing Show mencari satu juara yang mampu menyahut cabaran kreativiti luar limitasi.
Pekerja Ahli Parlimen EU disyaki jadi pengintip China
Polis Jerman telah menahan seorang pekerja ahli politik Parlimen Eropah Alternative for Germany (AfD) kerana disyaki menjadi pengintip China.
Amaran ribut hujan tahap tertinggi dikeluarkan di Guangdong, selatan China
Lebih 100,000 orang sudah dipindahkan akibat hujan lebat dan banjir yang boleh membawa maut di selatan China.
Jokowi dan anaknya bukan lagi ahli PDIP
Presiden Indonesia Joko Widodo atau Jokowi dan anaknya, bakal naib presiden Gibran Rakabuming Raka, bukan lagi ahli parti terbesar negara itu selepas mereka menyokong calon pesaing yang juga pemenang pilihan raya Prabowo Subianto.
Lima migran maut ketika cuba memasuki Perancis
Lima termasuk seorang kanak-kanak, maut dalam cubaan menyeberangi Selat Inggeris dari Perancis pada Selasa.
Polis New York lakukan penahanan himpunan lewat malam
Polis New York bertindak melakukan penahanan membabitkan peserta yang terlibat dalam himpunan solidariti terhadap Palestin di Universiti New York (NYU) pada lewat malam Isnin. Penahanan itu dibuat selepas mereka didakwa mengingkari arahan amaran pihak universiti untuk bersurai dan mengosongkan plaza yang menjadi tempat mereka berkumpul.
Break The Siege: Ada kemungkinan lokasi pelepasan kapal ditukar
Jawatankuasa Pemandu Freedom Flotilla Coalition (FFC), Kamarul Zaman Shaharul Anwar memaklumkan, wujud kemungkinan lokasi pelabuhan bagi pelepasan kapal yang terlibat dalam misi Break the Siege of Gaza Freedom Flotilla ditukar.
Benarkan syarikat milik bukan Islam cetak Al-Quran, pengarah syarikat didenda
Seorang pengarah syarikat percetakan dijatuhi hukuman denda RM8,000 atau penjara lima bulan oleh Mahkamah Majistret Petaling Jaya pada Selasa selepas mengaku salah tidak mematuhi syarat-syarat lesen untuk mencetak atau menerbitkan Teks al-Quran, bulan lepas.
Mangsa banjir di tiga negeri menurun - NADMA
Jumlah mangsa banjir menurun kepada 759 mangsa yang ditempatkan di enam pusat permindahan sementara setakat 6 pagi tadi.
Mangsa banjir di tiga negeri meningkat kepada 748 orang - NADMA
Terdapat tiga PPS beroperasi iaitu di daerah Petaling yang menempatkan 356 mangsa, PPS di Klang (204 mangsa) dan Kuala Selangor (54 mangsa).
Mangsa banjir di tiga negeri meningkat petang ini
Jumlah mangsa banjir direkodkan di Selangor, Melaka dan Negeri Sembilan meningkat kepada 534 mangsa setakat 4 petang ini, berbanding 487 orang tengah hari tadi.
Tiga PPS ditutup, kesemua mangsa banjir di Melaka dibenarkan pulang
Tiga PPS di Melaka ditutup secara berperingkat hari ini selepas kesemua mangsa dibenarkan pulang ke rumah masing-masing.
Jumlah kerugian akibat banjir dianggarkan RM1 bilion - Ahmad Zahid
Jumlah kerugian akibat bencana banjir di seluruh negara pada musim tengkujuh atau monsun timur laut kali ini dianggarkan hampir RM1 bilion.
Anggota keselamatan hantar bantuan banjir di utara Bolivia
Pihak berkuasa tiba di lokasi yang terputus akses akibat banjir dengan menggunakan perahu dan berjaya mengagihkan bekalan.
Banjir Sarawak: 1,361 mangsa masih ditempatkan di 12 PPS
Sejumlah 12 PPS yang aktif berkenaan terletak di beberapa kawasan di Kuching, Bau, Serian dan Siburan.
Mangsa banjir di Sarawak meningkat kepada 356 orang
Jumlah mangsa banjir di Sarawak meningkat kepada 356 orang daripada 121 keluarga setakat 12 tengah hari ini.
Banjir: Satu PPS dibuka di Bau
PPS yang dibuka pada 7 pagi tadi itu menempatkan 64 orang daripada 16 keluarga.
Mangsa banjir di Sarawak meningkat kepada 418 orang
Berdasarkan laporan Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri Sarawak (JPBN), mereka ditempatkan di tiga PPS di selatan negeri.